PERHATIAN! Mulai February 2014, harga produk Shaklee untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah SAMA... Yang berbeza hanyalah kos postage sahaja....

Monday 25 November 2013

Kenali Vitamin C Chewable

Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.  Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.


Keistimewaan Chewable Vitamin C ialah ianya diperkayakan dengan Rose Hips dan Bioflavonoids

Apa itu Rose Hips?

  •     Rose Hip adalah buah bunga mawar. Tumbuhan ini tumbuh sehingga 10 kaki tinggi dan mengeluarkan bunga putih yang berbau sangat wangi. Apabila bunga telah mekar dan semua kelopak telah jatuh, buah bunga mawar dipilih dan digunakan untuk pelbagai persediaan
  •      Rose Hip adalah sumber terbaik vitamin C kerana mereka mengandungi vitamin C 50% lebih daripada oren
  •      Kerana vitamin C yang tinggi dalam Rose Hip, ia menjadi penggalak system imun yang cemerlang, dan sering digunakan sebagai makanan tambahan untuk mencegah atau merawat selsema
  •      Rose Hip juga terkenal sebagai  vitamin kulit kerana mempunyai keupayaan untuk membantu menjana semula sel-sel kulit baru seperti merawat parut, jerawat dan kesan terbakar
  •      Ia juga membantu untuk menjaga kulit anjal dan melembapkannya. Ini bukan sahaja dapat mencegah kedutan tetapi sebenarnya boleh membantu untuk mengurangkan kedutan yang telah muncul jika diamalkan secara konsisten.

Apa itu Bioflavonoids?


  • Bioflavonoids adalah kawan baik vitamin C. Ia membantu memaksimakan keberkesanan vitamin C dengan memudahkan penyerapan badan daripada mikronutrien dan juga melindungi daripada pengoksidaan, menurut John D Kirschmann, pengarang “Nutrition Almanac” vitamin C yang tulen dan semulajadi  sahaja yang mengandungi Bioflavonoids. Ia tidak terdapat pada vitamin C sintetik / tiruan.

Fungsi Vitamin C

Fungsinya sama dengan Sustained Release Vitamin C Plus – klik SINI untuk mengetahui fungsi-fungsinya

Kepentingan Lain

  • ·   Menyokong sistem imun yang kuat untuk tubuh badan kita
  • ·   Mereka yang mengambil vitamin C setiap hari mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung
  • ·   Vitamin C melindungi sel DNA daripada kerosakan radikal bebas
  • ·   Vitamin C melindungi sperma lelaki dari kerosakan radikal bebas. Bagi pasangan yang cuba mendapatkan anak, pastikan anda menggandakan pengambilan vitamin C setiap hari lebih-lebih lagi jika suami seorang perokok, golongan perokok kehilangan 100mg vitamin C setiap hari.
  • ·   Vitamin C Chewable ni bagus untuk perokok kerana setiap kunyahan boleh membantu menggantikan 100mg vitamin C yang hilang
  • ·   Vitamin C berperanan besar dalam penghasilan kolagen untuk kulit cantik dan sihat
  • ·   Vitamin C adalah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan termasuklah penggantian dan pertumbuhan tisu, gusi yang sihat. Vitamin ini juga berfungsi mengeluarkan hormone anti-stress dan interferon, sejenis protein system imuniti yang penting.
  • ·   Di Perancis, vitamin C yang diperkaya dengan Bioflavonoids digunakan secara meluas untuk merawat sakit puan. Kandungan Flavone mampu menggantikan hormon yang dapat memulihkan  masalah period tidak teratur. Ia juga dikatakan dapat mencegah keguguran di kalangan ibu mengandung (*sumber Nutrition Almanac)
Ianya tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Berminat untuk mendapatkan? Anda jangan segan-segan untuk hubungi saya ye.. Anda sangat dialu-alukan

http://alittledream-4u.blogspot.com/p/hubungi-kami.html


No comments:

Post a Comment