PERHATIAN! Mulai February 2014, harga produk Shaklee untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah SAMA... Yang berbeza hanyalah kos postage sahaja....

Thursday 26 June 2014

Selamatkah Penyusuan Ketika Hamil?

Selamatkah Penyusuan Ketika Hamil?

Terdapat ramai ibu-ibu yang menyusukan bayinya berasa ragu-ragu hendak meneruskan penyusuan apabila mendapati mereka mengandung. Dari segi hukum, Islam tidak menghalang ibu meneruskan penyusuan kepada bayi mereka sekiranya mereka didapati mengandung.
Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)

Berbanding meminta pendapat orang yang kurang arif tentang penyusuan, adalah lebih baik sekiranya berbincang dengan pakar laktasi dan doktor sekiranya anda mahu meneruskan penyusuan ketika mengandung. Biasanya, sekiranya tiada sebarang masalah kesihatan ibu-ibu boleh meneruskan menyusukan walau pun ketika mengandung. 

Bagaimana pun terdapat beberapa perkara perlu diambil kira untuk meneruskan penyusuan.

(1) Ambil kalori dan khasiat tambahan. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.
(2) Dapatkan rehat secukupnya kerana kebiasaannya ibu akan mudah berasa penat. Menyusukan bayi sambil berbaring membolehkan ibu melelapkan mata untuk seketika bagi menghilangkan keletihan.
(3) Pastikan pelekapan (latch on) bayi adalah betul kerana puting akan menjadi lebih sensitif sewaktu hamil. Menarik nafas dalam boleh membantu mengurangkan kesakitan.
(4) Semasa usia kandungan mencecah 4 bulan, penghasilan kolostrum akan bermula. Ini mungkin menyebabkan susu badan berkurangan dan rasanya sedikit berlainan. Ada bayi yang dengan sendirinya menolak susu dari ibunya. Bagaimana pun, sekiranya bayi meneruskan penyusuan, jangan bimbang bayi "mencuri" kolostrum untuk adiknya badan ibu dengan sendirinya akan tahu yang mana patut didahulukan.
(5) Sekiranya bayi yang disusukan berumur kurang dari setahun, berikan perhatian kepada berat badannya. Ibu mungkin terpaksa menambah susu Formula sekiranya perkembangan berat badannya tidak mengikut graf yang sepatutnya. Dinasihatkan minta nasihat pakar berkaitan sebelum memberikan susu Formula kepada bayi.

Penyusuan susu badan kebiasaannya tidak boleh diteruskan jika:

(1) Ibu berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang
(2) Pernah keguguran
(3) Mengalami pendarahan semasa hamil
(4) Positif GBS carrier
(5) Menunjukkan tanda2 melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan (Patut di beri perhatian kerana oksitosin boleh merangsang kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang)
(6) Hamil Kembar
(7) dan lain2 kehamilan berisiko tinggi

Selain itu, penting juga bagi ibu-ibu yang ingin melakukan tendem nursing ketika hamil tahu bahawa :-

  • Penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang di perlukan
  • Ia tidak akan melemahkan tubuh ibu
  • Ibu juga akan mengalami rasa sakit pada puting kerana puting menjadi lebih sensitif ketika hamil.
  • Sewaktu mengandung kebanyakkan ibu akan mengalami masaalah dalam penghasilan susu di sebabkan oleh perubahan hormon.
  • Perlu di ingat, setelah anak berumur satu tahun, susu bukan lah lagi diet utama anak.  Penyusuan pada waktu ini lebih kepda pengisian emosi yang tiada tolok bandingnya.
  • Ada sesetengah pendapat mengatakan kalau hamil dan menyusukan anak, boleh mengakibatkan bayi dalam perut tak dapat zat yang mencukupi. Setakat ini tiada kajian menyokong pendapat ini, anak anda tidak mencuri kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika anak menyusu, kerana badan anda tahu yang mana perlu didahulukan.  Di sini uniknya ciptaan Allah di mana badan ibu itu sendiri akan menyalurkan zat yang secukupnya mengikut keperluan kandungan, susu untuk si anak dan keperluan ibu sendiri dengan syarat ibu itu mengambil makanan seimbang, menjaga kesihatan dengan baik dan mendapat rehat yang secukupnya dan sentiasa berdoa agar Allah permudahkan segalanya.
  • Jika ada yang mengatakan penyusuan boleh mengakibatkan keguguran, mungkin benar jika anda tergolong dalam golongan yang berisiko tetapi jika sebaliknya dan doc gynea mengesahkan yang anda selamat untuk meneruskan tandem nursing. InsyaAllah dengan izin Allah semuanya akan selamat.
Sebagai persediaan tambahan ke arah itu, ibu-ibu juga sangat disyorkan untuk mengambil supplement tambahan yang dapat memberi ibu-ibu extra tenaga dan juga kekal sihat sepanjang tempoh kehamilan.

InsyaAllah...Apa-apa pun sentiasalah kita berdoa padaNya supaya kehamilan kita selamat dan di masa yang sama dapat memberi yang terbaik untuk anak.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Kehamilan, anda jangan segan-segan untuk hubungi saya ye.. Anda sangat dialu-alukan dan konsultasi secara percuma akan diberikan kepada anda

http://alittledream-4u.blogspot.com/p/hubungi-kami.html

No comments:

Post a Comment