PERHATIAN! Mulai February 2014, harga produk Shaklee untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah SAMA... Yang berbeza hanyalah kos postage sahaja....

Tuesday 21 January 2014

KEPUTIHAN: Normal atau Penyakit?

KEPUTIHAN: Normal atau Penyakit?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua…

Insan yang bernama wanita sering kali tidak lari dari menghadapi masalah wanita iaitu keputihan. Ianya boleh berlaku kepada mereka sama ada yang belum berkahwin atau yang sudah berkahwin… Ramai wanita yang memandang enteng akan masalah keputihan ni… Tapi, percaya la keputihan jika tidak dirawat akan membawa kepada masalah yang lain seperti kanser, jika berlaku ketika mengandung kemungkinan peratus keguguran tinggi. Hal ini juga boleh membawa kepada masalah rumah tangga seperti berlaku penceraian dan juga lain-lain.. Jemput baca entri dibawah untuk mengetahui lebih lanjut dan sebelum itu jom kita tambah ilmu tentang apa itu keputihan.

Apa itu Keputihan?

Keputihan atau Fluor Albus merupakan rembesan pada faraj wanita . Keputihan pada dasarnya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu keputihan biasa (fisiologi) dan keputihan abnormal (patologi). keputihan fisiologi adalah keputihan yang biasanya berlaku setiap bulan, biasanya muncul sebelum haid atau selepas haid ataupun ketika masa subur seorang wanita. Punca-punca yang menyebabkan berlakunya keputihan ialah jangkitan daripada bakteria, virus, kulat/fungus atau parasite… Ianya akan menimbulkan rasa gatal di dalam faraj dan di sekitar bibir faraj bahagian luar. 

Jenis-jenis keputihan

Keputihan biasa (fisiologi)

·    Cecair rembesan berwarna bening (macam putih telur), tidak melekat dan cair.
·    Tidak mengeluarkan bau yang kuat
·    Gejala ini merupakan proses biasa sebelum atau selepas haid dan tanda waktu subur pada wanita
·    Remaja perempuan / kanak-kanak perempuan juga mengalami keputihan sebelum mula akil baligh dan biasanya gejala ini akan hilang dengan sendirinya.
·    Biasanya keputihan yang normal tidak disertai dengan rasa gatal. Keputihan juga boleh dialami oleh wanita yang terlalu penat/letih atau yang daya tahan tubuhnya lemah

Keputihan abnormal (patologi)

·    Keluarnya cecair berwarna putih pekat, putih kekuningan, putih kehijauan atau putih kelabu dari saluran faraj . Cecair ini berbentuk cecair atau kental, melekat dan kadang-kadang berbuih.
·    Cecair ini mengeluarkan bau yang busuk / kuat.
·    Kegatalan pada faraj dan jika digaru akan terjadi iritasi pada faraj
·    Merupakan salah satu ciri-ciri penyakit jangkitan faraj yang berbahaya seperti HIV, Herpes, Candyloma.
 
KEPUTIHAN: Normal atau Penyakit?
Jenis-jenis keputihan

Punca-Punca keputihan 

Punca-punca keputihan secara umum adalah:
·      Ketidakseimbangan hormon
·      Gejala suatu penyakit tertentu
·      Rosaknya keseimbangan biologi dan keasidan (ph) persekitaran faraj.
·      Mengelap bahagian faraj dengan tisu selepas membuang air kecil atau besar
·      Memakai pakaian dalam yang ketat - berasaskan bahan sintetik
·      Tidak menukar panty liner
·      Membilas faraj dari arah yang bertentangan. Iaitu dari arah anus ke arah depan faraj
·      Sering bertukar seluar dalam / tuala dgn orang lain
·      Kurang menjaga kebersihan faraj
·      Letih dan tidak bertenaga
·      Stress
·      Kurang menukar pad ketika haid
·      Membasuh faraj dengan sabun
·      Tidak menjalani corak hidup yang sihat (makan tidak teratur, kurang beriadah, tidak     cukup tidur)
·      Tinggal di kawasan tropika yang lembap
·      Persekitaran yang kotor.
·      Sering berendam dalam air hangat dan panas. 
·      Sering bertukar-tukar pasangan dalam melakukan hubungan intim
·      Kadar gula dalam darah tinggi
·      Sering menggaru faraj

Warna Keputihan dan Punca Jangkitan

·    Jangkitan kencing nanah , sebagai contoh menghasilkan cecair kental, bernanah dan berwarna kuning kehijauan.
·    Keputihan yang disertai bau busuk boleh disebabkan oleh kanser .
·    Keputihan yang berpunca dari kulat Candida albicans. Keputihan jenis ini mempunyai ciri-ciri seperti berwarna putih seperti susu, cecair kental, bau busuk dan sangat gatal sehingga mengakibatkan radang pada faraj sehingga kelihatan kemerahan.
·    Keputihan yang berpunca dari bakteria Vaginosis atau Gardnerella. Keputihan jenis ini mempunyai ciri-ciri seperti berwarna abu-abu, tidak terlalu kental, cecair berbuih, mengeluarkan bau yang hanyir, dan timbul rasa gatal
·    Keputihan yang berpunca dari parasit Trichomonas vaginalis. Keputihan jenis ini mempunyai ciri-ciri seperti berwarna kehijauan atau kuning, cecair berbuih dan berbau hamis, tidak menimbulkan gatal, tetapi apabila disentuh, faraj akan terasa sakit. Jangkitan ini boleh terjadi melalui hubungan seks yang tidak sihat, kelengkapan bilik mandi yang tidak bersih.
·    Keputihan yang berpunca dari virus. Keputihan jenis ini berpunca dari virus, HIV, Herpes atau Candyloma yang boleh mengakibatkan kanser rahim. Keputihan Herpes mempunyai tanda herpes seperti luka yang melepuh, keputihan candyloma pula mempunyai tanda candyloma iaitu kutil-kutil yang tumbuh di faraj atau rahim
KEPUTIHAN: Normal atau Penyakit?
Petikan dari Dr.Hamid Arshat
Haaa... diharapkan dengan perkongsian di atas dapat memberi anda lebih maklumat mengenai keputihan. Jika anda mempunyai masalah keputihan, jangan dibiarkan. Rawat dan cegah lah ia.. Keputihan ni bukan terjadi kepada wanita yang sudah berkahwin sahaja tetapi berlaku kepada semua wanita yang sudah baligh.

Jika anda berminat mendapatkan rangkaian produk Shaklee, anda jangan segan-segan untuk hubungi saya ye.. Anda sangat dialu-alukan

http://alittledream-4u.blogspot.com/p/hubungi-kami.html

No comments:

Post a Comment