PERHATIAN! Mulai February 2014, harga produk Shaklee untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah SAMA... Yang berbeza hanyalah kos postage sahaja....

Saturday 29 March 2014

Resepi Chicken Nugget with Cheese

Assalamualaikum....

Apa yang korang semua buat weekend ni? Sure ada yang balik kampung, gi holiday dengan family and sure there's lotttssss of weddings kan...? Hahaha
Hari ni nak share resipi chicken nugget dengan cheese yang saya ambik dari satu blog ni.. Saya tengok resepi ni pun macam mudah dan senang je..Selalu kan beli yang instant je, apa kata kita try wat sendiri pula.. Jom cekidot dia punya resepi ok.


Ni dia recipe utk chicken nugget with cheese yang saya hentam je haha...

Bahan-bahan:
Isi ayam (seekor ayam)
Daun bawang (potong halus)
Garam
Lada hitam
Telur
Tepung gandum
Breadcrumbs
Cheese

Cara-cara:
1) Masukkan isi ayam, daun bawang, garam & lada hitam ke dalam food processor dan trus je blend sme bahan tu sampai halus dan sekata. (Blend dengan blender biasa pun boleh...sy ni sebab gedix je ahaha kan ada food processor "baru" tu =) bagi yang rajin, cincang je ayam halus-halus atau beli je trus minced chicken tu..lagi senang, tak payah nak blend segala....gaul je bahan-bahan tu)

2) Bila dah siap blend, ketepikan
3) Pukul sebiji telur dalam mangkuk dan ketepikan
4) Masukkan tepung gandum dan garam di dalam pinggan, gaul sekata dan ketepikan.
5) Masukkan breadcrumbs dalam pinggan lain dan ketepikan jugak

6) Potong dadu cheese atau nak shred kan pun boleh gak. Saya guna Cheddar cheese sebab tu je yang ada dalam fridge, klu guna mozzarella pun best gak..

7) Ambil sikit isi ayam yang dah diblend, letak di tapak tangan & buat cam lubang sket untuk letak cheese

8) Tutup cheese filling tu pstu bulatkan dia, sebenarnye xkisah pun nak bentuk apa..ikut suka la ek

9) Golek kan chicken ball tu dalam tepung, then golek kan dalam telur plak & lastly golek kan dalam breadcrumbs. Letk dalam dulang & ready untuk digoreng

My chicken balls...dah siap digolek oleh Princess Alya dalam tepung, telur & breadcrumbs
10) Panas kan minyak dalam kuali & goreng till keemasan..

Tu jela recipe yg x seberapa ni..best part is saya bley ajak Alya untuk join skali. After saya dah bulatkan, dia yang roll dalam tepung, telur n breadcrumbs...so dia pun super excited...

Di samping sedap untuk dimakan....anak-anak pun enjoy and kita pun dapat spend quality time dengan diorg rather than just soh dia tengok tv or iPad je kan...diorang pun bosan...
Tadaaaaaaa.....my golden balls of goooodneeeessssss..........
Selamat mencuba!

Sumber dari SINI

No comments:

Post a Comment