"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada Kulah kamu kembali. " ( Al Quran, 31:14 )
Air susu ibu adalah suatu campuran ciptaan
Allah yang luar biasa sebagai sumber makanan terbaik bagi bayi yang baru lahir
dan sebagai zat yang membantu tubuhnya terhadap penyakit. Bahkan makanan bayi
yang dibuat dengan teknologi masa kini tidak mampu menggantikan sumber makanan
yang menakjubkan ini.
Setiap hari ditemui satu demi satu manfaat
baru air susu ibu bagi bayi. Salah satu fakta tentang air susu ibu adalah
dengan menyusu bayi selama dua tahun selepas kelahiran sungguh amat bermanfaat.
(Rex D. Russell, Design in Infant Nutrition, www . Icr.org/pubs/imp-259.htm)
Allah memberitahu kita maklumat penting ini
sekitar 14 abad yang lalu yang hanya diketahui melalui ilmu pengetahuan
baru-baru ini, dalam ayat Nya.
Air susu ibu mengandungi zat-zat pemakanan
penting iaitu:
Karbohidrat
Karbohidrat utama adalah laktosa (gula
susu) yang sesuai dengan keadaan biologi atau sistem pencernaan bayi. Laktosa
berperanan penting sebagai sumber tenaga. Laktosa mudah diurai menjadi glukosa
dan galaktosa dengan bantuan enzim laktase yang sudah ada dalam mukosa saluran
pencernaan bayi sejak lahir.
Ya, pada pencernaan bayi terdapat enzim
yang mencerna laktosa tersebut. Glukosa dan galaktosa berperanan dalam
perkembangan sistem saraf dan pertumbuhan otak, mielinisasi dan pematangan otak
agar otak tumbuh optimum. Selain itu, zat ini juga membantu penyerapan kalsium
dan magnesium di masa pertumbuhan bayi. Bahkan, membantu pertumbuhan bakteria
usus yang baik (lactobacillus bifidus) dan menghalang pertumbuhan bakteria
berbahaya.
Protein
Kandungan protein seimbang dengan
keperluan bayi. Dalam susu ibu, jenis proteinnya adalah whey yang mempunyai
ukuran molekul lebih kecil. Protein jenis whey ini mempunyai sifat mudah
dicerna. Komponen asas dari protein adalah asid amino yang berfungsi sebagai
pembentuk struktur otak.
Protein berguna untuk pertumbuhan dan
perkembangan sistem kekebalan tubuh dan untuk pertumbuhan otak serta
menyempurnakan fungsi pencernaan. Protein juga memberi lapisan pada dinding
usus bayi baru lahir yang masih telap terhadap protein serta berperanan sebagai
perlindungan terhadap pelbagai risiko jangkitan bakteria/virus yang boleh masuk
melalui pencernaan. Ya, protein dalam susu ibu dapat membantu menghancurkan
bakteria dan melindungi bayi dari jangkitan.
Lemak
Kandungan zat pemakanan terbesar di
dalam susu ibu adalah lemak. Lemak merupakan sumber kalori atau tenaga utama
yang terdapat dalam susu ibu. Kadar lemak susu ibu berubah-ubah secara
automatik sesuai dengan keperluan pemakanan bayi dari hari ke hari. Lemak boleh
diolah, dicerna dan diserap baik kerana dalam susu ibu terdapat enzim lipase
yang bertugas membantu proses metabolisme lemak.
Ada sekitar 200 jenis asid lemak, iaitu
80 peratus asid lemak tak tepu, antara lain asid linolenat omega 3, EPA dan DHA
serta asid linoleat omega-6 ARA yang berperanan penting dalam perkembangan
otak, pertumbuhan sel-sel otak, myelination rangkaian saraf, serta ketajaman
penglihatan. Lemak rantai panjang atau long chain poly unsaturated fatty acid
(LC-PUFA) merupakan jenis lemak yang sangat diperlukan dalam perkembangan otak
bayi.
VITAMIN
DAN MINERAL
Susu ibu mengandung vitamin dan mineral
penting yang diperlukan bayi. Zat pemakanan
mikro penting itu antara lain adalah vitamin A, vitamin C, vitamin D, zat besi,
tiamin, riboflavin, kalsium, fosforus, fluorin.
- Vitamin
Misalnya, vitamin D membantu bayi
menggunakan kalsium untuk pertumbuhan tulang. Vitamin K yang diperlukan untuk
proses pembekuan darah terdapat dalam susu ibu dengan jumlah yang cukup dan
mudah diserap.
- Zat Besi
Zat besi diperlukan untuk menghasilkan
hemoglobin, bahagian dari sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh
tubuh, zat besi pun penting untuk pertumbuhan otak bayi. Zat besi yang terkandung
dalam susu ibu juga mudah diserap.
- Fluorin
Fluorin membantu membentuk gigi yang
kuat dan mencegah gigi berlubang.
Untuk mereka yang bergelar ibu di luar
sana, susukan bayi anda sendiri secara eksklusif sehingga enam bulan dan
dihentikan pada usia 2 tahun kerana ianya dapat memberi faedah kepada anda dan
juga bayi anda. Katakan tidak pada susu formula. Jika anda mempunyai masalah dalam meningkatkan pengeluaran susu anda, mungkin anda boleh mencuba set-set penyusuan kami. Mana tahu, mungkin ianya sesuai untuk anda?
Untuk tengok set penyusuan mana yang menjadi pilihan hati, boleh klik SINI ye..Jika anda berminat untuk mendapatkan mana-mana Set Penyusuan kami, anda jangan segan-segan untuk hubungi saya ye.. setiap pembelian dari saya juga, KONSULTANSI PERCUMA,dan juga FREE GIFT akan diberi kepada anda..Juga, anda akan dijemput ke GROUP EKSKLUSIF FB kami..Anda sangat-sangat dialukan.. =)
I'm Your SHAKLEE Independent Distibutor
Nurul Zaipah (Nurul)
SID: 954958
SMS/WA: 019-5231052Email: thelittledream15@gmail.com
Fanpage
No comments:
Post a Comment