PERHATIAN! Mulai February 2014, harga produk Shaklee untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah SAMA... Yang berbeza hanyalah kos postage sahaja....

Friday 6 December 2013

Jaga Kesihatan Hati dengan DTX Complex

Jaga Kesihatan Hati dengan DTX Complex
Assalamualaikum semua....
Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua tentang khasiat DTX Complex. Sebelum kita mengenali apa itu DTX Complex, jom kita kenal organ yang terbesar dan penting dalam tubuh kita iaitu hati... Kerana, antara fungsi utama DTX Complex ni adalah ia memberi perlindungan kepada fungsi hati....
Hati merupakan organ yang terbesar dalam tubuh manusia atau haiwan lain. Hati juga adalah satu-satunya organ yang mudah diganti apabila tisunya rosak. Ia terletak di bahagian atas abdomen dan dilindungi oleh tulang sangkar dada dan rusuk. Hati mempunyai 2 lobus (cuping) yang utama, yang dibekalkan oleh dua saluran darah iaitu arteri hepatik (membekalkan darah ke hati yang dipam dari jantung) dan vena portal.
Hati memainkan peranan penting dan berkait rapat dengan fungsi organ-organ lain dalam tubuh kita, dari penghasilan protein dan pembekuan darah hinggalah ke metabolisma kolesterol, glukosa dan zat besi (ferum). Hati juga merupakan organ yang berfungsi sebagai kelenjar kerana ia menghasilkan air hempedu.

Hati mempunyai banyak fungsi, di antara yang penting ialah:

  • Menghasilkan air hempedu yang diperlukan bagi penghadaman makanan berlemak. Menyimpan glukosa atau gula berlebihan dalam badan dalam bentuk glikogen dalam sel hati, dan glikogen ini boleh ditukarkan semula kepada glukosa apabila badan memerlukan tenaga.
  • menghasilkan faktor pembekuan darah.
  • Menghasilkan asid amino (struktur asas protein).
  • Memproses dan menyimpan zat besi (ferum) yang diperlukan bagi menghasilkan sel darah merah.
  • Menghasilkan kolesterol dan bahan kimia lain yang diperlukan untuk pengangkutan lemak.
  • Menukarkan hasil buangan daripada proses metabolisma badan menjadi urea.
  • Menukarkan ubat-ubatan yang diambil kepada bahan aktifnya semasa di dalam badan.
Ok la...Itu sedikit sebanyak info tentang pentingnya hati kepada tubuh manusia... Jadi, janganlah diabaikan kesihatan hati kita... Sekarang, jom kita berkenalan dengan DTX Complex pula


DTX Complex Shaklee mengandungi satu campuran proprietari ekstrak daripada gabungan ekstrak biji benih pokok susu tisel, schizandra, ekstrak dendalion, cendawan reishi, kunyit dan articok.
• Digunakan secara tradisional untuk tonik hati.*
 Tiada perasa tiruan, pemanis, warna-warna, atau bahan pengawet tambahan.

Fungsi DTX Complex

·Fungsi utama >> memberi perlindungan kepada hati (fungsi hati)
· Mempertingkatkan ciri-ciri aliran hempedu
·Membekalkan antioksidan yang menyahtosikkan hati
·Melindungi dan merangsang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat
·Ekstrak biji benih Milk Thistle, biji benih Schizandra dan cendawan Reishi mempunyai ciri-ciri antioksida, menawarkan perlindungan untuk sel-sel hati dan dipercayai dapat merangsang sintesis protein bagi pemulihan dan pembentukan semula sel-sel hati.
·Pati Dandelion, Articok dan Kunyit membantu mengekalkan aliran hempedu normal, menyokong satu daripada organ (hempedu) yang diperlukan untuk mengeluarkan sebatian-sebatian toksik dari tubuh
· Membantu pesakit hepatitis

Siapa Perlukan?

· Individu yang ingin menjaga kesihatan hati dan fungsi hati yang sempurna
·Individu yang sering lemah, letih, lesu, berjerawat (banyak toksin dalam badan)
·Pesakit hepatitis
·Individu yang sering makan ‘fast food’
·Penagih arak
·Perokok

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Berminat untuk mendapatkan? Anda jangan segan-segan untuk hubungi saya ye.. Anda sangat dialu-alukan

http://alittledream-4u.blogspot.com/p/hubungi-kami.html

No comments:

Post a Comment