Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga kita diberi kesihatan yang baik bagi melipat gandakan amalan kita di 10 malam terakhir Ramadhan ni. Ok la, saya sebenarnya nak menyampaikan satu berita gembira untuk anda semua terutamanya kepada para pengguna produk Shaklee ni.. Ingat tak sebelum ni kecoh pasal isu Shaklee menyokong Israel ni? Bermacam-macam andaian yang diterima bagi melengkapkan satu kisah Shaklee menyokong Israel ni. Dan Alhamdulillah, pihak Shaklee telah melakukan tindakan susulan dan akhirnya terbukti bahawa SHAKLEE TIDAK MENYOKONG ISRAEL.
Dibawah saya sertakan Company Statement dari pihak Shaklee yang menyatakan bahawa Shaklee tidak pernah menyumbang dana mereka untuk Israel. Shaklee juga menegaskan bahawa mereka tidak terlibat dengan mana pertubuhan agama atau mana-mana parti politik. Shaklee juga menafikan mereka menyumbang dana kepada pertubuhan Keneseth Israel (KI) sebaliknya sumbangan itu dilakukan sendiri oleh pengedar terbabit. Dan Shaklee juga telah meminta pengedar yang terlibat untuk mengeluarkan logo Shaklee dari laman web KI itu.
Alhamdulillah..Memo yang dikeluarkan oleh pihak Shaklee ini jelas menyatakan pendirian mereka yang tidak terlibat dengan mana-mana pertubuhan agama dan parti politik. Jadi, saya rasa isu Shaklee menyokong Israel sudah tidak relevan lagi.
Sebagai bukti, saya print screen laman web KI selepas Shaklee meminta pengedar terbabit mengeluarkan logo Shaklee dari laman web tersebut:
Untuk view yang lebih jelas, anda boleh view laman web tersebut. Jadi, diharapkan anda sudah jelas tentang isu ini dan tidak lagi ragu-ragu tentang isu ini kerana semuanya sudah tidak relevan lagi dan kebenaran sudah terhidang di depan mata.
Diharapkan, supaya anda dapat panjang-panjangkan artikel saya ini supaya dapat memberi mereka info bahawa SHAKLEE TIDAK MENYOKONG ISRAEL.
Berminat untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee? Anda jangan
segan-segan untuk hubungi saya ye.. Anda sangat dialu-alukan
No comments:
Post a Comment