PERHATIAN! Mulai February 2014, harga produk Shaklee untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah SAMA... Yang berbeza hanyalah kos postage sahaja....

Friday 1 November 2013

HB Rendah: Jangan Pandang Rendah, Bahaya pada si Ibu dan juga Bayi.

HB Rendah: Jangan Pandang Rendah, Bahaya pada si Ibu dan juga Bayi.
Salam semua kepada readers ALD4U. Hari ni, nak cerita pasal bahayanya HB rendah ketika mengandung dan kesan kepada si ibu dan juga bayi yang dikandung. Jangan pandang remeh perkara ini kerana ianya adalah serius! Jom baca punca dan kesan jika HB rendah kepada bayi dan ibu di sini. Atasinya sebelum terlambat.
Walaupun perkara ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang normal dan memerlukan perhatian pakar, namun masih ramai ibu-ibu hamil yang menganggap ianya sebagai sebagai sebahagian daripada proses kehamilan itu sendiri lantas mengambil ringan mengenainya.  
Pada dasarnya, perkara ini lazimnya berpunca daripada kekurangan zat besi dan asid folik (salah satu komponen dalam Vitamin B) sehingga boleh mengundang kepada masalah anemia. 

Di antara punca HB rendah kerana:
- peningkatan dalam isipadu darah
- penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
- penurunan kadar HB normal
- kurang pengambilan zat besi dalam diet
- kekurangan asid folid
- pendarahan gastrointestinal
- kehilangan darah daripada pendarahan buasir

Anemia akan terjadi apabila paras hemoglobin (sel-sel darah merah) seseorang individu menurun di bawah julat paras yang dianggap normal yang mana paras julat normal bacaan hemoglobin dewasa ialah antara lingkungan 12 - 15mg/dl. Sementara itu, wanita memerlukan kira-kira 50% lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari

Sebagai panduan am, ibu hamil yang mempunyai bacaan hemoglobin melebihi 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.

Pada dasarnya, HB rendah akan memberi kesan yang negative kepada si ibu dan juga kepada bayi yang dikandung.

Kesan kepada Si Ibu:

  • Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
  • Mengalami keguguran
  • Mengalami kegagalan jantung
  • Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
  • Risiko alami penyakit berjangkit

Kesan kepada bayi yang dikandung:

  • Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
  • Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
  • Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
  • Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
  • Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
Terdapat pelbagai simptom yang menjurus kepada permasalahan ini. Antara yang lazim termasuk:
  • keletihan
  • lemah anggota badan
  • terasa seakan hendak atau mudah pitam
  • muka kelihatan pucat & lesu
  • jantung berdegup lebih kencang dari biasa
  • loya
  • sakit kepala & pening
  • mudah lupa
  • keradangan pada lidah

KEPENTINGAN HB YANG NORMAL KETIKA HAMIL

KANDUNGAN KURANG DARI LIMA BULAN

Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

KANDUNGAN 5 BULAN KE 7 BULAN

Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

KANDUNGAN 7 BULAN KE ATAS 

Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.

Mengambil kira pelbagai risiko yang boleh mendatangkan kemudaratan baik buat si ibu mahupun kepada kandungan akibat masalah kekurangan sel darah merah ini, langkah-langkah pencegahan bagi mengatasi masalah ini perlu diambil oleh setiap ibu hamil demi memastikan kandungan dan dirinya sentiasa sihat. 

Justeru ibu-ibu hamil adalah disarankan untuk meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayuran berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu. 

Oleh yang demikian, pemilihan pil zat besi tambahan yang sesuai perlulah dititikberatkan agar masalah lain tidak timbul. Mengambil pil zat besi bersama-sama vitamin C juga sangat digalakkan kerana vitamin C diketahui dapat meningkatkan kadar penyerapan zat besi ke dalam badan. Manakala pengambilan pil zat besi tambahan dengan kalsium, susu mahupun minuman berkafein hendaklah dielakkan kerana menghalang penyerapan zat besi secara optimum.

HB Rendah: Jangan Pandang Rendah, Bahaya pada si Ibu dan juga Bayi.

Dalam mencari pil zat besi tambahan yang baik dan berkualiti, salah satu alternatif yang ternyata berkesan dalam menangani masalah anemia sewaktu hamil ialah Shaklee Vitalea dengan Formulasi Zat Besi

Selain mampu memenuhi keperluan nutrisi harian ibu hamil, formulasi tambahan zat besinya ternyata telah berjaya membantu ramai ibu hamil untuk menaikkan semula bacaan hemoglobin masing-masing. Buktinya, berikut saya kongsikan testimoni  dari Puan Siti Ali yang mengamalkan Vitalea seperti gambar di bawah. Jangan kata paras hemoglobinnya turun malah naik lagi adalah jika dibandingkan bacaan yang diambil pada bulan Februari 2013 dengan bacaan pada bulan Mei 2013.

TESTIMONI:

HB Rendah: Jangan Pandang Rendah, Bahaya pada si Ibu dan juga Bayi.

Ini pula testimoni dari customer Puan Enna Rusti:
“ Walaupun telah consume tablet iron yang dibekalkan oleh KK, HB tetap tak naik. Dan doctor mula mencadangkan iberet yang dibeli di farmasi. Tetapi, hasilnya tetap sama. Akhirnya, setelah diperkenalkan Vita-Lea Shaklee dari Puan Enna, consume hanya seminggu dan Alhamdulillah HB beliau naik sehinggalah beliau bersalin”

HB Rendah: Jangan Pandang Rendah, Bahaya pada si Ibu dan juga Bayi.

Testimoni: HB beliau naik dari 10 ke 11.5 selepas 2 minggu consume set preggy
HB Rendah: Jangan Pandang Rendah, Bahaya pada si Ibu dan juga Bayi.


Diharapkan dengan perkongsian artikel di atas, akan memberi info yang berguna terutama kepada mommies dan juga bakal mommy.. Ingat ye, jangan pandang ringan pada HB rendah ni...

Berminat untuk mendapatkan? Anda jangan segan-segan untuk hubungi saya ye.. Anda sangat dialu-alukan. Dan harganya pula sangat berbaloi...
http://alittledream-4u.blogspot.com/p/hubungi-kami.html




No comments:

Post a Comment