PERHATIAN! Mulai February 2014, harga produk Shaklee untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah SAMA... Yang berbeza hanyalah kos postage sahaja....

Tuesday 25 February 2014

Sebab Kenapa Al-Quran Menyuruh Ibu-Ibu Menyusu Bayinya Sehingga Usia 2 Tahun




"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada Kulah kamu kembali. " ( Al Quran, 31:14 )

Air susu ibu adalah suatu campuran ciptaan Allah yang luar biasa sebagai sumber makanan terbaik bagi bayi yang baru lahir dan sebagai zat yang membantu tubuhnya terhadap penyakit. Bahkan makanan bayi yang dibuat dengan teknologi masa kini tidak mampu menggantikan sumber makanan yang menakjubkan ini.


Setiap hari ditemui satu demi satu manfaat baru air susu ibu bagi bayi. Salah satu fakta tentang air susu ibu adalah dengan menyusu bayi selama dua tahun selepas kelahiran sungguh amat bermanfaat. (Rex D. Russell, Design in Infant Nutrition, www . Icr.org/pubs/imp-259.htm)


Allah memberitahu kita maklumat penting ini sekitar 14 abad yang lalu yang hanya diketahui melalui ilmu pengetahuan baru-baru ini, dalam ayat Nya.




Air susu ibu mengandungi zat-zat pemakanan penting iaitu:


Karbohidrat

Karbohidrat utama adalah laktosa (gula susu) yang sesuai dengan keadaan biologi atau sistem pencernaan bayi. Laktosa berperanan penting sebagai sumber tenaga. Laktosa mudah diurai menjadi glukosa dan galaktosa dengan bantuan enzim laktase yang sudah ada dalam mukosa saluran pencernaan bayi sejak lahir.



Ya, pada pencernaan bayi terdapat enzim yang mencerna laktosa tersebut. Glukosa dan galaktosa berperanan dalam perkembangan sistem saraf dan pertumbuhan otak, mielinisasi dan pematangan otak agar otak tumbuh optimum. Selain itu, zat ini juga membantu penyerapan kalsium dan magnesium di masa pertumbuhan bayi. Bahkan, membantu pertumbuhan bakteria usus yang baik (lactobacillus bifidus) dan menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya.

Protein

Kandungan protein seimbang dengan keperluan bayi. Dalam susu ibu, jenis proteinnya adalah whey yang mempunyai ukuran molekul lebih kecil. Protein jenis whey ini mempunyai sifat mudah dicerna. Komponen asas dari protein adalah asid amino yang berfungsi sebagai pembentuk struktur otak.



Protein berguna untuk pertumbuhan dan perkembangan sistem kekebalan tubuh dan untuk pertumbuhan otak serta menyempurnakan fungsi pencernaan. Protein juga memberi lapisan pada dinding usus bayi baru lahir yang masih telap terhadap protein serta berperanan sebagai perlindungan terhadap pelbagai risiko jangkitan bakteria/virus yang boleh masuk melalui pencernaan. Ya, protein dalam susu ibu dapat membantu menghancurkan bakteria dan melindungi bayi dari jangkitan.



Lemak

Kandungan zat pemakanan terbesar di dalam susu ibu adalah lemak. Lemak merupakan sumber kalori atau tenaga utama yang terdapat dalam susu ibu. Kadar lemak susu ibu berubah-ubah secara automatik sesuai dengan keperluan pemakanan bayi dari hari ke hari. Lemak boleh diolah, dicerna dan diserap baik kerana dalam susu ibu terdapat enzim lipase yang bertugas membantu proses metabolisme lemak.



Ada sekitar 200 jenis asid lemak, iaitu 80 peratus asid lemak tak tepu, antara lain asid linolenat omega 3, EPA dan DHA serta asid linoleat omega-6 ARA yang berperanan penting dalam perkembangan otak, pertumbuhan sel-sel otak, myelination rangkaian saraf, serta ketajaman penglihatan. Lemak rantai panjang atau long chain poly unsaturated fatty acid (LC-PUFA) merupakan jenis lemak yang sangat diperlukan dalam perkembangan otak bayi.


VITAMIN DAN MINERAL


Susu ibu mengandung vitamin dan mineral penting yang diperlukan bayi. Zat pemakanan mikro penting itu antara lain adalah vitamin A, vitamin C, vitamin D, zat besi, tiamin, riboflavin, kalsium, fosforus, fluorin.


- Vitamin

Misalnya, vitamin D membantu bayi menggunakan kalsium untuk pertumbuhan tulang. Vitamin K yang diperlukan untuk proses pembekuan darah terdapat dalam susu ibu dengan jumlah yang cukup dan mudah diserap.



- Zat Besi

Zat besi diperlukan untuk menghasilkan hemoglobin, bahagian dari sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh, zat besi pun penting untuk pertumbuhan otak bayi. Zat besi yang terkandung dalam susu ibu juga mudah diserap.



- Fluorin

Fluorin membantu membentuk gigi yang kuat dan mencegah gigi berlubang.



Untuk mereka yang bergelar ibu di luar sana, susukan bayi anda sendiri secara eksklusif sehingga enam bulan dan dihentikan pada usia 2 tahun kerana ianya dapat memberi faedah kepada anda dan juga bayi anda. Katakan tidak pada susu formula. Jika anda mempunyai masalah dalam meningkatkan pengeluaran susu anda, mungkin anda boleh mencuba set-set penyusuan kami. Mana tahu, mungkin ianya sesuai untuk anda?
Untuk tengok set penyusuan mana yang menjadi pilihan hati, boleh klik SINI ye..

Jika anda berminat untuk mendapatkan mana-mana Set Penyusuan kami, anda jangan segan-segan untuk hubungi saya ye.. setiap pembelian dari saya juga, KONSULTANSI PERCUMA,dan juga FREE GIFT akan diberi kepada anda..Juga, anda akan dijemput ke GROUP EKSKLUSIF FB kami..Anda sangat-sangat dialukan.. =)

I'm Your SHAKLEE Independent Distibutor
Nurul Zaipah (Nurul)
SID: 954958
SMS/WA: 019-5231052
Email: thelittledream15@gmail.com  
Fanpage



No comments:

Post a Comment