PERHATIAN! Mulai February 2014, harga produk Shaklee untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah SAMA... Yang berbeza hanyalah kos postage sahaja....

Thursday 26 December 2013

Makanan Bantu Kurangkan Tekanan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Hari ni saya nak share tentang betul ke makanan boleh bantu kurangkan tekanan? Nak tahu betul atau tidak, jemput baca entri di bawah...

Penyusuan: Apa itu Teknik Power Pumping?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua…
Hari saya nak kongsi dengan anda semua mengenai apa itu teknik power pumping. Power pumping ni sangat sesuai bagi mommies yang penghasilan susunya sangat kurang atau tiada langsung..Perkara penting dalam penyusuan yang perlu mommies tahu ialah tambah ilmu penyusuan.. Bila mommies semua ada ilmu penyusuan ni, jika timbul sebarang masalah mommies semua tahu cara untuk menghadapinya..Musuh utama dalam penyusuan ni ialah stress atau tekanan… Jadi, mommies semua elakkan dari stress dan jika stress kawal lah stress anda agar proses penyusuan menjadi lancar. Alam penyusuan ni sangat indah kerana melalui penyusuan lah hubungan ibu dan anak menjadi sangat utuh… Jemput baca entri dibawah ye untuk mengetahui lebih lanjut mengenai power pumping ni..Semoga ianya membantu mereka yang menghadapi masalah susu kurang supaya penghasilan susu menjadi meriah..InsyaAllah

Thursday 19 December 2013

Apa itu Tonsil?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Hari ni, saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua mengenai apa itu bengkak tonsil.. Hal ini kerana, suami saya baru je mengalaminya.. Sedih jugak la tengok keadaan suami... Dia susah nak makan, selera makan mati, nak minum air pun susah... Tonsil ni juga menyebabkan badan kita ni lemah, mudah demam... Kita orang pergi la ke klinik dan doktor pun mengesahkan yang suami menghidap bengkak tonsil yang menyebabkan suami hilang selera makan dan sukar untuk menelan makanan... Doktor pun ada beritahu untuk sementara elakkan makan makanan panas, yang berasid , yang pedas-pedas... Doktor juga mencadangkan untuk makan makanan yang sejuk terutamanya ais krim vanilla... ianya bagus untuk mengurangkan keradangan dan sakit tekak... Apa lagi, lepas balik dari klinik terus la pergi kedai cari ais krim vanila tu dan apabila suami makan, alhamdulillah berkurang la siket rasa sakit tu...Boleh la dia nak menelan makanan yang lain pula...
Ais krim Vanila (gambar ihsan dari encik Google)
Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

Monday 16 December 2013

Testimoni Sendiri: Nutriferon Shaklee

Testimoni Sendiri: Nutriferon Shaklee

Cegah Resdung dengan Shaklee

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Hari ni saya nak kongsi dengan anda semua mengenai penyakit resdung… Resdung ni jika dibiarkan, ianya akan menyebabkan pesakit mengalami masalah yang lebih serius seperti hilang deria rasa, bau dan juga pendengaran! Sesetengah pesakit yang menghidapi masalah resdung yang kronik, boleh menyebabkan pendengaran menjadi pekak… Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata.  Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak.  Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang lain atau diwarisi oleh keturunan..

Tuesday 10 December 2013

Manfaat Shaklee Herbal Blend Multi-Purpose Cream

Assalamualaikum semua dan selamat tengah hari….

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua tentang satu produk dari Shaklee yang dikenali sebagai Multi Purpose Cream…Apa lagi kalau bukan Herbal Blend.. Saya mesti bawanya kemana sahaja saya pergi..Ianya memang krim pelbagai guna…boleh sapu kat mana-mana bahagian tubuh yang kita nak… Harga Herbal Blend Shaklee yang hebat ini hanya RM28.75 dan ianya jimat, boleh digunakan selama berbulan-bulan. Pengalaman saya menggunakan Herbal Blend untuk mengatasi tumit yang merekah, amat berkesan dan Alhamdulillah tumit tidak lagi merekah, tumit makin cantik dan licin!Untuk mengetahui lebih lanjut, jemput baca entri dibawah ye...

Kenali Shaklee Meal Shakes

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Hari ni saya nak kongsi dengan anda semua salah satu produk dari Shaklee yang laris di pasaran..Ianya ialah Shaklee Meal Shakes...Shaklee Meal Shakes ni lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang perlu...Ianya sangat sesuai untuk mereka yang susah untuk menelan vitamin dalam bentuk tablet...Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Shaklee Meal Shakes ni, jemput baca entri di bawah ye...

Friday 6 December 2013

Jaga Kesihatan Hati dengan DTX Complex

Jaga Kesihatan Hati dengan DTX Complex
Assalamualaikum semua....
Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua tentang khasiat DTX Complex. Sebelum kita mengenali apa itu DTX Complex, jom kita kenal organ yang terbesar dan penting dalam tubuh kita iaitu hati... Kerana, antara fungsi utama DTX Complex ni adalah ia memberi perlindungan kepada fungsi hati....

Kekal Bertenaga dengan Performance® Drink

Kekal Bertenaga dengan Performance® Drink
Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Apa khabar anda semua hari ni? Admin harap korang semua sihat hendaknya...Sana sini hujan je memanjang, sana banjir sini banjir.....Tak pe lah itu semua ujian dan dugaan dari Allah s.w.t. Ada hikmah di sebaliknya semua yang berlaku...Yang penting, sentiasa bersangka baik denganNya... Masa-masa banjir ni, tingkatkan lah penjagaan anak-anak kita... Ye la, budak-budak bila nampak air mesti diaorang suka punya...Mereka bukan kisah pun bahaya tak bahaya, janji seronok...Jadi, kita sebagai ibu bapa awasi lah mereka dan pantau lah mereka...Biarlah mereka menangis sekarang kerana dimarahi oleh anda, kelak jangan kita menangis kerana kehilangan mereka....Ehhh, sebenarnya nak cerita benda lain tapi cerita pasal banjir pulak...Tak pe la, ini semua untuk ingatan kita bersama....Ok la, hari ni saya nak berkongsi pasal khasiat Performance Drink Shaklee (dalam perasa orange) pada kita... Sangat sesuai untuk mereka yang aktif bersukan, mereka yang sibuk dengan urusan seharian...Pendek kata, sangat sesuai lah untuk mereka yang mahukan tenaga segera....Jom cekidot entri di bawah untuk ketahui lebih lanjut tentang Performance Drink ni....

Nyaman dan Melegakan dengan Peppermint-Ginger Plus

Nyaman dan Melegakan dengan Peppermint-Ginger Plus
Assalamualaikum semua...
Hari nak saya nak berkongsi dengan anda semua satu lagi produk dari Shaklee yang sangat bagus untuk mereka yang mempunyai masalah sistem penghadaman, badan banyak angin, mereka yang gastrik dan juga mommies yang mengalami loya-loya di awal kehamilan... InsyaAllah, Peppermint Ginger Plus dapat membantu mengatasi masalah-masalah itu...Jemput baca entri dibawah tentang khasiat Peppermint Ginger Plus...

Thursday 5 December 2013

Kenali 'Vitamin Cinta' dari Shaklee: Vitamin E Complex

Kenali 'Vitamin Cinta' dari Shaklee: Vitamin E Complex

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....
Hari ni, saya nak kongsi dengan anda semua mengenai khasiat Vitamin E yang juga dikenali sebagai 'Vitamin Cinta'...Kenapa? kerana ianya meningkatkan libido, menjadikan suami isteri lebih mudah terangsang dan meningkatkan keintiman suami isteri..Vitamin E ni juga bukan hanya untuk suami isteri tetapi sangat sesuai untuk mereka yang nak cantik, anjal, nak parut jerawat hilang dan juga awet muda...Untuk ketahui dengan lebih lanjut tentang khasiat Vitamin E ni, jemput baca entri di bawah ye....

Wednesday 4 December 2013

Sihat, Cantik dan Anjal dengan Collagen Powder


Sihat, Cantik dan Anjal dengan Collagen Powder

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....
Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan...Ada diantara kita yang sanggup menghabiskan duit semata-mata untuk cantik...Cerita tentang kecantikan ni, kalau kita perhati dulu-dulu famous dengan rumpai laut la, suntikan vitamin C la, suntikan Botox la dan macam-macam lagi produk kecantikan yang ada di luar sana...Kadang-kadang, tidak semua produk kecantikan yang ada di luar sana selamat untuk kita...Sesetengahnya boleh memberi kesan yang negatif seperti berlaku iritasi pada kulit muka, kulit muka menjadi lebih teruk dan macam-macam lagi...Bagi mereka yang ingin sihat, cantik, anjal dan awet muda dan mempunyai budget lebih saya cadangkan anda cuba Collagen Powder Shaklee ni...Ada pengguna yang hanya mencuba selama 3 hari, kesannya dapat dilihat seperti kulit muka licin, cantik, jeragat pudar dan juga kulit muka menjadi lembap...Lagipun, ianya semulajadi, disahkan halal dan selamat untuk kita...Ok la, ni secara ringkas tentang kebaikan Collagen Powder, untuk mengetahui dengan lebih lanjut jemput baca entri di bawah ye...

OsteMatrix Shaklee: Pelengkap Kalsium Anda

OsteMatrix Shaklee: Pelengkap Kalsium Anda

Assalamualaikum semua....
Entri kali ni nak berkongsi dengan anda semua tentang OsteMatrix...Apa tu? Bukan cerita Matrix ye....OsteMatrix atau nama manjanyer Oste ni merupakan supplement dari Shaklee untuk membantu mereka yang susah hendak minum susu untuk mendapatkan sumber kalsium yang cukup...Kerana Oste ni merupakan pelengkap kalsium anda. Ye la, ada sesetengah dari kita ni tak suka minum susu...Jadi, macam mana diaorang nak dapat kalsium yang mencukupi untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat... Tahukah anda, semakin kita berusia, kita memerlukan jumlah kalsium yang banyak ye...Kalau tak cukup kalsium, timbul la macam-macam masalah seperti osteoporosis, sakit sendi dan macam-macam lagi... Untuk mengetahui lebih lanjut khasiat Oste ni, jemput baca entri di bawah ye...

Nutriferon: Penggalak Sistem Imun Anda

Nutriferon: Penggalak Sistem Imun Anda
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Hari ni kita marathon punya entri....Entri kali ni, saya nak berkongsi tentang kebaikan Nutriferon... Ye la, sekarang kan musim hujan.. Sana sini hujan je memanjang...Bila dah hujan ni, banyak la penyakit boleh dapat seperti demam, selsema, penyakit taun dan macam-macam lagi...InsyaAllah, jika sistem imun kita kuat, tubuh kita mampu melawan penyakit-penyakit tersebut...Sebab itu lah, Nutriferon dicipta..Ianya untuk membantu tubuh untuk mempertingkatkan sistem pertahanan semulajadi tubuh... Jemput baca entri di bawah untuk mengetahui tentang khasiat Nutriferon ye....

Selesaikan Masalah Pencernaan Anda dengan Herb-Lax

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua...
Herb-Lax, Herb-Lax.....memang macam goreng pisang panas..Sangat-sangat mendapat sambutan yang hangat...Kenapa? haaa...salah satu sebabnya ialah semua orang nak kurus! Dan juga nak bagi perut x kedepan lagi....Ianya memang sangat-sangat sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah sembelit, tidak lawas dan juga untuk mengempiskan perut...Haaa...itu secara ringkas tentang kebaikan Herb-Lax ni, untuk ketahui lebih lanjut tentang Herb-Lax ni, jemput semua baca entri di bawah ye...

Kenali Garlic si Bawang Putih

Entri kali ni saya nak bercerita tentang kebaikan Garlic Shaklee pula...Bukan apa, ada sesetengah dari kita takut nak makan bawang putih ni...Katanya, mulut berbau...Tapi, bawang putih ni banyak sangat khasiatnya yang tak semua orang tahu...Ianya bertindak sebagai antibiotik semulajadi dan juga sangat sesuai untuk mereka yang menghidap darah tinggi...Sebab tu Shaklee mengeluarkan Garlic dalam bentuk tablet ni, kita cuma telan je.. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Garlic ni, jemput baca entri di bawah ye...
GARLIC

Keunikan GLA Complex

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera....
Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua tentang keunikan GLA Complex Shaklee. Macam-macam khasiat yang anda dapat jika anda secara berterusan mengamalkan GLA Complex ni.. Nak tahu apa khasiat yang GLA Complex boleh beri, jemput baca entri di bawah ye...

Cinch Shake Mix: Kuruskan Badan Secara Sihat

Assalamualaikum dan selamat pagi semua! 
Macam mana korang hari ni? Admin harap korang sihat hendaknya... Hari ni admin nak berkongsi pula mengenai Cinch Shake Mix... Cinch Shake Mix? Apa tu? Korang jangan pulak konpius dengan Cinch Energy Tea Mix ye....Cinch Shake Mix ni memang khusus untuk mereka yang mahu kurus / turunkan berat / nak slim...Uniknya Cinch Shake Mix ni kerana ianya memelihara otot badan yang penting semasa kita dalam proses penurunan berat badan... Makna kata, kurus dengan sihat...Pernah lihat tak, ada sesetengah mereka berjaya kuruskan badan tapi ada part2 yang menggeleber terutamanya kat bahagian perut, peha dan sebagainya... Itu lah fungsi Cinch Shake Mix ni, ianya membantu kita kurus dengan sihat dan dalam masa yang sama memelihara otot penting kita... Jadi, untuk ketahui lebih lanjut tentang Cinch Shake Mix ni, jemput baca entri di bawah ye....

Kekal Bertenaga dengan Cinch Energy Tea Mix

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni saya nak kongsi dengan anda semua tentang kebaikan Cinch Energy Tea Mix. Secara ringkas saya boleh kongsi, ianya sangat sesuai untuk mereka yang tidak bertenaga, selalu lesu dan letih, mereka yang sibuk dengan urusan seharian dan sangat sesuai untuk mereka yang nak langsing... Satu kotak ni mengandungi 28 sticks. Ianya boleh dihidangkan panas atau anda nak letak ais pun boleh... Ada customer yang dah cuba dan mengakui bahawa ianya memang energy booster! Jemput baca entri tentang kebaikan Cinch Energy Tea Mix ni ye...

Tuesday 3 December 2013

Zinc Complex: Mineral yang perlu ada dalam tubuh kita

Assalamualaikum semua....

Hari ni saya nak berkongsi tentang zinc iaitu mineral yang sangat penting yang perlu ada dalam tubuh kita...
Zinc ni sangat -sangat membantu untuk menyembuhkan luka-luka pembedahan terutama bagi mommies yang melahirkan anak secara normal atau czer...Hal ini kerana zinc ni bertindak mempercepatkan penyembuhan luka. Sebab tu la, zinc ni terdapat dalam Set Bersalin / Berpantang kami. Ok la, tu secara ringkas tentang kebaikan Zinc... Untuk lebih tahu tentang khasiat zinc yang lain, jemput baca entri di bawah ye....

Monday 25 November 2013

Kenali Vitamin C Chewable

Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.  Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.

Thursday 21 November 2013

Basic H Shaklee: 1001 Kegunaan, Pasti Puas Hati

Assalamualaikum semua...Hari ni saya nak berkongsi pula tentang produk Shaklee yang banyak kegunaannya untuk kita...Namanya Basic H Shaklee, ianya umpama first aid magic yang mesti ada di setiap rumah...Kalau nak tahu apa kegunaan Basic H ni, jemput baca entri di bawah ye....
Basic H Shaklee

Monday 18 November 2013

Kenali Carotomax Shaklee: Ianya Antioksidan dan Bagus Untuk Mata

Assalamualaikum semua....

Pernah dengar tak tentang Carotomax Shaklee? CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina. Ianya tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan dan ianya dilengkapi dengan Astaxanthin.

Apa itu Astaxanthin?

  • Sejenis Caratenoid yang merupakan sumber anti-oksidan dan anti radang terbaik 
  • Menghalang radikal bebas dan mencegah 'oxidative damage' pada tisu badan

Q&A Tentang AJHT Shaklee


Q&A Tentang AJHT Shaklee

Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?

A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?

A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung?

A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ?

A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?

A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?

Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q :Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?

A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?

A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?

A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?

A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?

A : Ya.

Sumber info di petik daripada booklet Shaklee Advanced Joint Health Tablet

TESTIMONI

Q&A Tentang AJHT Shaklee
Testimoni Pertama

Q&A Tentang AJHT Shaklee
Testimoni Kedua

Q&A Tentang AJHT Shaklee
Testimoni Ketiga

Q&A Tentang AJHT Shaklee
Testimoni Keempat

Q&A Tentang AJHT Shaklee
Testimoni Kelima

Berminat untuk mendapatkan? Anda jangan segan-segan untuk hubungi saya ye.. Anda sangat dialu-alukan

http://alittledream-4u.blogspot.com/p/hubungi-kami.html

Sunday 17 November 2013

Info: Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

Hari ni saya nak kongsi dengan anda semua apa itu Advanced Joint Health Tablet atau nama famousnya AJHT Shaklee... AJHT ni sangat bagus untuk mereka yang sakit-sakit sendi, sakit lutut. Kesannya boleh dilihat seawal 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal)..Saya sendiri pun dah cuba AJHT ni dan Alhamdulillah ianya berkesan...Saya mempunyai masalah lutut berbunyi apabila saya hendak sujud ketika solat...Dan, selepas tiga hari pengambilan, Alhamdulillah lutut saya dah tak bunyi lagi...Kesan pengambilannya mungkin berbeza pada setiap orang ye...Jom cekidot AJHT ni...

Kelebihan Masker Vitamin C Shaklee yg Baru

Wanita dan vitamin C tak dpat dipisahkan..betul tak....kenapa? sbb vitamin C mmg sinonim dgn kecantikan...malah ada yg sanggup berbelanja lebih nak dptkan suntikan vitamin C lah dan mcm2 lagi lah..tapi skrg ni jgn risau.. takyah suntik2 dah.. sila mkn tablet vitamin C shaklee sahaja.. terbaekkkkk..kalau tidak, takkanlah stok vitamin C shaklee selalu habissssssss..licinnnnnn.. haha...

Kenali Sustained Release Vitamin C Shaklee

Assalamulaikum semua...

Kenali Sustained Release Vitamin C Shaklee

Hari ni saya nak share dengan anda semua mengenai Vitamin Shaklee yang hangat dan hot ni... Mestilah Vitamin C Plus "Sustained Release". Dekat setahun tau Vita-C ni x de stok...Betapa hebat kan penangan Vita-C ni...Jom cekidot pasal Vita-C Shaklee ni....

Tuesday 12 November 2013

FAKTA MENGGERUNKAN TENTANG KENCING MANIS

Jika anda peminat air berkarbonat, minuman yang manis, kek, gula-gula, kuih yang manis-manis atau apa saja makanan yang manis, awas ! Peluang untuk mendapat penyakit kencing manis adalah cerah ! Tahniah untuk anda.....lihatlah statistik dibawah dan bersedia untuk berubah, kurangkan gula dalam makanan harian !

Sebahagiaan gambar mungkin akan menyebabkan anda tidak lalu makan..Jika anda seorang yang kuat semangat, teruskan untuk membaca artikel ini

VIVIX BANTU RAWAT DIABETES / KENCING MANIS

Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan kira-kira 2.6 juta penduduk Malaysia menghidap diabetes tahun lalu. Ramai kan penghidap diabetes di Malaysia...Walaupun kerajaan menaikkan harga gula, admin rasa bagi mereka yang sukakan makanan yang manis mereka tetap akan menikmatinya..Same goes to perokok tegar la... Dah macam-macam kempen dijalankan, harga rokok pun dah banyak kali naik, tapi mereka tetap setia dengan rokok tu... Kesimpulannya, nak berubah semua datang dari diri sendiri..Kalau diri sendiri x nak berubah, orang sekeliling x boleh buat apa-apa...

ISU OMEGA GUARD SHAKLEE MENGHAKIS DAN MERBAHAYA...BETULKAH?

Tengah-tengah search pasal Omega Guard Shaklee dekat pakcik Google, saya tertarik dengan satu entri ni mengenai isu Omega Guard Shaklee...Jemput baca perkongsian di bawah ye...

Oh ya...bagi yang tak tahu apa itu Omega Guard Shaklee dan apa kebaikannnya, anda bolek klik SINI ye..

Omega Guard Shaklee: Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Assalamualaikum semua...hari ni nak berkongsi dengan anda semua mengenai Omega Guard Shaklee atau bahasa senang nak faham minyak ikan...Seperti  yang kita biasa tahu, banyak khasiat minyak ikan ni kepada tubuh kita..Jadi jom cekidot tentang Omega Guard Shaklee ni...

Ianya adalah minyak ikan yang padat dengan DHA dan EPA dan telah dibuktikan melalui satu ujian. Omega Shaklee telah diuji bersama-sama brand lain seperti Pristin, Biogrows, Kordel's, Blackmores dan banyak lagi. Ternyata Omega Shaklee adalah yang terunggul, kerana dalam setiap 1000mg minyak ikan Omega Shaklee, terdapat 540mg EPA dan 360mg DHA. Satu kapsul dengan penuh kebaikan. Berikut adalah hasil perbandingan EPA dan DHA tersebut:

Monday 11 November 2013

Vivix Shaklee: Kenali Si Merah Menawan

Apa itu Vivix?

Vivix adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat & tumbuh-tumbuhan lain. Di dalam Vivix terdapat ramuan yang dipanggil resveratrol yang bersifat anti oksida, anti inflamasi & anti kanser.

1001 Kebaikan ESP yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengujung blog ALD4U. Hari ni, ALD4U nak bercerita tentang 1001 khasiat ESP yang perlu anda tahu..

Tapi jangan tidak tahu ESP ni memang hot produk (macam goreng pisang panas gitu). Kenapa? Jom baca entri di bawah ye….

Vita-Lea Shaklee Multivitamin Terbaik kini dengan Iron Formula

Keistimewaan Vita-Lea Shaklee


  • Ianya multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia.
  • Kalau anda nak tahu perkataan Vitamin tu berasal dari perkataan "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutannya menjadi "Vita-min" yang telah dicipta oleh Dr Forest Shaklee
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting
  • Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina yang dihasilkan dengan kaedah "Explo-tab"
  • Merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia,

Keistimewaan Shaklee ESP

Keistimewaan Shaklee ESP  

  • Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya yang dicipta oleh Dr.Shaklee pada awal 70-an.
  • Energizing Soy Protein (ESP) / Soy Protein Isolate Powder ini diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif
  • Mempunyai kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan
  • Kacang soya yang digunakan hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah
  • Setiap 850g (satu canister ESP) dihasilkan drpd 30kg kacang soya yang dpt memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama 

Sunday 10 November 2013

Buasir: Hilangkan Mimpi Ngeri Anda Ke Tandas.

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Lagi-lagi khasiat Alfalfa Shaklee: Terbaik untuk Wanita dan juga untuk Lelaki.


Selalunya kita asyik dengar pasal kebaikan dan khasiat ESP aje kan. Sekarang ni, meh kita jenguk 19 khasiat lain yang terdapat dalam Alfalfa Shaklee ni. Selain bagus untuk wanita (bertindak sebagai kacip Fatimah) ianya juga bagus untuk lelaki.

Saturday 9 November 2013

Kenali Raja Segala Tumbuhan, ALFALFA SHAKLEE


Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sangat kaya dengan nutrisi.
Alfalfa Complex adalah product signature by Prof Shaklee sendiri.. so dekat botol tu akan ada dia punya sign "Signature Orginal Formula".

Tip Mudah Pastikan Kuku Bersih dan Sihat



Banyak perkara yang boleh dilakukan dengan kuku yang tidak hanya berfungsi melindungi kulit jari. Bagaimanapun, kuku yang kotor atau jarang diberi perhatian dari segi penjagaannya bukan saja menjejaskan penampilan diri tetapi juga boleh merosakkan kulit. Berikut dititipkan cara yang mudah dan ringkas bagi memastikan kuku kita bersih dan sihat... Semua ini kita boleh lakukan sendiri di rumah, x perlu pergi ke spa ye...

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi

Jom kita belajar dan amalkan cara potong kuku ikut sunnah Nabi s.a.w. 

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang ,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut….. potonglah kuku anda.

Tips Pelancongan


Assalamualaikum semua..... 
Hari ni ALD4U nak off topic pasal produk Shaklee jap...Hari ni ALD4U nak berkongsi dengan anda semua mengenai tip-tip untuk pergi melancong...Haa, kenapa? Sebabnya pertengahan bulan 11 ni kan dah bermula cuti sekolah jadi mesti ramai yang dah rancang cuti ni nak gi mana kan...Apa yang penting mesti buat kajian dulu ye sebelum pergi bercuti... Terdapat 10 perkara perlu diberi perhatian sebelum melancong ke destinasi yang diingini... Ok la, jom kita cekidot apa 10 perkara yang perlu anda beri perhatian:

Kenapa Perlu Minum Air 3 Liter Sehari?

Ermm…bila dengar je 3 liter sehari, mesti  masing-masing mengeluh kan… Antara alasan yang sering kali sy dengar ialah, nanti kerap ke tandas, perut kembung la dan macam-macam lagi… perlu diingatkan 3 liter air ialah air masak sahaja ye, bukan air masak campur dengan air kopi ke, air teh ke dan minuman manis yang lain…Apabila kita minum air yang mencukupi, ianya bukan sahaja melicinkan proses dalam tubuh tetapi juga dapat menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi, kulit akan kelihatan sentiasa lembap. Salah satu cara untuk kekal awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi  boleh melambatkan proses pengecutan kulit. Selain itu juga dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten dan juga membantu dalam pembentukan minda yang ceria dan emosi yang lebih stabil.

Konsep Asas Penyusuan

Apa itu konsep asas penyusuan?

Bagi ibu-ibu yang baru memasang niat untuk menyusukan anak selama 2 tahun atau yang baru terdedah kepada dunia penyusuan, ada beberapa konsep asas yang perlu ibu-ibu tahu dan kena amalkan sekiranya ingin berjaya dalam penyusuan.

Khasiat Susu Ibu yang Perlu Kita Tahu


Seperti yang anda ketahui, banyaknya khasiat susu ibu kepada bayi. Susu ibu merupakan susu yang terbaik dalam dunia ni. Tiada apa yang dapat mengatasi nutrisi yang terdapat dalam susu ibu.

JIKA dilihat 10 tahun lalu, tidak ramai ibu-ibu yang mahu menyusukan bayi mereka dengan alasan yang tertentu. Antara alasan yang popular ialah takut gemuk dan khuatir bentuk payudara ‘jatuh’. Menyusukan bayi di tempat-tempat awam juga jarang sekali dilakukan para ibu dek khuatir dan malu sekiranya ada mata-mata nakal mencuri pandang saat baju diselak untuk tujuan itu.

Thursday 7 November 2013

Set Penyusuan yang Mana Menjadi Pilihan Hati

Assalamualaikum semua...

Set Penyusuan kami telah banyak membantu ibu2 menyusu di luar sana yang mengalami masalah dengan penyusuan sama ada masalah susu merudum, susu x banyak, susu sedikit dan sebagainya.
Set Penyusuan ini juga bukan hanya terbaik untuk bayi anda tetapi ibu juga akan mendapat banyak kebaikan.
Ok lah, set penyusuan kami ini mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) set..  Bunyi macam banyak kan, tapi x semestinya anda perlu consume semua kelima-lima set ni.. Setiap set penyusuan mempunyai fungsi dan kelebihan yang berbeza ye…
Saya akan terangkan secara ringkas kesemua set penyusuan ni…

B-Complex Shaklee: Bau yang tidak Menyenangkan..Kenapa?

Hari ni saya nak kongsi dengan anda kenapa B-Complex Shaklee ni berbau yang tidak menyenangkan...Ramai yang tanya saya, kenapa la bau B-Complex ni kuat sangat... Kadang-kadang saya sendiri pun x tahan dengan baunya tu... Tapi, fikir satu je sebab banyak khasiat B-Complex ni jadi buat tak tahu je la dengan bau tu...Lagi pun, bila dah telan hilang la baunya tu...Haaaa..bagi siapa yang tak tahu fungsi B-Complex ni kepada tubuh kita, anda boleh la klik SINI ye...

B-Complex Shaklee lengkap dengan 8 jenis Vitamin B

Assalamualaikum semua...hari ni saya nak share dengan anda semua tentang B-Complex Shaklee... Selalu saya dengar kalau makan B-Complex ni, badan mesti naik...Betul ke fakta tu? Ermm...sebenarnya B-Complex ni x membuatkan badan kita naik pun malah ianya membantu untuk menurunkan berat badan lagi ada lahhh...Macam mana? Salah satu tugas B-Complex ialah menukar makanan yang kita mkn kepada tenaga. Yang kedua, kekurangan B-Complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat stress atau marah tau. 

Friday 1 November 2013

HB Rendah: Jangan Pandang Rendah, Bahaya pada si Ibu dan juga Bayi.

HB Rendah: Jangan Pandang Rendah, Bahaya pada si Ibu dan juga Bayi.
Salam semua kepada readers ALD4U. Hari ni, nak cerita pasal bahayanya HB rendah ketika mengandung dan kesan kepada si ibu dan juga bayi yang dikandung. Jangan pandang remeh perkara ini kerana ianya adalah serius! Jom baca punca dan kesan jika HB rendah kepada bayi dan ibu di sini. Atasinya sebelum terlambat.
Walaupun perkara ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang normal dan memerlukan perhatian pakar, namun masih ramai ibu-ibu hamil yang menganggap ianya sebagai sebagai sebahagian daripada proses kehamilan itu sendiri lantas mengambil ringan mengenainya.  

Penyakit G6PD: Set Penyusuan mana yang Sesuai?

Assalamualaikum semua....Haaa, hari ni nak berkongsi dengan anda semua Set Penyusuan mana yang sesuai untuk mommies amalkan bagi mereka yang mempunyai bayi G6PD.

Terdapat dua Set Penyusuan yang mommies semua boleh amalkan. 2 set tersebut ialah:
  • Set Penyusuan Eu-Four Pack
  • Set Penyusuan Eu-Four Plus
Bunyi macam sama kan... tapi x sama tau...Sebabnya dalam Set Eu Four Plus terdapat satu tambahan produk iaitu Shaklee ESP (Soy Protein Isolate Powder)

Khasiat Lecithin Shaklee yang Anda Perlu Tahu...

Assalamualaikum semua...

Ok la, hari ni nak bercerita tentang khasiat Shaklee Lecithin yang lain yang perlu anda tahu ye... Oh ye, ada ke yang x tahu apa itu Lecithin....Ermmm, bagi mereka yang tak tahu anda boleh klik SINI ye...

Jom kita terjah ye....hehehehe...

Thursday 31 October 2013

Berjaya TURUNKAN 11kg hanya dengan Shaklee LECITHIN!

Berjaya TURUNKAN 11kg hanya dengan Shaklee LECITHIN!

Haaa.....percaya x? Ini cerita betul2 punya....Pengguna ni hanya consume Lecithin Shaklee sahaja dan mampu menurunkan berat badan sebanyak 11kg!. Memang best...tetapi, harus diingat pengambilan air kosong harus lah sekurang-kurangnya 3liter sehari. Beli produk yang mahal sekalipun tetapi kalau diri sendiri tak berdisiplin pun x berhasil juga..Jadi, sebelum kita nak salahkan sesuatu produk tu, kaji dulu diri kita kenapa kita tak dapat hasil seperti orang lain...

LECITHIN SHAKLEE BUKAN SEKADAR KURUSKAN BADAN!

Lecithin adalah gabungan kolina, inositol dan asid lemak penting yg lain.

Lecithin juga dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.. Contoh untuk mejelaskan perkataan emulsi ialah apabila kita membasuh pinggan berminyak dengan sabun, minyak itu akan ‘luruh’ mengikut  buih sabun. Begitulah kolesterol di-emulsi oleh lecithin.

Minum air, rehat yang cukup, menjaga pemakanan dan bersenam adalah perkara2 keutamaan yang tidak boleh diambil mudah oleh mereka yang menghadapi masalah kolesterol tinggi. Cara hidup sihat, gaya hidup sihat, makan cara sihat, amal ibadah yang sihat, insya-Allah selamat.

Masih ramai lagi yang tidak tahu sebenarnya banyak lagi kelebihan, kebaikan dan faedah yang kita dapat dari Lecithin Shaklee ni kerana mereka lebih mengenali Lecithin sebagai vitamin untuk kuruskan badan, tetapi ketahuilah Lecithin bukan sekadar kuruskan badan ok! 
Mari kita kaji....

Apa itu Penyakit G6PD

Hari ni ALD4U nak kongsi dengan anda semua tentang penyakit G6PD. Bahaya ke penyakit ni? Ermmm.... untuk mengetahui dengan lebih lanjut jemput baca artikel di bawah ye...

Wednesday 30 October 2013

Penyakit Talasemia dan cadangan Vitamin yang sesuai

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru  ke seluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sembelit Tiada, Luka cepat sembuh, Badan bertenaga dan Penyusuan menjadi lancar dengan Set Bersalin Shaklee

Set Berpantang / Bersalin Shaklee adalah salah satu yang terbaik kerana ianya memberi kesan yang amat positif kepada pemulihan kesihatan  ibu selepas melahirkan anak..
Keunikan dan kehebatan set ini terletak kepada kombinasi produk yang bukan sahaja memberikan pemulihan untuk luka luaran tetapi secara tidak langsung untuk pemulihan luka dalaman yang dialami oleh  ibu-ibu yang sedang berpantang.

Fahami Konsep & Kesan Healing Crisis!



Krisis Pemulihan, atau lebih dikenali sebagai Healing Crisis merupakan antara salah satu sebab ramai yang takut untuk mencuba sesuatu suplemen. Mereka lebih takut dengan "krisis sementara" berbanding dengan kesan baik jangka panjang! 

Apakah Healing Crisis ini? 

Setiap kali badan kita cuba membaik pulih dirinya, krisis permulihan akan berlaku. Di antara proses membaik pulih secara efektif termasuklah nyahtoksin (detoxify), memperbaiki (repair) dan membina semula (regenerate). Krisis pemulihan ini melibatkan setiap sistem di dalam badan, yang bergerak dengan harmoni untuk membuang sisa kumuhan melalui sistem perkumuhan, seterusnya menyediakan tubuh untuk proses memperbaiki dan membina semula. 

Sisa kumuhan yang dimaksudkan terbahagi kepada 2 kumpulan utama: 


  1. Toksin degil (stubborn toxin residues) yang telah terbentuk bertahun-tahun dan disimpan di dalam sel/ tisu badan. 
  2. Toksin bakteria (Endotoxins) yang dilepaskan oleh bakteria ketika bakteria-bakteria ini mati (dibunuh) semasa proses nyahtoksin/ krisi pemulihan. 
Dengan kata ringkasnya, krisis pemulihan ialah reaksi semulajadi (sistem imun) badan terhadap toksin-toksin yang dilepaskan ke dalam aliran darah LEBIH CEPAT berbanding kemampuan tubuh untuk mengeluarkan toksin-toksin ini dari dalam badan! 

Proses nyahtoksin (detoxify) tubuh juga terbahagi kepada 2 tugas utama: 

  1. Menghapuskan sisa buangan dan toksin. 
  2. Melindungi tubuh daripada mikrob dan toksik kimia yang berbahaya. 

Di antara tanda-tanda krisis pemulihan ialah: 

  1. Sakit kepala 
  2. Letih lesu 
  3. Sakit otot 
  4. Rasa gelisah
  5. Perubahan emosi
  6. Gatal dan alahan kulit
  7. Cirit-birit 
  8. Cramps 
  9. Loya 
  10. Demam/ Seakan-akan selesema (flu) 
  11. Jerawat di muka dan badan 
  12. Tekanan darah rendah
Apapun yang anda alami, ketahuilah bahawa kesihatan anda bukanlah semakin buruk, malah tubuh anda sebenarnya sedang berusaha untuk menjadi semakin baik! Sedikit demi sedikit anda akan merasakan bahawa tubuh anda menjadi semakin normal. Namun, anda perlu bersabar untuk mengharungi fasa pemulihan ini yang berbeza di antara setiap individu.

PERINGATAN: 
Sekiranya anda mengalami krisi pemulihan yang serius seperti masalah pernafasan, sakit melampau di bahagaian dada/ tekak, bengkak/ benjol yang luar biasa, dan apa jua tanda-tanda yang luar biasa, segeralah dapatkan bantuan kecemasan! 

Bagaimana untuk menghadapi krisis pemulihan ini? 

  • Perbanyakkan minum air kosong atau jus buah-buahan untuk pastikan badan sentiasa terhidrat. Sebaik-baiknya untuk minum 2-3L air sehari. 
     Tips: 1 L air kosong untuk setiap 25kg berat badan anda! 
  • Berehat, jemurkan diri (udara pagi yang terbaik!), dan lakukan senaman ringkas. 
  • Jika kesan krisis pemulihan ini tidak begitu berat, benarkanlah krisis permulihan ini untuk terus berlaku. Kesan ini biasanya berlangsung selama beberapa hari, atau mungkin berminggu - bergantung kepada tubuh individu. Jadi, jangan menyerah kalah terlalu awal! Anda akan rasa sangat berpuas hati selepas krisis pemulihan ini tamat, dan kesabaran anda itu sangat-sangat berbaloi! 
  • Kasihanilah diri (jiwa & tubuh) anda! Sekurang-kurangnya, di dalam tempoh pemulihan ini, janganlah sumbatkan lebih banyak toksin ke dalam badan anda! Cara paling mudah ialah cuba hentikan pengambilan makanan dan minuman yang diproses, yang perlukan berjam-jam untuk dihadamkan, atau yang tinggi kandungan gulanya.

Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.
Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi. 

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula. 

Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik? 

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan. 

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar. 

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan. 

Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)? 

Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat. 

Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung? Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan. 

Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi? Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah: 
  1.  Anda tidak mengambil dengan konsisten
  2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan
  3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus 
  4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
  5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih 
  6.  Keadaan tubuh yang kronik 

Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Kemungkinan Punca 

Tanda Krisis Penyembuhan
Kemungkinan Punca
Keletihan, berasa mengantuk
Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa berat
Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahan
Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk
Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
Kembung, perut bergas
Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur
Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair
Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarah
Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendi
Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas
Proses penyembuhan semakin cepat
Insomnia or atau hiperaktif
Sistem saraf yang lemah
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir
Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besar
Mungkin buasir
Pening, lapar
Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, sedu
Sistem penghadaman lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak)
Masalah buah pinggang
credit 
 
 
Berminat untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee? Anda jangan segan-segan untuk hubungi saya ye.. Anda sangat dialu-alukan. 

http://alittledream-4u.blogspot.com/p/hubungi-kami.html