PERHATIAN! Mulai February 2014, harga produk Shaklee untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah SAMA... Yang berbeza hanyalah kos postage sahaja....

Friday 14 February 2014

TIPS UNTUK MENGATASI MUNTAH DAN LOYA SEMASA HAMIL

Tips untuk Mengatasi Muntah dan Loya Semasa Hamil


Kehamilan merupakan momen yang sangat indah yang terjadi dalam kehidupan manusia terutamanya bagi insan yang bergelar wanita. Ianya merupakan anugerah yang sangat indah dari Yang Maha Esa kepada hamba-hambaNya. Tetapi, tidak semua mereka mengalami pengalaman kehamilan tanpa mengalami masalah. Kadang-kadang, ada diantara ibu hamil ni mengalami maslah kencing manis, darah tinggi, masalah kejang kaki dan yang biasa dilalui adalah masalah mabuk hamil. Mommies semua kena kuat ye, ini semua adalah ujian dan dugaan dariNya. 
Tips untuk Mengatasi Muntah dan Loya Semasa Hamil
Ok lah…jom kita ketahui bagaimana mabuk hamil ni terjadi dan tips untuk untuk mengatasinya.

Mabuk hamil juga dikenali sebagai morning sickness yang sering berlaku pada awal kehamilan. Kebanyakannya bermula seawal Minggu ke-6  pertama dan berakhir pada lewat Minggu ke-16 kehamilan. Punca utama morning sickness ni ialah kerana kehadiran hormon terutamanya hormon HCG yang dirembeskan dalam kuantiti yang banyak terutamanya pada awal kehamilan. Jadi, mommies semua jangan risau ye kerana keadaan ni sering terjadi kepada ibu-ibu hamil.. Berikut merupakan beberapa tips untuk mengatasi muntah dan loya  semasa hamil:

  • Simpan snek ringan seperti biskut tawar. Sejurus bangun dari tidur, makan cracker atau makanan ringan kesukaan anda bagi membantu menyerap asid perut dan membantu menyimpan tahap gula dalam darah anda daripada menjadi terlalu rendah 
  •  Makan sedikit dan kerap. Makan makanan ringan atau apa sahaja makanan kesukaan anda setiap 2 jam atau sepanjang hari untuk mengelakkan perut anda kosong. Apabila perut kosong, asid akan memenuhi perut dan ini akan menyebabkan berlaku muntah.
  • Jangan lupa snek anda sebelum tidur. Ia merupakan salah satu cara untuk atasi muntah
  • Makan apa dan bila anda kehendaki. Makan makanan yang boleh mencegah anda dari muntah seperti yogurt, buah-buahan, makanan yang kaya dengan protein dan lain-lain. Elakkan makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng.
  • Buah Lemon. Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam minuman kegemaran anda. 
  • Minum teh halia. Sediakan teh halia dari halia yang disagat halus atau dari sirap halia. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walaubagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang kecil dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang
  • Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Bagaimanapun, hadkan pengambilan air semasa makan. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air
  • Dapatkan rehat yang secukupnya, elakkan diri dari stress
  • Jauhkan dari bau-bau yang boleh menyebabkan anda berasa loya
  • Cari bau-bauan yang boleh menyegarkan anda
  • Ambil vitamin prenatal anda selepas makan atau sebelum tidur    

Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak boleh makan atau minum tanpa muntah dan berat badan berkurangan, anda mesti berjumpa dengan doktor anda segera untuk diberi rawatan. Jika tidak diberi rawatan awal, anda boleh menjadi ternyahhidrat dan kekurangan nutrient.



Ataupun, anda boleh cuba rangkaian produk Shaklee seperti  Chewable Vitamin C Shaklee yang boleh dikunyah untuk atasi loya. Daripada mommies semua makan asam dan jeruk, apa kata cuba  Chewable Vitamin C Shaklee ni.. Lagipun ianya sesuai untuk semua golongan dan banyak khasiatnya... Jika benar-benar memerlukan, boleh juga mengambil Peppermint Ginger Plus Shaklee (ambik dalam kuantiti sedikit dulu, 1 biji sehari). Juga boleh mencuba  Performance Drink Shaklee (dengan perasa Orange) yang membantu ibu-ibu hamil yang kekurangan air dalam badan. Penting bagi mommies semua untuk memastikan diri tidak dehidrasi. Hal ini kerana, air yang cukup sangat penting dalam membantu hati dan ginjal membuang kumuhan daripada badan si ibu dan bayi dalam kandungan.

MARI KITA TENGOK BEBERAPA TESTIMONI MEREKA YANG DAN CUBA RANGKAIAN PRODUK DALAM SET KEHAMILAN DAN RATA-RATA MEREKA MENGAKUI DAPAT MENGURANGKAN MORNING SICKNESS
  

Testimoni 1: Morning sickness berkurangan berbanding semasa mengandung anak pertama dulu.


Tips untuk Mengatasi Muntah dan Loya Semasa Hamil 

Testimoni 2: Morning sickness terkawal dengan  Peppermint Ginger Plus dan Chewable Vita C Shaklee

Tips untuk Mengatasi Muntah dan Loya Semasa Hamil

Testimoni 3: Peppermint Ginger Plus Shaklee bantu kurangkan alahan

Tips untuk Mengatasi Muntah dan Loya Semasa Hamil

Testimoni 4: B-Complex Shaklee dan Ostematrix Shaklee juga bantu kurangkan alahan ibu mengandung. Kedua-dua produk ni terdapat dalam Set Kehamilan

Tips untuk Mengatasi Muntah dan Loya Semasa Hamil 

Alhamdulillah...Reaksi positif yang diterima untuk mengatasi masalah muntah dan loya semasa hamil sangat-sangat menggembirakan.. Sekurangnya kita tahu, rangkaian produk Shaklee ini boleh membantu mengurangkan masalah morning sickness. Jika anda bercadang untuk hamil lagi dan mempunyai sejarah mengalami morning sickness yang teruk semasa kehamilan dahulu, apa kata cuba rangkaian produk Shalee ni ataupun boleh cuba Set Kehamilan dari Shaklee.. InsyaAllah, pasti puas hati. Lagipun, ianya disahkan halal, selamat dan semulajadi..Terbaik dari kami hanya untuk anda.. Berkhasiat untuk anak dan anda..Jadikan kehamilan kali ini momen terindah dalam hidup anda..

Jika anda mendapatkan mencuba rangkaian produk Shaklee atau Set Kehamilan, anda jangan segan-segan untuk hubungi saya ye.. Anda sangat dialu-alukan

http://alittledream-4u.blogspot.com/p/hubungi-kami.html

No comments:

Post a Comment