PERHATIAN! Mulai February 2014, harga produk Shaklee untuk Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak adalah SAMA... Yang berbeza hanyalah kos postage sahaja....

Monday 21 July 2014

Isu Shaklee Menyokong Israel

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera...
Sekarang ni makin hebat tentang isu Shaklee yang dikatakan menyumbang dana kepada Israel atau erti kata lain Shaklee menyokong Israel..Tapi, betul ke isu ni? Dah tilik semua fakta dari segala segi? Iye, memang betul Shaklee berasal dari US tapi tidak semestinya mereka memberi dana kepada Israel. Sebelum menjatuhkan sebarang hukuman, kaji dan selidik dulu fakta-faktanya.

Sebagai SID saya bertanggungjawab untuk menjelaskan isu ini kepada anda semua kerana tidak mahu anda salah tafsir maklumat yang anda dapat tu. Isu ni timbul apabila munculnya laman web yang bernama Keneseth Israel (KI) yang terang-terang memaparkan logo Shaklee yang menyokong KI ni. Mari saya tunjukkan anda laman web yang dikatakan Shaklee menyokong kekejaman Israel tu:

Isu Shaklee Menyokong Israel
Kredit gambar di SINI

Sekilas pandang macam Shaklee menyokong Israel kan? Tapi jangan terburu-buru, klik dulu logo Shaklee tu dan anda akan dibawa ke halaman berikutnya:

Isu Shaklee Menyokong Israel
Kredit gambar di SINI
Untuk membuktikan bahawa laman web tersebut kepunyaan individu  atau pengedar Shaklee US, anda boleh melihat pada logo "Shaklee Independent Distributor" yang dipaparkan. Untuk info, Shaklee mewajibkan semua pengedar atau SID untuk memaparkan logo ini di blog bagi membezakan laman web tersebut milik pengedar atau pihak Shaklee. Diharapkan, anda clear tentang ini.

Apa? Masih lagi belum percaya? Tidak mengapa..Saya akan bagi satu lagi bukti laman web pengedar Shaklee US yang hampir sama cuma nama depannya sahaja yang berbeza:

Isu Shaklee Menyokong Israel
Kredit gambar di SINI

Kesimpulannya, kedua-dua laman web tersebut menggunakan myshaklee.com dan format laman web juga lebih kurang sama iaitu untuk pengedar. Jadi, SANGAT JELAS bahawa kic.myshaklee.com bukan laman web rasmi Shaklee US tapi sebaliknya laman web pengedar Shaklee sahaja.

Jadi, pemilik kic.myshaklee.com ni hanyalah pengedar Shaklee sahaja yang menyokong pertubuhan KI tu. Jadi, ianya tiada kena mengena dengan pihak Shaklee. Bonus yang diberi oleh Shaklee setiap bulan itu adalah hak milik mutlak pengedar tersebut. Pihak Shaklee tiada hak untuk sekat kemana penggunaan duit bonus itu. Ditakdirkan pulak pengedar ni nak sumbang dana kepada Israel jadi kita tiada hak untuk sekat pengedar tersebut. Dana yang disumbang adalah milik PENGEDAR bukannya direct dari PIHAK SHAKLEE.

Sama la seperti saya, bonus yang saya dapat nak salur ke mana adalah hak saya. Jika saya menyumbang kepada Aman Palestine, itu adalah sumbangan peribadi saya bukannya sumbangan dari Shaklee. Diharapkan anda semua faham dan jelas tentang hal ini

Di bawah pula, saya paparkan laman web rasmi Shaklee US:

Isu Shaklee Menyokong Israel
Kredit gambar di SINI
Berbeza kan laman web rasmi Shaklee US ni dengan laman web dua pengedar di atas tu. URL yang diguna pun berbeza ye iaitu www.shaklee.com (untuk US) dan www.shaklee.com.my (untuk Malaysia). Anda boleh view laman web tersebut dan bandingkan dengan kedua-dua laman web pengedar tadi. 

Sepanjang pengamatan saya, Shaklee tidak pernah menyumbang kepada Israel dan pihak Shaklee juga telah mengesahkan begitu. Sebaliknya mereka banyak menggunakan dana-dana mereka untuk membuat penyelidikan baru bagi meningkatkan mutu produk Shaklee. Jadi, tidak timbul isu SHAKLEE MENYOKONG ISRAEL ye.

Diharapkan dengan penjelasan ini, anda akan lebih jelas dan faham tentang isu ini. Kami pengedar Shaklee yang beragama Islam Alhamdulillah masih tahu bezakan rezeki yang halal yang akan menjadi darah daging kami.

Satu saja pesanan saya, BOIKOT LAH DENGAN ILMU BUKAN SECARA MEMBUTA TULI. Semoga anda semua jelas tentang isu ini. InsyaAllah


Berminat untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee? Anda jangan segan-segan untuk hubungi saya ye.. Anda sangat dialu-alukan
http://alittledream-4u.blogspot.com/p/hubungi-kami.html



No comments:

Post a Comment