PERHATIAN! Mulai February 2014, harga produk Shaklee untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah SAMA... Yang berbeza hanyalah kos postage sahaja....

Saturday 9 November 2013

Tip Mudah Pastikan Kuku Bersih dan Sihat



Banyak perkara yang boleh dilakukan dengan kuku yang tidak hanya berfungsi melindungi kulit jari. Bagaimanapun, kuku yang kotor atau jarang diberi perhatian dari segi penjagaannya bukan saja menjejaskan penampilan diri tetapi juga boleh merosakkan kulit. Berikut dititipkan cara yang mudah dan ringkas bagi memastikan kuku kita bersih dan sihat... Semua ini kita boleh lakukan sendiri di rumah, x perlu pergi ke spa ye...

  1. Buang kotoran di bawah kuku dengan bahagian runcing yang biasanya disertakan bersama ketip kuku. Berhati-hati semasa membersihkannya kerana objek tajam boleh mendatangkan bahaya. Pastikan setiap kotoran yang terperangkap tu dapat dibersihkan sepenuhya. 
  2. Apabila bahagian dalam kuku benar-benar bersih, beralih pula ke bahagian luarnya. Gunakan berus gigi bersih dan campuran air serta sabun lalu gosokla pada kuku. Jangan abaikan bahagian dalam kuku dan sepuluh jari ye. Jika ada yang menggunakan pengilat kuku, biarkan saja jika ia tertanggal. Apabila selesai, basuh tangan dan lap hingga kering.
  3. Gunakan penanggal pengilat kuku dan gosok di keseluruhan permukaan kuku. Cara ini bukan saja dapat menanggalkan baki pengilat, tapi turut membantu menyingkirkan kotoran
  4. Rendam kuku dalam semangkuk air suam yang dicampur sabun dan biarkan selama tiga minit. Jangan rendam seluruh tangan cuma kuku.
  5. Basuh tangan sekali lagi dan kali ini gosok sepenuhnya dengan sabun serta air suam. Lapkan secara lembut hingga kering. Sapu losyen (khusus untuk tangan) dan biarkan ia meresap pada seluruh tangan
  6. Potong kuku setiap 10 hingga 15 hari bagi memastikannya pendek dan dalam keadaan baik...


Perlu Diingatkan:
  • Urut perlahan pada setiap jari dan kuku untuk menggalakkan pengaliran darah (boleh dilakukan ketika anda menyapu losen pada tangan)
  • Apabila melakukan filing atau buffing (menggunakan papan buffing), halakan pada satu arah saja
  • Bersihkan kuku dengan minyak zaitun dan jus lemon secara kerap untuk hasil kuku sihat dan bersinar
  • Gunakan pelembap dari lidah buaya (aloe vera) atau losen mentega koko (jenama Vaseline) untuk mengelakkan kuku bercagu
  • Sebaiknya pilih sabun formulasi sederhana atau lembut. Formula tinggi boleh menyebabkan kerengsaan pada jari lalu merosakkan kuku
  • Elakkan dari menggigit kuku kerana ianya membuatkan kuku mudah rapuh dan rosak
  • Bagi yang mempunyai kuku nipis dan mudah patah, sapukan bawang putih hancur pada kuku kerana ia dapat membantu pertumbuhan kuku yang lebih kuat dan tebal....

Semoga perkongsian tip di atas dapat memberi faedah kepada kita semua... Sebagai orang Islam, kita juga perlu mengetahui cara potong kuku mengikut Sunnah Nabi s.a.w. Anda boleh klik SINI untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. 

No comments:

Post a Comment