PERHATIAN! Mulai February 2014, harga produk Shaklee untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah SAMA... Yang berbeza hanyalah kos postage sahaja....

Monday 20 January 2014

OBESITI: Punca Dan Pencegahan

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera,
Tahu tak anda, Malaysia merupakan negara orang gemuk? Ini bukan saya saje2 cakap tau, statement ni datang dari keratan artikel di surat khabar.. Untuk tahu bagaimana Obesiti terjadi dan cara untuk mengatasinya, jemput baca sharing saya di bawah ye..



"Kajian Persatuan Diabetes Malaysia dan Majlis Pencegahan Obesiti tahun lalu mendapati jumlah penghidap kencing manis di Malaysia meningkat daripada 2.6 juta tahun lalu berdasarkan trend peningkatan 15 peratus setahun membabitkan individu berumur 30 tahun ke atas.
Ini menyebabkan Malaysia kemungkinan besar memiliki penghidap diabetes paling tinggi di Asia Tenggara dalam tempoh empat tahun apabila 3.6 juta rakyatnya menghidap penyakit kronik itu.
Perkara ini kelihatan tidak mustahil untuk berlaku kerana Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHSM) 2011 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan tahun lalu menunjukkan satu daripada lima orang dewasa di negara ini menghidap kencing manis.
Hakikatnya statistik yang begitu merisaukan ini meletakkan Malaysia di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Tambahan pula mengikut Presiden Majlis Pencegahan Obesiti, Jong Koi Chong, Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara dengan pesakit kencing manis teramai pada 2017 dengan kedudukan keenam di Asia Pasifik dari segi obesiti." Untuk info lanjut boleh klik SINI

Apa itu Obesiti?
Keadaan di mana tubuh badan mengandungi lemak yang berlebihan sehingga pada satu tahap menyebabkan gangguan kepada kesihatan kita.

Penyebab Obesiti?

  • Makan secara berlebihan melebihi keperluan badan - Maksudnya jangan makan ikut nafsu, tetapi makan ikut keperluan
  • Senaman dan aktiviti fizikal yang tidak mencukupi - Luangkan masa bersenam sekurang-kurangya 15 minit sehari.
Penyakit yang berkaitan dengan Obesiti

  • Sakit jantung
  • Strok
  • Diabetis
  • Kanser
  • Pernafasan terhanti sewaktu tidur (Sleep Apnea)
  • Osteoartritis - radang pada sendi / sakit-sakit sendi
  • Gout

Selain menjaga pemakanan, penting juga untuk anda melakukan senaman. Antara faedah-faedah bersenam adalah:

  • Meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru
  • Mengurangkan tahap gula dalam darah
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Meningkatkan kolesterol yang baik
  • Mengurangkan lemak dalam badan
  • Mengurangkan risiko kecederaan tulang

Selalunya, kita memang rasa malas untuk bersenam... Kadang-kadang macam-macam alasan yang kita reka untuk tidak bersenam... Seolah-olah kita berperang dengan diri sendiri. Sebahagian diri kita kata"tak payah senam lah" dan sebahagian lagi pula " sampai bila ko nak macam ni? sampai bila ko nak gemuk je?" Jadi, macam mana cara untuk kita memberi motivasi kepada diri sendiri untuk bersenam?

  • Mengubah sikap - paling penting! Tiada siapa yang dapat ubah diri kita melainkan diri kita sendiri
  • Memilih 'role model' sebagai inspirasi
  • Mempelbagaikan tempat bersenam 
  • Mengajak rakan-rakan
  • Memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas bersenam
  • Sentiasa menambah pengetahuan tentang kesihatan

Di sini juga, ada dicadangkan beberapa jenis senaman yang baik untuk anda:

  • Berjalan
  • Berjalan pantas
  • Berjoging
  • Berbasikal
  • Berenang 
  • Senaman beraket seperti badminton, ping pong atau tenis
  • Menari

Tetapi, harus diingat dalam kita seronok bersenam ada beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian / mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku:

  • Jangan berlebihan dan tahu had kemampuan anda
  • Jangan bersenam sekiranya anda sakit atau cedera
  • Jangan terus duduk selepas bersenam
  • Berhenti bersenam sekiranya anda berasa tidak selesa
  • Jangan bersenam sekiranya anda demam

Diharapkan perkongsian diatas mengenai Obesiti dapat memberi anda maklumat atau info yang berguna kepada anda. Untuk gemuk, mengambil masa yang sangat singkat tetapi untuk kurus sangat-sangat mengambil masa yang lama... Jika anda tergolong di dalam golongan Obesiti, mulakan langkah anda hari ini.. Mungkin langkah kecil anda hari ini akan memberi kesan yang positif di masa depan.. Pada mereka yang tiada masalah Obesiti, jangan pandang serong kepada mereka yang Obesiti, sebaliknya bagi lah sokongan, pertolongan kepada mereka untuk mengubah cara hidup mereka ke arah yang lebih sihat.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee? Anda jangan segan-segan untuk hubungi saya ye.. Anda sangat dialu-alukan

http://alittledream-4u.blogspot.com/p/hubungi-kami.html

No comments:

Post a Comment