PERHATIAN! Mulai February 2014, harga produk Shaklee untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah SAMA... Yang berbeza hanyalah kos postage sahaja....

Thursday 26 December 2013

Makanan Bantu Kurangkan Tekanan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Hari ni saya nak share tentang betul ke makanan boleh bantu kurangkan tekanan? Nak tahu betul atau tidak, jemput baca entri di bawah...
Keadaan gaya hidup kini yang sentiasa berhadapan tekanan sama ada di tempat kerja, dengan pasanagan ataupun keadaan persekitaran sedikit sebanyak boleh mempengaruhi emosi diri. Jika mengalami tekanan / stress yang berpanjangan dan ti dak bijak menguruskannya ia akan bertukar menjadi distress  iaitu satu keadaan tertekan dari segi mental, fizikal atau emosi yang melampau.

Tetapi, tahukah anda bahawa makanan boleh membantu mengurangkan tekanan kerana mengandungi makronutrien dan mikronutrien. Makronutrien yang terkandug dalam makanan adalah seperti karbohidrat, protein dan lemak manakala mikronutrien pula merujuk kepada pelbagai jenis vitamin dan mineral.

Karbohidrat, protein, vitamin B6, vitamin B12, vitamin C, folat dan kalsium mempunyai peranan penting dalam mempengaruhi pengeluaran hormon dalam  badan serta mempengaruhi ‘mood’ seseorang.

Antara makanan yang boleh diambil untuk mengurangkan tekanan ialah:


Makanan Bantu Kurangkan Tekanan? 
Oren
Vitamin C yang ada di dalam buah oren membantu mengurangkan tekanan darah menjadi normal. Vitamin C juga dikenali untuk meningkatkan system imunisasi dalam badan



Makanan Bantu Kurangkan Tekanan?
Keledek
Keledek boleh mengurangkan tekanan kerana ia memuaskan keinginan untuk mendapatkan karbohidrat dan kemanisan apabila berada di bawah tekanan yang berlebihan. Keledek juga kaya dengan beta karotena, vitamin lain dan serat bagi membantu badan memproses karbohidrat dengan berkesan

Makanan Bantu Kurangkan Tekanan?
Aprikot Kering
Aprikot kaya dengan magnesium yang dapat mengurangkan tekanan dan boleh mengendurkan otot secara semulajadi



Makanan Bantu Kurangkan Tekanan?
Bayam
Kekurangan magnesium dalam badan boleh menyebabkan migraine dan rasa keletihan. Pengambilan satu cawan bayam memberikan 40% magnesium diperlukan badan.




Makanan Bantu Kurangkan Tekanan?
Avokado
Lemak tidak tepu dan kalium yang ada dalam avokado membantu mengurangkan tekanan darah dalam badan. Kalium yang cukup dalam badan juga boleh mengurangkan tekana darah dan tahukah anda, avokado mempunyai lebih kalium berbanding pisang


Makanan Bantu Kurangkan Tekanan?
Badam, Pistasio dan Walnut
Badam penuh dengan vitamin B dan E dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi manakala walnut dan pistasio membantu menurunkan tekanan darah



Makanan Bantu Kurangkan Tekanan?
Ayam Belanda
Daging ayam belanda mengandungi asid amino dikenali sebagai L-trytophan. Asid amino ini juga melepaskan serotonin, satu bahan kimia yang baik untuk otak dan ia membuatkan kita berasa tenang selepas memakan daging ayam belanda





Makanan Bantu Kurangkan Tekanan?
Sayuran Hijau
Brokoli, sawi dan sayuran hijau lain adalah sumber utama vitamin yang membantu menyegarkan badan ketika mengalami tekanan




Makanan Bantu Kurangkan Tekanan?
Salmon 
Ikan salmon mempunyai asid lemak omega 3 yang tinggi dan membantu menangani penyakit jantung serta menghalang hormon tekanan daripada memuncak




Haaa...ni la antara makanan yang boleh bantu kita untuk kurangkan tekanan...Kadang-kadang tak semua kita ni makan semua yang macam di atas tu...ada sesetengah tak makan sayur, tak makan ayam belanda dan macam-macam lagi...Jadi, macam mana kita nak dapat nutrien yang mencukupi untuk badan... Lagi satu, nak makan banyak mana dan berapa kali makan baru kita nak dapat nutrien yang cukup? Oleh itu, apa kata cuba B-Complex Shaklee... Ianya bukan sebarang B-Complex, ianya lengkap dengan semua jenis vitamin B... Kalau anda nak tahu, vitamin B ni juga dapat berfungsi untuk mengawal hormon seseorang supaya mereka lebih tenang dan dapat mengawal stress dengan baik...

Okey la, untuk anda yang nak tahu lebih lanjut tentang B-Complex, anda boleh klik SINI ye...

Testimoni dari seorang customer yang mengamalkan B-Complex untuk mengawal stress beliau:


Makanan Bantu Kurangkan Tekanan?


Berminat untuk mendapatkan B-Complex Shaklee? Anda jangan segan-segan untuk hubungi saya ye.. Anda sangat dialu-alukan

http://alittledream-4u.blogspot.com/p/hubungi-kami.html

No comments:

Post a Comment