PERHATIAN! Mulai February 2014, harga produk Shaklee untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah SAMA... Yang berbeza hanyalah kos postage sahaja....

Thursday 26 December 2013

Penyusuan: Apa itu Teknik Power Pumping?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua…
Hari saya nak kongsi dengan anda semua mengenai apa itu teknik power pumping. Power pumping ni sangat sesuai bagi mommies yang penghasilan susunya sangat kurang atau tiada langsung..Perkara penting dalam penyusuan yang perlu mommies tahu ialah tambah ilmu penyusuan.. Bila mommies semua ada ilmu penyusuan ni, jika timbul sebarang masalah mommies semua tahu cara untuk menghadapinya..Musuh utama dalam penyusuan ni ialah stress atau tekanan… Jadi, mommies semua elakkan dari stress dan jika stress kawal lah stress anda agar proses penyusuan menjadi lancar. Alam penyusuan ni sangat indah kerana melalui penyusuan lah hubungan ibu dan anak menjadi sangat utuh… Jemput baca entri dibawah ye untuk mengetahui lebih lanjut mengenai power pumping ni..Semoga ianya membantu mereka yang menghadapi masalah susu kurang supaya penghasilan susu menjadi meriah..InsyaAllah

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk bayi menyusu secara tak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang memerlukan Power Pumping?

  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
  • Ibu yang ingin relaktasi/menyusukan semula di anak setelah berhenti menyusukan
  • Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu - akibat daripada perubahan hormom, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single Pump
Pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam

Untuk Double Pump
Pam kedua² belah serentak selama 10 minit, rehat/stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam

Penyusuan: Apa itu Teknik Power Pumping?

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya waktu malam ke subuh, sebab hormon susu sgt tinggi waktu itu.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Mommies jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping memerlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik atau "pam angin' semata, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Yang penting, mommies semua kena tenang, jangan tertekan, jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkan olehNYA...Amin...

Dah buat power pumping tapi susu masih sedikit?
Tidak dinafikan memang ada ibu yang sudah berusaha tapi penghasilan susu masih sedikit. Kenapa jadi begini? cuba cek diri anda..
· Pemakanan yang tidak seimbang
· Pengambilan air yang tidak cukup (minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari)
· Ibu sentiasa kurang bertenaga, tidak sihat dan sentiasa penat.
· Pemikiran negatif dan emosi sentiasa tidak stabil.

Ibu-ibu yang sudah berusaha tapi masih belum mendapat kuantiti susu yang diinginkan atau yang sudah mendapat susu yang banyak tetapi mahu lebih lagi untuk buat stok, apa kata anda mencuba set penyusuan kami yang memang tidak diragukan lagi selamat dan semulajadi dan telah membantu ramai ibu-ibu untuk penyusuan secara ekslusif.. set-set penyusuan ini terdiri daripada :

· Set B - Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa
· Set E - Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix
· Set Eu-four - Vitalea, B complex, Vitamin C, Ostematrix, ESP
· Set 3M - Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix, ESP (recommended untuk mommies yang mengalami masalah penghasilan susu yang kurang atau tiada langsung)

Pemilihan set-set penyusuan ini bergantung kepada masalah dan penghasilan susu anda..jadi jangan segan-segan untuk hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma dan saya akan mencadangkan bersesuaian dengan budget anda juga.... 


http://alittledream-4u.blogspot.com/p/hubungi-kami.html

No comments:

Post a Comment