PERHATIAN! Mulai February 2014, harga produk Shaklee untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah SAMA... Yang berbeza hanyalah kos postage sahaja....

Thursday 31 October 2013

Berjaya TURUNKAN 11kg hanya dengan Shaklee LECITHIN!

Berjaya TURUNKAN 11kg hanya dengan Shaklee LECITHIN!

Haaa.....percaya x? Ini cerita betul2 punya....Pengguna ni hanya consume Lecithin Shaklee sahaja dan mampu menurunkan berat badan sebanyak 11kg!. Memang best...tetapi, harus diingat pengambilan air kosong harus lah sekurang-kurangnya 3liter sehari. Beli produk yang mahal sekalipun tetapi kalau diri sendiri tak berdisiplin pun x berhasil juga..Jadi, sebelum kita nak salahkan sesuatu produk tu, kaji dulu diri kita kenapa kita tak dapat hasil seperti orang lain...

LECITHIN SHAKLEE BUKAN SEKADAR KURUSKAN BADAN!

Lecithin adalah gabungan kolina, inositol dan asid lemak penting yg lain.

Lecithin juga dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah…dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.. Contoh untuk mejelaskan perkataan emulsi ialah apabila kita membasuh pinggan berminyak dengan sabun, minyak itu akan ‘luruh’ mengikut  buih sabun. Begitulah kolesterol di-emulsi oleh lecithin.

Minum air, rehat yang cukup, menjaga pemakanan dan bersenam adalah perkara2 keutamaan yang tidak boleh diambil mudah oleh mereka yang menghadapi masalah kolesterol tinggi. Cara hidup sihat, gaya hidup sihat, makan cara sihat, amal ibadah yang sihat, insya-Allah selamat.

Masih ramai lagi yang tidak tahu sebenarnya banyak lagi kelebihan, kebaikan dan faedah yang kita dapat dari Lecithin Shaklee ni kerana mereka lebih mengenali Lecithin sebagai vitamin untuk kuruskan badan, tetapi ketahuilah Lecithin bukan sekadar kuruskan badan ok! 
Mari kita kaji....

Apa itu Penyakit G6PD

Hari ni ALD4U nak kongsi dengan anda semua tentang penyakit G6PD. Bahaya ke penyakit ni? Ermmm.... untuk mengetahui dengan lebih lanjut jemput baca artikel di bawah ye...

Wednesday 30 October 2013

Penyakit Talasemia dan cadangan Vitamin yang sesuai

Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru  ke seluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).

Sembelit Tiada, Luka cepat sembuh, Badan bertenaga dan Penyusuan menjadi lancar dengan Set Bersalin Shaklee

Set Berpantang / Bersalin Shaklee adalah salah satu yang terbaik kerana ianya memberi kesan yang amat positif kepada pemulihan kesihatan  ibu selepas melahirkan anak..
Keunikan dan kehebatan set ini terletak kepada kombinasi produk yang bukan sahaja memberikan pemulihan untuk luka luaran tetapi secara tidak langsung untuk pemulihan luka dalaman yang dialami oleh  ibu-ibu yang sedang berpantang.

Fahami Konsep & Kesan Healing Crisis!



Krisis Pemulihan, atau lebih dikenali sebagai Healing Crisis merupakan antara salah satu sebab ramai yang takut untuk mencuba sesuatu suplemen. Mereka lebih takut dengan "krisis sementara" berbanding dengan kesan baik jangka panjang! 

Apakah Healing Crisis ini? 

Setiap kali badan kita cuba membaik pulih dirinya, krisis permulihan akan berlaku. Di antara proses membaik pulih secara efektif termasuklah nyahtoksin (detoxify), memperbaiki (repair) dan membina semula (regenerate). Krisis pemulihan ini melibatkan setiap sistem di dalam badan, yang bergerak dengan harmoni untuk membuang sisa kumuhan melalui sistem perkumuhan, seterusnya menyediakan tubuh untuk proses memperbaiki dan membina semula. 

Sisa kumuhan yang dimaksudkan terbahagi kepada 2 kumpulan utama: 


  1. Toksin degil (stubborn toxin residues) yang telah terbentuk bertahun-tahun dan disimpan di dalam sel/ tisu badan. 
  2. Toksin bakteria (Endotoxins) yang dilepaskan oleh bakteria ketika bakteria-bakteria ini mati (dibunuh) semasa proses nyahtoksin/ krisi pemulihan. 
Dengan kata ringkasnya, krisis pemulihan ialah reaksi semulajadi (sistem imun) badan terhadap toksin-toksin yang dilepaskan ke dalam aliran darah LEBIH CEPAT berbanding kemampuan tubuh untuk mengeluarkan toksin-toksin ini dari dalam badan! 

Proses nyahtoksin (detoxify) tubuh juga terbahagi kepada 2 tugas utama: 

  1. Menghapuskan sisa buangan dan toksin. 
  2. Melindungi tubuh daripada mikrob dan toksik kimia yang berbahaya. 

Di antara tanda-tanda krisis pemulihan ialah: 

  1. Sakit kepala 
  2. Letih lesu 
  3. Sakit otot 
  4. Rasa gelisah
  5. Perubahan emosi
  6. Gatal dan alahan kulit
  7. Cirit-birit 
  8. Cramps 
  9. Loya 
  10. Demam/ Seakan-akan selesema (flu) 
  11. Jerawat di muka dan badan 
  12. Tekanan darah rendah
Apapun yang anda alami, ketahuilah bahawa kesihatan anda bukanlah semakin buruk, malah tubuh anda sebenarnya sedang berusaha untuk menjadi semakin baik! Sedikit demi sedikit anda akan merasakan bahawa tubuh anda menjadi semakin normal. Namun, anda perlu bersabar untuk mengharungi fasa pemulihan ini yang berbeza di antara setiap individu.

PERINGATAN: 
Sekiranya anda mengalami krisi pemulihan yang serius seperti masalah pernafasan, sakit melampau di bahagaian dada/ tekak, bengkak/ benjol yang luar biasa, dan apa jua tanda-tanda yang luar biasa, segeralah dapatkan bantuan kecemasan! 

Bagaimana untuk menghadapi krisis pemulihan ini? 

  • Perbanyakkan minum air kosong atau jus buah-buahan untuk pastikan badan sentiasa terhidrat. Sebaik-baiknya untuk minum 2-3L air sehari. 
     Tips: 1 L air kosong untuk setiap 25kg berat badan anda! 
  • Berehat, jemurkan diri (udara pagi yang terbaik!), dan lakukan senaman ringkas. 
  • Jika kesan krisis pemulihan ini tidak begitu berat, benarkanlah krisis permulihan ini untuk terus berlaku. Kesan ini biasanya berlangsung selama beberapa hari, atau mungkin berminggu - bergantung kepada tubuh individu. Jadi, jangan menyerah kalah terlalu awal! Anda akan rasa sangat berpuas hati selepas krisis pemulihan ini tamat, dan kesabaran anda itu sangat-sangat berbaloi! 
  • Kasihanilah diri (jiwa & tubuh) anda! Sekurang-kurangnya, di dalam tempoh pemulihan ini, janganlah sumbatkan lebih banyak toksin ke dalam badan anda! Cara paling mudah ialah cuba hentikan pengambilan makanan dan minuman yang diproses, yang perlukan berjam-jam untuk dihadamkan, atau yang tinggi kandungan gulanya.

Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Setelah Mengambil Supplement?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila seseorang mengambil supplement ke dalam diet, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.
Sebagai contoh, anda mungkin mengalami ruam kulit, lebih banyak pergerakan usus. Ini adalah tanda-tanda badan sedang melalui detoksifikasi. 

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihakn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula. 

Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik? 

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan atau supplement yang anda ambil, sememangnya berkesan. 

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar. 

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan. 

Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)? 

Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan supplement, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat. 

Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung? Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan. 

Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil Supplement, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilan Supplement untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi? Secara umumnya, selepas 1-2 bulan selepas pengambilan supplement, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah: 
  1.  Anda tidak mengambil dengan konsisten
  2. Anda tidak mengamalkan seperti dos yang disyorkan
  3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekali gus 
  4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang
  5. Penyakit kronik - memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih 
  6.  Keadaan tubuh yang kronik 

Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Kemungkinan Punca 

Tanda Krisis Penyembuhan
Kemungkinan Punca
Keletihan, berasa mengantuk
Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
Sakit kepala, kepala terasa berat
Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
Demam, demam sedikit, keresahan
Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk
Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
Kembung, perut bergas
Sistem penghadaman yang lemah
Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur
Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair
Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
Hidung berdarah
Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
Sakit di bahagian otot dan sendi
Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas
Proses penyembuhan semakin cepat
Insomnia or atau hiperaktif
Sistem saraf yang lemah
Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir
Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
Pendarahan ketika membuang air besar
Mungkin buasir
Pening, lapar
Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang rendah), anemia (tidak cukup darah merah)
Loya, sembelit, sedu
Sistem penghadaman lemah, masalah hati
Slight Edema (bengkak)
Masalah buah pinggang
credit 
 
 
Berminat untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee? Anda jangan segan-segan untuk hubungi saya ye.. Anda sangat dialu-alukan. 

http://alittledream-4u.blogspot.com/p/hubungi-kami.html

Tuesday 29 October 2013

Set Kesuburan


Kesuburan samaada si suami atau si isteri adalah sangat penting dalam proses untuk menimang cahaya mata. Sesungguhnya rezeki itu bukan di tangan kita kerana ia adalah kerja yang Maha Esa. Namun kita juga disarankan untuk berusaha dalam memperoleh sesuatu seperti anak. Di Shaklee kami ada mencadangkan beberapa jenis produk khusus untuk lelaki atau perempuan dalam meningkatkan tahap kesuburan mereka