PERHATIAN! Mulai February 2014, harga produk Shaklee untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah SAMA... Yang berbeza hanyalah kos postage sahaja....

Saturday 17 May 2014

Soya Bahaya Pada Kesihatan? Bagaimana Pula dengan ESP Shaklee?


Soya Bahaya Pada Kesihatan? Bagaimana Pula dengan ESP Shaklee?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Tajuk entri kali ni agak kontroversi sikit ye.. Bukan bermakna saya tulis entri ni kerana saya SID dan bukan saya nak backup produk yang saya jual tapi saya pun pengguna seperti anda. Mencari produk kesihatan yang diyakini Halal, Selamat dan Semulajadi. Jadi, saya rasa perlu untuk saya mengupas isu soya bahaya pada kesihatan ni dan terangkan dengan lebih lanjut. Entri kali ni agak panjang dan saya harap anda baca sehabis-habisnya sebelum anda jump kepada conclusion ye.


Memandangkan sekarang ni banyak sangat blogger yang mengupas tentang soya bahaya pada kesihatan kita, jadi ESP Shaklee pun terpalit sekali sebab ESP ni berasaskan soya. Kalau tengok artikel diaorang, banyak sangat keburukan soya yang mereka senaraikan. Satu kebaikan pun mereka tak tulis. Kadang-kadang, saya tertanya juga bahaya sangat ke minum soya ni? Sedangkan ianya tumbuhan yang dicipta Allah s.w.t yang mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Jangan la condem sampai begitu sekali ye. Anda semua tahu tak sebenarnya terdapat 2 jenis soya di dunia ni iaitu GMO soya dan non-GMO soya. Kebanyakan mereka yang condem soya bahaya pada kesihatan tu, kenapa tak kupas pasal jenis-jenis soya ni?

Apa beza GMO dan Non-GMO?


GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organism atau dalam bahasa organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia. Dan, tahukah anda hampir semua produk makanan yang kita makan hari-hari tu sebenarnya adalah produk GMO?

Nak tahu kenapa?
Kerana kita perlukan makanan yang lebih banyak dari pasaran sedia ada dapat bekalkan. Kalau tak cukup makanan, macam-macam perkara dahsyat boleh berlaku. Jadi, untuk menampung situasi tersebut produk makanan GMO diwujudkan. Pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah genetik tumbuhan/haiwan supaya tanaman cepat masak, buah cepat besar, kandungan minyak minyak lebih banyak, pertumbuhan haiwan cepat matang, cepat besar dan sebagainya.


Soya juga tidak terkecuali terkena tempias GMO kerana sekitar tahun 1999 satu kajian membuktikan bahawa pengambilan soya dapat mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Maka, apa lagi permintaan terhadap soya semakin meningkat semenjak itu. Oleh kerana permintaannya yang terlampau tinggi menyebabkan para pengeluar soya tidak dapat memenuhi permintaan tersebut. 96% soya di dunia adalah soya GMO dan boleh dikatakan produk soya yang anda ambil seharian adalah soya GMO KECUALI anda memang beli soya yang berlabel 'Organik' atau 'Non-GMO'. Non-GMO ialah 'Non-Genetically Modified Organisms' di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia. Dalam erti kata lain, genetik tumbuhan atau haiwan tu tidak diubah untuk membesar dengan cepat tetapi ianya membesar secara semulajadi.

Soya Bahaya Pada Kesihatan? Bagaimana Pula dengan ESP Shaklee?
ESP Shaklee merupakan Non-GMO Soy

Disebabkan itulah kita perlu menjadi lebih selektif dalam memilih makanan yang sihat dan berkualiti, pilihlah soya yang bukannya terubah suai genetiknya (Non-GMO Soy) dan ianya insyaAllah pasti lebih selamat.

Apakah kesan mengambil makanan yang telah terubah suai genetiknya ini?
1) kesan terus iaitu toksisiti
2) kesan alahan
3) komponen2 toksik melalui nutrisi masuk ke dalam sel
4) kesan-kesan yang tidak dikenalpasti boleh masuk melalui gen terubahsuai ke dalam sel badan kita


Kat sini saya sertakan sekali link 20 soal jawab tentang GMO yang dikeluarkan oleh WHO (World Health Organization) untuk panduan anda.

Ini pula pendapat Dr.Zubaidi tentang pengambilan ESP Shaklee

Soya Bahaya Pada Kesihatan? Bagaimana Pula dengan ESP Shaklee?

Soya Penyebab Kanser Payudara @ Breast Cancer?

Soya mengandungi phytoestrogen, iaitu bahan kimia semulajadi yang menyerupai hormon estrogen di dalam badan. Pengambilan phytoestrogen dalam kuantiti yang sederhana amat bermanfaat besar dalam mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser payudara. Jadi, soya tidaklah 100% bahaya pada kesihatan kan? Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons Phytoestrogens
 

Berdasarkan ulasan Dr McCullough, Director of Nutritional Epidemiology dari American Cancer Society, kajian terhadap pengaruh soya yang dijalankan ke atas manusia tidak menunjukkan kesan negatif kepada pesakitnya, tetapi ia telah membantu menurunkan risiko sakit kanser ini. Boleh klik SINI untuk artikel sepenuhnya
"Even though animal studies have shown mixed effects on breast cancer with soy supplements, studies in humans have not shown harm from eating soy foods. Moderate consumption of soy foods appears safe for both breast cancer survivors and the general population, and may even lower breast cancer risk."
Beliau juga turut merujuk kepada "The 2012 American Cancer Society Guidelines on Nutrition and Physical Activity for Cancer Survivors" yang telah ditulis oleh pakar-pakar perubatan dalam bidang ini, mereka merumuskan bahawa makanan-makanan berasaskan soya tidak memberi kesan kepada bekas pesakit kanser payudara.

Di Malaysia, kita boleh merujuk kepada artikel Dr Zubaidi, seorang doktor tempatan yang turut mengulas berdasarkan kajian-kajian yang dijalankan dan berpendapat bahawa soya tidak mendatangkan risiko kanser payudara, dan ia lebih kepada penyakit genetik yang diwarisi  dari generasi terdahulu.

Soya Bahaya Pada Kesihatan? Bagaimana Pula dengan ESP Shaklee?

Benarkah Soya Boleh Melemahkan Kejantanan Lelaki?

Artikel ni saya petik dari SINI

Soya Bahaya Pada Kesihatan? Bagaimana Pula dengan ESP Shaklee?

 Soya Menganggu Sistem Pembiakan Lelaki & Wanita?

 Artikel ni saya petik dari SINI
Soya Bahaya Pada Kesihatan? Bagaimana Pula dengan ESP Shaklee?

Soya mengandungi heavy metal toxic, natural toxin, gaitrogen dan bahan kimia lain yang bahaya pada kesihatan?

Ya..ini betul hanya jika anda memilih soya GMO yang telah diubah kandungan genetiknya dari segala bahan kimia supaya ianya cepat besar, cepat matang, lebih banyak kandungan minyaknya dan sebagainya. Saya juga setuju yang soya bahaya pada kesihatan jika anda memilih produk soya GMO yang kebiasaanya diproses dengan menggunakan alkohol dan bahan kimia yang lain. 

Diharapkan dengan beberapa isu yang saya bawa ini, diharapkan dapat menjawab adakah soya bahaya pada kesihatan? Dari pembacaan saya dan pendapat peribadi saya, ianya bahaya jika anda mengamalkan soya GMO dan pengambilan pula secara berlebihan. Saranan saya, ambil lah soya non-GMO untuk kesihatan anda sekeluarga..

Bagaimana Pula dengan ESP Shaklee?

Kenapa pula dengan ESP Shaklee? Ye la, ESP Shaklee kan diekstrak dari kacang soya maka ianya pun tidak terkecuali dari terkena gosip soya bahaya pada kesihatan. Suka saya ingatkan bahawa ESP Shaklee hanya diekstrak dari non-GMO soya. Ingat lagi kan perbezaan GMO dan non-GMO, yang mana bagus dan yang mana tak bagus?

Malahan, kacang soya non-GMO yang digunakan Shaklee telah melalui program IPP (Identity Preserved Program). Melalui program ini, Shaklee memastikan kacang soya yang digunakan adalah semulajadi dan bebas dari perubahan genetik. Contohnya, jika ia perlukan masa 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah Shaklee peruntukkan untuk itu. Ia tidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk cepatkan kematangannya. Tahukah anda, satu tin ESP (850g) dihasilkan dari 30kg kacang soya!

Sesetengah protein soya yang lain diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavones yang bermanfaat untuk kesihatan kita malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yan digunakan semasa pemprosesan. 

TETAPI, TIDAK dengan ESP Shaklee. Ianya dicuci dengan air untuk kekalkan isoflavones, genistein dan daidzein supaya kita mendapat seluruh kebaikan soya. Isoflavones, genistein merupakan komponen penting dalam pencegahan kanser.

Dan tahukah anda bahawa pengambilan ESP Shaklee disarankan hanya 3 sudu besar sehari supaya ianya tidak membebankan ginjal kita untuk memproses. 

Soya bahaya pada kesihatan jika anda mengambil soya GMO dan pengambilan soya juga perlu dikawal supaya ianya tidak berlebihan. Dimana, jika berlebihan akan menjejaskan kesihatan kita. ESP Shaklee antara produk berasaskan soya yang dihasilkan dari produk non-GMO soya dan melalui pemprosesan yang ketat untuk menghasilkan kualiti yang terbaik. Malah, cadangan pengambilan seharian juga sudah ditetapkan untuk memberi manfaat pada kesihatan dan bukan memudaratkan. Lagipun, produk Shaklee telah berada di pasaran selama 50 tahun dan jika benar ESP Shaklee memudaratkan kesihatan, sudah lama ianya dikeluarkan dari pasaran. Diharapkan dengan entri ini dapat menerangkan apa yang kabur jadi tepuk dada tanyalah hati. Sebelum anda percaya yang sesuatu produk itu berbahaya pada kesihatan, jangan terus menghentam sebaliknya buat kajian dan cari jawapannya.


Untuk ketahui kelebihan ESP Shaklee yang lain, anda boleh klik SINI ya... 

Mahu mencuba untuk kesihatan anda? Jangan segan-segan hubungi saya ye!
http://alittledream-4u.blogspot.com/p/hubungi-kami.html

Produk Shaklee ini disahkan HALAL, SELAMAT & SEMULAJADI...

No comments:

Post a Comment