PERHATIAN! Mulai February 2014, harga produk Shaklee untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah SAMA... Yang berbeza hanyalah kos postage sahaja....

Saturday 9 November 2013

Tips Pelancongan


Assalamualaikum semua..... 
Hari ni ALD4U nak off topic pasal produk Shaklee jap...Hari ni ALD4U nak berkongsi dengan anda semua mengenai tip-tip untuk pergi melancong...Haa, kenapa? Sebabnya pertengahan bulan 11 ni kan dah bermula cuti sekolah jadi mesti ramai yang dah rancang cuti ni nak gi mana kan...Apa yang penting mesti buat kajian dulu ye sebelum pergi bercuti... Terdapat 10 perkara perlu diberi perhatian sebelum melancong ke destinasi yang diingini... Ok la, jom kita cekidot apa 10 perkara yang perlu anda beri perhatian:


10 Tip yang Wajib anda Tahu Sebelum Melancong
  • Pelajari sebanyak mungkin berkaitan tempat yang akan dikunjungi terutama tarikan pelancongan dan tempat menarik yang ada disana. Ini membolehkan anda menyusun perjalanan untuk ke tempat diingini... Makna kata nak memastikan perjalanan kita lancar.
  • Pastikan bagaimana keadaan cuaca di tempat yang anda nak pergi tu..Ini penting ye sebab macam pepatah Melayu "sediakan payung sebelum hujan". Kiranya nak memudahkan anda untuk prepare apa-apa yang patut seperti pakaian dan juga ubat-ubatan
  • Haaaa...ni pun penting jugak ye...Ambil tahu pasal keadaan politik terkini (in case kalau anda melancong ke luar negara). Jangan sampai anda terperangkap apabila ada rusuhan dan sebagainya.
  • Pastikan juga tarikh luput passport anda masih panjang dan bukannya tinggal enam bulan. Perlu diketahui beberapa negara termasuk negara kita tidak mengizinkan rakyatnya keluar atau memasuki mana-mana negara jika tempoh passportnya hanya tinggal enam bulan. Jadi, sebelum merancang bercuti terutama ke luar negara, lihat dulu tarikh luput passport tu ye...
  • Selain passport, anda juga perlu mengetahui sama ada negara yang akan dikunjungi itu memerlukan visa atau tidak
  • Pastikan juga segala dokumen yang diperlukan sepanjang percutian sudah tersedia dan lengkap
  • Carilah maklumat mengenai kos pengangkutan awam di kawasan sekitar. Jangan lupa juga untuk mengetahui kos sewa van atau teksi.
  • Sentiasa peka dengan nilai mata wang negara yang akan dikunjungi.
  • Ada baiknya anda tahu hari cuti nasional sepanjang percutian selama percutian anda, Ini kerana, pada kebiasaannya urus niaga seperti di bank atau mana-mana jabatan ditutup pada hari terbabit.
  • Yang terakhir ialah, rancang lah perbelanjaan anda  semasa percutian anda. Sediakan la budget yang lebih in case jika berlaku emergency...
Haaa...diharapkan dengan tip-tip diatas dapat melancarkan percutian anda supaya dapat menjadikan percutian anda ini satu kenangan indah yang x dapat dilupakan. Sebenarnya banyak lagi tip-tip tapi saya rasa 10 perkara ni la yang perlu anda beri perhatian... Sesiapa yang ada nak tambah, jom la share ye... Komen anda amat dihargai....

No comments:

Post a Comment