PERHATIAN! Mulai February 2014, harga produk Shaklee untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah SAMA... Yang berbeza hanyalah kos postage sahaja....

Saturday 15 February 2014

18 Maklumat Penting yang Perlu Ibu Hamil Ambil Tahu

18 Maklumat Penting yang Perlu Ibu Hamil Ambil Tahu
Setelah mommies semua disahkan positif hamil oleh doktor  banyak informasi tentang kehamilan yang mommies dapat.. Ada juga sesetengah informasi itu fakta dan ada juga yang auta kan? Untuk itu apa kata kita dengar dari Dr. Shilpa Mittal (seorang pakar pemakanan, perunding diet dan pengasas Nutrilife) serta Dr. Sunita Pathania dari Mumbai, India tentang 18 info penting yang perlu ibu hamil ambil tahu. Antaranya ialah:

   1.Periksa tahap tiroid anda

Dr. Shilpa mengatakan bahawa ada metabolisme kurang aktif yang boleh terjadi semasa kehamilan anda. Hal itu biasanya  disebut hipotiroidisme dan kebiasaanya tidak dapat dikesan pada awal kehamilan. Hipotiroidisme menyebabkan kecacatan pada bayi dan juga boleh menyebabkan keguguran. Apabila anda disahkan positif hamil oleh doctor , segera lakukan pemeriksaan tahap tiroid anda bagi mengelakkan risiko anda terkena hipotiroidisme.

2.Hidrasi

Seperti yang kita tahu, 70% tubuh manusia terdiri dari cecair. Pengambilan air yang cukup semasa hamil sangat penting untuk anda dan juga untuk janin anda.  Cecair yang cukup dapat mencegah terjadinya keguguran, gangguan pencernaan dan jangkitan urin. Kadar ideal yang harus anda ambil dalam satu hari adalah sebanyak  12 gelas (200 milimeter per gelas) atau bersamaan dengan 2400 milimeter air.

3.Jauhi Kucing

Sepanjang tempoh kehamilan anda, elakkan (untuk sementara)dari membelai atau membela kucing kerana binatang cantik berbulu ini mengandungi parasit yang boleh menyebabkan jangkitan toksoplasmosis. Toksoplasmosis boleh mengakibatkan buta  dan kerosakan otak pada bayi.

4.Makan Pisang untuk mencegah Kekejangan (Shaklee Ostematrix juga sangat bagus untuk atasi masalah ini)

Kaki kejang kerap terjadi semasa kehamilan. Untuk mencegah kaki kejang, pastikan anda memakan pisang sebelum tidur. Kandungan kalium (potassium) yang terdapat pada pisang membantu mencegah dan melegakan kesakitan otot.

5.Lakukan Senaman

Senaman sangat penting bagi Ibu hamil. Tapi pastikan anda berbincang dengan doktor anda sebelum memulakan sebarang jenis senaman yang selamat untuk Ibu hamil. Hindari senaman berat seperti angkat berat dan menahan nafas terlalu lama kerana menahan nafas akan menghalang bekalan oksigen ke janin anda. Senaman yang dianjurkan oleh Dr Shilpa adalah berjalan kaki, pilates dan yoga.

6. Pengambilan Makanan yang Kaya dengan Asid Folic (Boleh cuba Shaklee B-Complex)

Asid Folic sangat diperlukan oleh janin anda diawal hayat kehidupannya di rahim anda. Ambil asid folik anda sebanyak 400-800 mikrogram setiap hari. Asid folik boleh didapai pada sayur-sayuran berwarna hijau, kacang kering dan buah oren. Makanlah makanan yang mengandungi asid folik secukupnya kerana jika berlebihan asid folik juga tidak baik untuk janin anda.

7.Kurangkan Minuman Berkafein, Minuman beralkohol dan Merokok

Kafein yang terdapat pada kopi, minuman alkohol dan rokok adalah tiga perkara yang perlu anda hindari semasa hamil (lagi bagus jika anda tinggalkan terus). Hindari asap pencemaran juga kerana ianya akan memberi kesan pada jantung bayi anda.

8.Pakai seat belt / tali pinggang keledar

Sentiasa memakai seat belt ketika anda memandu atau menjadi penumpang. Jarakkan sedikit kerusi anda, jangan duduk terlalu rapat dengan beg udara atau air bag.
18 Maklumat Penting yang Perlu Ibu Hamil Ambil Tahu

9.Tidur Cukup

Tidur yang cukup atau 8 jam sehari akan membuat anda kelihatan lebih segar. Waktu tidur yang cukup sangat penting untuk anda dan janin kerana tidur malam yang cukup dapat mengembalikan tenaga anda digunakan seharian.  Ramai Ibu hamil yang mengalami insomnia sewaktu kehamilan, untuk itu cubalah menggunakan bantal kehamilan agar anda lebih selesa semasa tidur dan mendapat rehat yang cukup.

10.Hindari Memakan Daging Mentah

Elakkan memakan makanan yang masih mentah seperti ikan pada sajian sushi, ayam yang dibakar setengah masak dan telur setengah masak. Makanan yang kurang masak berisiko mengandungi bakteria salmonella. Bakteria ini sangat tidak baik untuk perkembangan janin anda.

11.Jaga Kesihatan Mulut

Jagalah kesihatan mulut anda sepanjang tempoh kehamilan dengan rutin menggosok gigi sebanyak 3 kali sehari. Biasanya, masalah gigi yang biasa terjadi semasa kehamilan ialah seperti gusi bengkak dan berdarah. Kunjungi doktor gigi enam bulan sekali untuk pemeriksaan kesihatan gigi anda

12.Kaki yang selesa

Apabila memasuki trimester akhir, kaki bengkak pada Ibu hamil sering terjadi. Ukuran kasut dan sandal juga berubah dan ini  menganggu keselesaan anda dalam beraktiviti. Pakailah kasut atau sandal yang selesa untuk keselesaan kaki anda. Pastikan Anda tidak terganggu dengan pembengkakan yang terjadi pada kaki anda. Selepas seharian penat bekerja, manjakan kaki anda dengan merendam kaki ke dalam air hangat ditaburi garam.

13.Jangan Terlalu Banyak Makan Daging

Kurangkan memakan daging merah dan ayam. Dikhuatiri kandungan pestisida dan ubat-ubatan yang disuntik pada daging dan ayam akan menganggu pertumbuhan janin anda.

14.Hindari Sauna dan Spa

Sauna dan spa tidak digalakkan pada Ibu hamil kerana ianya boleh menimbulkan kontraksi pada rahim.

15.Cubalah Akupuntur

Akupuntur dapat mengubati sembelit,  insomnia dan rasa cemas berlebihan semasa tempoh kehamilan. Terapi akupuntur  adalah selamat anda boleh melakukannya walaupun anda hamil

16.   Jauhi Kosmetik

Hindari memakai kosmetik yang mempunyai kandungan kimia yang tinggi. Penggunaan kosmetik dengan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri  akan mempengaruhi pertumbuhan janin anda. Adalah lebih baik anda tampil natural selama 9 bulan demi kesihatan janin anda. Lagipun, ketika anda hamil terselah seri kecantikan ibu mengandung itu sendiri.

17.Jaga Berat Badan

Jagalah berat badan anda supaya ianya dalam keadaan stabil yakni tidak terlalu kurus dan tidak pula over weight. Pastikan keperluan kalori anda setiap hari sebanyak 135 kalori

18.Hindari Membawa Beban Berat

Kedudukan  graviti anda ketika hamil akan berubah yakni berpusat di bahagian hadapan. Seiring dengan pembesaran perut anda semasa kehamilan, anda akan mengalami kesulitan dalam membawa barang-barang berat. Mintalah tolong seseorang untuk membawa barang-barang  belian anda ke dalam kenderaan atau ketika di rumah mintalah tolong kepada suami untuk membawa cucian yang sudah dikeringkan untuk dijemur. Hindari mengangkat beban berat kerana berisiko untuk rahim tertekan dan sakit pada punggung.

Diharapkan dengan perkongsian tentang info penting yang perlu mommies semua ambil tahu semasa hamil dapat memberi manfaat kepada mommies semua ye..

Jika anda sedang hamil dan sedang mempertimbangkan untuk hamil lagi, apa kata kehamilan kali ini anda cuba SET KEHAMILAN kami.. InsyaAllah, ianya sangat berbaloi-baloi. Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Kehamilan ni, anda jangan segan-segan untuk hubungi saya ye.. Saya akan suggestkan mengikut keperluan mommies semua. 



http://alittledream-4u.blogspot.com/p/hubungi-kami.html

 

No comments:

Post a Comment