PERHATIAN! Mulai February 2014, harga produk Shaklee untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah SAMA... Yang berbeza hanyalah kos postage sahaja....

Monday 25 November 2013

Kenali Vitamin C Chewable

Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.  Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.

Thursday 21 November 2013

Basic H Shaklee: 1001 Kegunaan, Pasti Puas Hati

Assalamualaikum semua...Hari ni saya nak berkongsi pula tentang produk Shaklee yang banyak kegunaannya untuk kita...Namanya Basic H Shaklee, ianya umpama first aid magic yang mesti ada di setiap rumah...Kalau nak tahu apa kegunaan Basic H ni, jemput baca entri di bawah ye....
Basic H Shaklee

Monday 18 November 2013

Kenali Carotomax Shaklee: Ianya Antioksidan dan Bagus Untuk Mata

Assalamualaikum semua....

Pernah dengar tak tentang Carotomax Shaklee? CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina. Ianya tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan dan ianya dilengkapi dengan Astaxanthin.

Apa itu Astaxanthin?

  • Sejenis Caratenoid yang merupakan sumber anti-oksidan dan anti radang terbaik 
  • Menghalang radikal bebas dan mencegah 'oxidative damage' pada tisu badan

Q&A Tentang AJHT Shaklee


Q&A Tentang AJHT Shaklee

Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?

A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?

A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung?

A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ?

A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?

A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?

Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q :Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?

A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?

A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?

A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?

A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?

A : Ya.

Sumber info di petik daripada booklet Shaklee Advanced Joint Health Tablet

TESTIMONI

Q&A Tentang AJHT Shaklee
Testimoni Pertama

Q&A Tentang AJHT Shaklee
Testimoni Kedua

Q&A Tentang AJHT Shaklee
Testimoni Ketiga

Q&A Tentang AJHT Shaklee
Testimoni Keempat

Q&A Tentang AJHT Shaklee
Testimoni Kelima

Berminat untuk mendapatkan? Anda jangan segan-segan untuk hubungi saya ye.. Anda sangat dialu-alukan

http://alittledream-4u.blogspot.com/p/hubungi-kami.html

Sunday 17 November 2013

Info: Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

Hari ni saya nak kongsi dengan anda semua apa itu Advanced Joint Health Tablet atau nama famousnya AJHT Shaklee... AJHT ni sangat bagus untuk mereka yang sakit-sakit sendi, sakit lutut. Kesannya boleh dilihat seawal 5 hari pengambilan (ada ujian klinikal)..Saya sendiri pun dah cuba AJHT ni dan Alhamdulillah ianya berkesan...Saya mempunyai masalah lutut berbunyi apabila saya hendak sujud ketika solat...Dan, selepas tiga hari pengambilan, Alhamdulillah lutut saya dah tak bunyi lagi...Kesan pengambilannya mungkin berbeza pada setiap orang ye...Jom cekidot AJHT ni...

Kelebihan Masker Vitamin C Shaklee yg Baru

Wanita dan vitamin C tak dpat dipisahkan..betul tak....kenapa? sbb vitamin C mmg sinonim dgn kecantikan...malah ada yg sanggup berbelanja lebih nak dptkan suntikan vitamin C lah dan mcm2 lagi lah..tapi skrg ni jgn risau.. takyah suntik2 dah.. sila mkn tablet vitamin C shaklee sahaja.. terbaekkkkk..kalau tidak, takkanlah stok vitamin C shaklee selalu habissssssss..licinnnnnn.. haha...

Kenali Sustained Release Vitamin C Shaklee

Assalamulaikum semua...

Kenali Sustained Release Vitamin C Shaklee

Hari ni saya nak share dengan anda semua mengenai Vitamin Shaklee yang hangat dan hot ni... Mestilah Vitamin C Plus "Sustained Release". Dekat setahun tau Vita-C ni x de stok...Betapa hebat kan penangan Vita-C ni...Jom cekidot pasal Vita-C Shaklee ni....

Tuesday 12 November 2013

FAKTA MENGGERUNKAN TENTANG KENCING MANIS

Jika anda peminat air berkarbonat, minuman yang manis, kek, gula-gula, kuih yang manis-manis atau apa saja makanan yang manis, awas ! Peluang untuk mendapat penyakit kencing manis adalah cerah ! Tahniah untuk anda.....lihatlah statistik dibawah dan bersedia untuk berubah, kurangkan gula dalam makanan harian !

Sebahagiaan gambar mungkin akan menyebabkan anda tidak lalu makan..Jika anda seorang yang kuat semangat, teruskan untuk membaca artikel ini

VIVIX BANTU RAWAT DIABETES / KENCING MANIS

Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) menunjukkan kira-kira 2.6 juta penduduk Malaysia menghidap diabetes tahun lalu. Ramai kan penghidap diabetes di Malaysia...Walaupun kerajaan menaikkan harga gula, admin rasa bagi mereka yang sukakan makanan yang manis mereka tetap akan menikmatinya..Same goes to perokok tegar la... Dah macam-macam kempen dijalankan, harga rokok pun dah banyak kali naik, tapi mereka tetap setia dengan rokok tu... Kesimpulannya, nak berubah semua datang dari diri sendiri..Kalau diri sendiri x nak berubah, orang sekeliling x boleh buat apa-apa...

ISU OMEGA GUARD SHAKLEE MENGHAKIS DAN MERBAHAYA...BETULKAH?

Tengah-tengah search pasal Omega Guard Shaklee dekat pakcik Google, saya tertarik dengan satu entri ni mengenai isu Omega Guard Shaklee...Jemput baca perkongsian di bawah ye...

Oh ya...bagi yang tak tahu apa itu Omega Guard Shaklee dan apa kebaikannnya, anda bolek klik SINI ye..

Omega Guard Shaklee: Minyak Ikan Terbaik Di Dunia

Assalamualaikum semua...hari ni nak berkongsi dengan anda semua mengenai Omega Guard Shaklee atau bahasa senang nak faham minyak ikan...Seperti  yang kita biasa tahu, banyak khasiat minyak ikan ni kepada tubuh kita..Jadi jom cekidot tentang Omega Guard Shaklee ni...

Ianya adalah minyak ikan yang padat dengan DHA dan EPA dan telah dibuktikan melalui satu ujian. Omega Shaklee telah diuji bersama-sama brand lain seperti Pristin, Biogrows, Kordel's, Blackmores dan banyak lagi. Ternyata Omega Shaklee adalah yang terunggul, kerana dalam setiap 1000mg minyak ikan Omega Shaklee, terdapat 540mg EPA dan 360mg DHA. Satu kapsul dengan penuh kebaikan. Berikut adalah hasil perbandingan EPA dan DHA tersebut:

Monday 11 November 2013

Vivix Shaklee: Kenali Si Merah Menawan

Apa itu Vivix?

Vivix adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat & tumbuh-tumbuhan lain. Di dalam Vivix terdapat ramuan yang dipanggil resveratrol yang bersifat anti oksida, anti inflamasi & anti kanser.

1001 Kebaikan ESP yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengujung blog ALD4U. Hari ni, ALD4U nak bercerita tentang 1001 khasiat ESP yang perlu anda tahu..

Tapi jangan tidak tahu ESP ni memang hot produk (macam goreng pisang panas gitu). Kenapa? Jom baca entri di bawah ye….

Vita-Lea Shaklee Multivitamin Terbaik kini dengan Iron Formula

Keistimewaan Vita-Lea Shaklee


  • Ianya multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia.
  • Kalau anda nak tahu perkataan Vitamin tu berasal dari perkataan "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutannya menjadi "Vita-min" yang telah dicipta oleh Dr Forest Shaklee
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting
  • Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina yang dihasilkan dengan kaedah "Explo-tab"
  • Merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia,

Keistimewaan Shaklee ESP

Keistimewaan Shaklee ESP  

  • Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya yang dicipta oleh Dr.Shaklee pada awal 70-an.
  • Energizing Soy Protein (ESP) / Soy Protein Isolate Powder ini diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif
  • Mempunyai kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan
  • Kacang soya yang digunakan hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah
  • Setiap 850g (satu canister ESP) dihasilkan drpd 30kg kacang soya yang dpt memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama 

Sunday 10 November 2013

Buasir: Hilangkan Mimpi Ngeri Anda Ke Tandas.

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Lagi-lagi khasiat Alfalfa Shaklee: Terbaik untuk Wanita dan juga untuk Lelaki.


Selalunya kita asyik dengar pasal kebaikan dan khasiat ESP aje kan. Sekarang ni, meh kita jenguk 19 khasiat lain yang terdapat dalam Alfalfa Shaklee ni. Selain bagus untuk wanita (bertindak sebagai kacip Fatimah) ianya juga bagus untuk lelaki.

Saturday 9 November 2013

Kenali Raja Segala Tumbuhan, ALFALFA SHAKLEE


Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan. Mungkin kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sangat kaya dengan nutrisi.
Alfalfa Complex adalah product signature by Prof Shaklee sendiri.. so dekat botol tu akan ada dia punya sign "Signature Orginal Formula".

Tip Mudah Pastikan Kuku Bersih dan Sihat



Banyak perkara yang boleh dilakukan dengan kuku yang tidak hanya berfungsi melindungi kulit jari. Bagaimanapun, kuku yang kotor atau jarang diberi perhatian dari segi penjagaannya bukan saja menjejaskan penampilan diri tetapi juga boleh merosakkan kulit. Berikut dititipkan cara yang mudah dan ringkas bagi memastikan kuku kita bersih dan sihat... Semua ini kita boleh lakukan sendiri di rumah, x perlu pergi ke spa ye...

Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi

Jom kita belajar dan amalkan cara potong kuku ikut sunnah Nabi s.a.w. 

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang ,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut….. potonglah kuku anda.

Tips Pelancongan


Assalamualaikum semua..... 
Hari ni ALD4U nak off topic pasal produk Shaklee jap...Hari ni ALD4U nak berkongsi dengan anda semua mengenai tip-tip untuk pergi melancong...Haa, kenapa? Sebabnya pertengahan bulan 11 ni kan dah bermula cuti sekolah jadi mesti ramai yang dah rancang cuti ni nak gi mana kan...Apa yang penting mesti buat kajian dulu ye sebelum pergi bercuti... Terdapat 10 perkara perlu diberi perhatian sebelum melancong ke destinasi yang diingini... Ok la, jom kita cekidot apa 10 perkara yang perlu anda beri perhatian:

Kenapa Perlu Minum Air 3 Liter Sehari?

Ermm…bila dengar je 3 liter sehari, mesti  masing-masing mengeluh kan… Antara alasan yang sering kali sy dengar ialah, nanti kerap ke tandas, perut kembung la dan macam-macam lagi… perlu diingatkan 3 liter air ialah air masak sahaja ye, bukan air masak campur dengan air kopi ke, air teh ke dan minuman manis yang lain…Apabila kita minum air yang mencukupi, ianya bukan sahaja melicinkan proses dalam tubuh tetapi juga dapat menyahtoksikkan badan dengan cara semula jadi, kulit akan kelihatan sentiasa lembap. Salah satu cara untuk kekal awet muda di mana badan yang sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi  boleh melambatkan proses pengecutan kulit. Selain itu juga dapat membantu proses mengurangkan berat badan dengan gabungan amalan pemakanan seimbang dan senaman secara konsisten dan juga membantu dalam pembentukan minda yang ceria dan emosi yang lebih stabil.

Konsep Asas Penyusuan

Apa itu konsep asas penyusuan?

Bagi ibu-ibu yang baru memasang niat untuk menyusukan anak selama 2 tahun atau yang baru terdedah kepada dunia penyusuan, ada beberapa konsep asas yang perlu ibu-ibu tahu dan kena amalkan sekiranya ingin berjaya dalam penyusuan.

Khasiat Susu Ibu yang Perlu Kita Tahu


Seperti yang anda ketahui, banyaknya khasiat susu ibu kepada bayi. Susu ibu merupakan susu yang terbaik dalam dunia ni. Tiada apa yang dapat mengatasi nutrisi yang terdapat dalam susu ibu.

JIKA dilihat 10 tahun lalu, tidak ramai ibu-ibu yang mahu menyusukan bayi mereka dengan alasan yang tertentu. Antara alasan yang popular ialah takut gemuk dan khuatir bentuk payudara ‘jatuh’. Menyusukan bayi di tempat-tempat awam juga jarang sekali dilakukan para ibu dek khuatir dan malu sekiranya ada mata-mata nakal mencuri pandang saat baju diselak untuk tujuan itu.

Thursday 7 November 2013

Set Penyusuan yang Mana Menjadi Pilihan Hati

Assalamualaikum semua...

Set Penyusuan kami telah banyak membantu ibu2 menyusu di luar sana yang mengalami masalah dengan penyusuan sama ada masalah susu merudum, susu x banyak, susu sedikit dan sebagainya.
Set Penyusuan ini juga bukan hanya terbaik untuk bayi anda tetapi ibu juga akan mendapat banyak kebaikan.
Ok lah, set penyusuan kami ini mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) set..  Bunyi macam banyak kan, tapi x semestinya anda perlu consume semua kelima-lima set ni.. Setiap set penyusuan mempunyai fungsi dan kelebihan yang berbeza ye…
Saya akan terangkan secara ringkas kesemua set penyusuan ni…

B-Complex Shaklee: Bau yang tidak Menyenangkan..Kenapa?

Hari ni saya nak kongsi dengan anda kenapa B-Complex Shaklee ni berbau yang tidak menyenangkan...Ramai yang tanya saya, kenapa la bau B-Complex ni kuat sangat... Kadang-kadang saya sendiri pun x tahan dengan baunya tu... Tapi, fikir satu je sebab banyak khasiat B-Complex ni jadi buat tak tahu je la dengan bau tu...Lagi pun, bila dah telan hilang la baunya tu...Haaaa..bagi siapa yang tak tahu fungsi B-Complex ni kepada tubuh kita, anda boleh la klik SINI ye...

B-Complex Shaklee lengkap dengan 8 jenis Vitamin B

Assalamualaikum semua...hari ni saya nak share dengan anda semua tentang B-Complex Shaklee... Selalu saya dengar kalau makan B-Complex ni, badan mesti naik...Betul ke fakta tu? Ermm...sebenarnya B-Complex ni x membuatkan badan kita naik pun malah ianya membantu untuk menurunkan berat badan lagi ada lahhh...Macam mana? Salah satu tugas B-Complex ialah menukar makanan yang kita mkn kepada tenaga. Yang kedua, kekurangan B-Complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat stress atau marah tau. 

Friday 1 November 2013

HB Rendah: Jangan Pandang Rendah, Bahaya pada si Ibu dan juga Bayi.

HB Rendah: Jangan Pandang Rendah, Bahaya pada si Ibu dan juga Bayi.
Salam semua kepada readers ALD4U. Hari ni, nak cerita pasal bahayanya HB rendah ketika mengandung dan kesan kepada si ibu dan juga bayi yang dikandung. Jangan pandang remeh perkara ini kerana ianya adalah serius! Jom baca punca dan kesan jika HB rendah kepada bayi dan ibu di sini. Atasinya sebelum terlambat.
Walaupun perkara ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang normal dan memerlukan perhatian pakar, namun masih ramai ibu-ibu hamil yang menganggap ianya sebagai sebagai sebahagian daripada proses kehamilan itu sendiri lantas mengambil ringan mengenainya.  

Penyakit G6PD: Set Penyusuan mana yang Sesuai?

Assalamualaikum semua....Haaa, hari ni nak berkongsi dengan anda semua Set Penyusuan mana yang sesuai untuk mommies amalkan bagi mereka yang mempunyai bayi G6PD.

Terdapat dua Set Penyusuan yang mommies semua boleh amalkan. 2 set tersebut ialah:
  • Set Penyusuan Eu-Four Pack
  • Set Penyusuan Eu-Four Plus
Bunyi macam sama kan... tapi x sama tau...Sebabnya dalam Set Eu Four Plus terdapat satu tambahan produk iaitu Shaklee ESP (Soy Protein Isolate Powder)

Khasiat Lecithin Shaklee yang Anda Perlu Tahu...

Assalamualaikum semua...

Ok la, hari ni nak bercerita tentang khasiat Shaklee Lecithin yang lain yang perlu anda tahu ye... Oh ye, ada ke yang x tahu apa itu Lecithin....Ermmm, bagi mereka yang tak tahu anda boleh klik SINI ye...

Jom kita terjah ye....hehehehe...