Kehamilan merupakan momen yang sangat indah
yang terjadi dalam kehidupan manusia terutamanya bagi insan yang bergelar
wanita. Ianya merupakan anugerah yang sangat indah dari Yang Maha Esa kepada
hamba-hambaNya. Tetapi, tidak semua mereka mengalami pengalaman kehamilan tanpa
mengalami masalah. Kadang-kadang, ada diantara ibu hamil ni mengalami maslah
kencing manis, darah tinggi, masalah kejang kaki dan yang biasa dilalui adalah masalah
mabuk hamil. Mommies semua kena kuat ye, ini semua adalah ujian dan dugaan
dariNya.
Ok lah…jom kita ketahui bagaimana mabuk
hamil ni terjadi dan tips untuk untuk mengatasinya.
Mabuk hamil juga dikenali sebagai morning
sickness yang sering berlaku pada awal kehamilan. Kebanyakannya bermula seawal
Minggu ke-6 pertama dan berakhir pada
lewat Minggu ke-16 kehamilan. Punca utama morning sickness ni ialah kerana
kehadiran hormon terutamanya hormon HCG yang dirembeskan dalam kuantiti yang
banyak terutamanya pada awal kehamilan. Jadi, mommies semua jangan risau ye
kerana keadaan ni sering terjadi kepada ibu-ibu hamil.. Berikut merupakan
beberapa tips untuk mengatasi muntah dan loya semasa hamil:
- Simpan snek ringan seperti biskut tawar. Sejurus bangun dari tidur, makan cracker atau makanan ringan kesukaan anda bagi membantu menyerap asid perut dan membantu menyimpan tahap gula dalam darah anda daripada menjadi terlalu rendah
- Makan sedikit dan kerap. Makan makanan ringan atau apa sahaja makanan kesukaan anda setiap 2 jam atau sepanjang hari untuk mengelakkan perut anda kosong. Apabila perut kosong, asid akan memenuhi perut dan ini akan menyebabkan berlaku muntah.
- Jangan lupa snek anda sebelum tidur. Ia merupakan salah satu cara untuk atasi muntah
- Makan apa dan bila anda kehendaki. Makan makanan yang boleh mencegah anda dari muntah seperti yogurt, buah-buahan, makanan yang kaya dengan protein dan lain-lain. Elakkan makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng.
- Buah Lemon. Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam minuman kegemaran anda.
- Minum teh halia. Sediakan teh halia dari halia yang disagat halus atau dari sirap halia. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walaubagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang kecil dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang
- Cuba minum di antara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Bagaimanapun, hadkan pengambilan air semasa makan. Cuba hisap kiub ais jika anda muntah air
- Dapatkan rehat yang secukupnya, elakkan diri dari stress
- Jauhkan dari bau-bau yang boleh menyebabkan anda berasa loya
- Cari bau-bauan yang boleh menyegarkan anda
- Ambil vitamin prenatal anda selepas makan atau sebelum tidur
Jika anda muntah banyak kali dalam
sehari, tidak boleh makan atau minum tanpa muntah dan berat badan berkurangan,
anda mesti berjumpa dengan doktor anda segera untuk diberi rawatan. Jika tidak
diberi rawatan awal, anda boleh menjadi ternyahhidrat dan kekurangan nutrient.
Ataupun, anda boleh cuba rangkaian
produk Shaklee seperti Chewable Vitamin C Shaklee yang boleh dikunyah untuk
atasi loya. Daripada mommies semua makan asam dan jeruk, apa kata cuba Chewable Vitamin C Shaklee ni.. Lagipun ianya
sesuai untuk semua golongan dan banyak khasiatnya... Jika benar-benar
memerlukan, boleh juga mengambil Peppermint Ginger Plus Shaklee (ambik dalam
kuantiti sedikit dulu, 1 biji sehari). Juga boleh mencuba Performance
Drink Shaklee (dengan perasa Orange) yang membantu ibu-ibu hamil yang kekurangan air
dalam badan. Penting bagi mommies semua untuk memastikan diri tidak
dehidrasi. Hal ini kerana, air yang cukup sangat penting dalam membantu hati
dan ginjal membuang kumuhan daripada badan si ibu dan bayi dalam kandungan.
MARI KITA TENGOK BEBERAPA TESTIMONI MEREKA YANG DAN CUBA RANGKAIAN PRODUK DALAM SET KEHAMILAN DAN RATA-RATA MEREKA MENGAKUI DAPAT MENGURANGKAN MORNING SICKNESS
Testimoni 1: Morning sickness berkurangan berbanding semasa mengandung anak pertama dulu.
Testimoni 2: Morning sickness terkawal dengan Peppermint Ginger Plus dan Chewable Vita C Shaklee
Testimoni 3: Peppermint Ginger Plus Shaklee bantu kurangkan alahan
Testimoni 4: B-Complex Shaklee dan Ostematrix Shaklee juga bantu kurangkan alahan ibu mengandung. Kedua-dua produk ni terdapat dalam Set Kehamilan
Jika anda mendapatkan mencuba rangkaian produk Shaklee atau Set Kehamilan, anda jangan segan-segan untuk hubungi saya ye.. Anda sangat dialu-alukan
No comments:
Post a Comment