PERHATIAN! Mulai February 2014, harga produk Shaklee untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah SAMA... Yang berbeza hanyalah kos postage sahaja....

Saturday 9 November 2013

Kenapa Perlu Minum Air 3 Liter Sehari?

Ermm…bila dengar je 3 liter sehari, mesti  masing-masing mengeluh kan… Antara alasan yang sering kali sy dengar ialah, nanti kerap ke tandas, perut kembung la dan macam-macam lagi… perlu diingatkan 3 liter air ialah air masak sahaja ye, bukan air masak campur dengan air kopi ke, air teh ke dan minuman manis yang lain…Apabila kita minum air yang mencukupi, ianya bukan sahaja melicinkan proses dalam tubuh tetapi juga dapat menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi, kulit akan kelihatan sentiasa lembap. Salah satu cara untuk kekal awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi  boleh melambatkan proses pengecutan kulit. Selain itu juga dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten dan juga membantu dalam pembentukan minda yang ceria dan emosi yang lebih stabil.

TIPS UNTUK MINUM AIR 3 LITER SEHARI:

  1. Minum air pada kadar yang sedikit tetapi kerap
  2. Jangan gelojoh ketika minum sebaliknya minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan-lahan. Ini akan mengelakkan kita merasa kembung berbanding jika kita minum dengan banyak sekali gus.
  3. Amalkan untuk meletakkan bekas air di seluruh pelusuk rumah. Jadi apabila anda melalui bahagian rumah tersebut contoh ruang tamu, anda boleh berhenti seketika untuk minum air tersebut tanpa perlu ke dapur
  4. Letakkan satu bekas air di sebelah katil anda bagi memudahkan anda untuk minum jika terjaga di tengah malam atau ketika bangun untuk mengepam
  5. Bagi ibu menyusu, amalkan untuk minum segelas air suam sebelum dan selepas mengepam bagi mengelakkan dehidrasi
  6. Amalkan juga untuk meminum air selepas selesai ke tandas
  7. Bagi memastikan pengambilan air dalam sehari adalah mencukupi, ukur amaun air yang telah diambil. Cara mudah adalah dengan menggunakan botol air mineral 500ml sebagai sukatan
  8. Letakkan sasaran sebagai contoh jika anda bekerja, usaha untuk habiskan 1 liter air di antara waktu mula bekerja sehingga tengahari dan 1 liter lagi di antara selepas rehat tengahari sehingga ke petang. Anda boleh bahagikan pengambilan air iaitu anda iaitu minum 250ml bagi setiap jam. Dalam tempoh masa 4 jam dari 8.00 pagi sehingga 12 tengahari, anda sudah berjaya menghabiskan 1 liter air.
Tips yang awesome ni dari sini

Faktor lain yang mempengaruhi jumlah air yang kita perlu mengambil setiap hari:

Faktor yang mempengaruhi
Pertimbangan
Berat Badan
Lebih berat  badan seseorang maka lebih banyak air yang diperlukan.
Tahap senaman yang dilakukan
Apabila membuat senaman atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang membuatkan kita berpeluh, kita perlu minum air tambahan bagi mengimbangi kehilangan bendalir.Tambahan air sebanyak 400-600 ml (kira-kira 1.5 hingga 2.5 cawan) adalah mencukupi untuk  senaman yang pendek, tetapi senaman yang  berpanjangan yang lebih daripada satu jam (contohnya, berlari marathon) akan memerlukan pengambilan cecair yang lebih banyak
Wanita yang mengandung atau menyusukan bayi
Wanita yang mengandung  atau menyusu bayi  memerlukan cecair tambahan untuk sentiasa  terhidrat. Institut Perubatan mengesyorkan bahawa wanita hamil minum 2.3 liter (kira-kira 10 cawan) cecair setiap hari dan wanita yang menyusukan bayi  mengambil 3.1 liter (kira-kira 13 cawan) air sehari.
    
Jadi, tiada alasan untuk kita susah minum air yang mencukupi lagi.. kata orang tua “hendak 1000 daya, x nak 1000 dalih”.


   
Jadi, pentingkan pengambilan air yang mencukupi ni untuk tubuh kita...Kalau rasa susah untuk amalkan sekaligus, cuba amalkan secara orang kata perlahan-lahan. Nanti lama-lama kita akan terbiasa dan x de masalah untuk minum air yang mencukupi....

Berminat untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee? Anda jangan segan-segan untuk hubungi saya ye.. Anda sangat dialu-alukan
http://alittledream-4u.blogspot.com/p/hubungi-kami.html


   

No comments:

Post a Comment