Assalamualaikum dan
selamat sejahtera semua…
Insan yang bernama
wanita sering kali tidak lari dari menghadapi masalah wanita iaitu keputihan.
Ianya boleh berlaku kepada mereka sama ada yang belum berkahwin atau yang sudah
berkahwin… Ramai wanita yang memandang enteng akan masalah keputihan ni… Tapi,
percaya la keputihan jika tidak dirawat akan membawa kepada masalah yang lain
seperti kanser, jika berlaku ketika mengandung kemungkinan peratus keguguran
tinggi. Hal ini juga boleh membawa kepada masalah rumah tangga seperti berlaku
penceraian dan juga lain-lain.. Jemput baca entri dibawah untuk mengetahui
lebih lanjut dan sebelum itu jom kita tambah ilmu tentang apa itu keputihan.
Apa itu Keputihan?
Keputihan atau Fluor Albus merupakan
rembesan pada
faraj wanita . Keputihan pada dasarnya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu keputihan biasa
(fisiologi) dan keputihan abnormal (patologi). keputihan fisiologi adalah
keputihan yang biasanya berlaku setiap bulan, biasanya muncul sebelum haid atau selepas haid
ataupun ketika
masa subur seorang wanita. Punca-punca yang menyebabkan
berlakunya keputihan ialah jangkitan daripada bakteria, virus, kulat/fungus
atau parasite… Ianya akan menimbulkan rasa gatal di dalam faraj dan
di sekitar bibir faraj bahagian luar.
Jenis-jenis keputihan
Keputihan biasa
(fisiologi)
· Cecair rembesan berwarna
bening (macam
putih telur), tidak melekat dan cair.
· Tidak mengeluarkan bau yang kuat
· Gejala ini merupakan proses
biasa sebelum atau selepas haid dan tanda waktu subur pada wanita
· Remaja
perempuan / kanak-kanak perempuan juga mengalami
keputihan sebelum mula akil baligh dan biasanya
gejala ini akan hilang dengan sendirinya.
· Biasanya keputihan yang normal tidak
disertai dengan rasa gatal. Keputihan juga boleh dialami oleh wanita yang
terlalu penat/letih atau yang daya tahan tubuhnya lemah
Keputihan abnormal (patologi)
· Keluarnya cecair
berwarna putih pekat, putih kekuningan, putih kehijauan atau putih kelabu dari
saluran faraj . Cecair ini berbentuk cecair atau kental, melekat dan kadang-kadang
berbuih.
· Cecair ini
mengeluarkan bau yang busuk / kuat.
· Kegatalan pada faraj dan jika digaru akan terjadi iritasi pada
faraj
· Merupakan salah
satu ciri-ciri penyakit jangkitan faraj yang berbahaya seperti HIV, Herpes,
Candyloma.
Punca-Punca keputihan
Punca-punca keputihan secara umum adalah:
· Ketidakseimbangan
hormon
· Gejala suatu
penyakit tertentu
· Rosaknya keseimbangan biologi dan keasidan (ph)
persekitaran faraj.
· Mengelap bahagian faraj dengan tisu selepas membuang air kecil
atau besar
· Memakai pakaian
dalam yang ketat - berasaskan bahan sintetik
· Tidak menukar
panty liner
· Membilas faraj
dari arah yang bertentangan. Iaitu dari
arah anus ke arah depan faraj
· Sering bertukar
seluar dalam / tuala dgn orang lain
· Kurang menjaga
kebersihan faraj
· Letih dan tidak bertenaga
· Stress
· Kurang menukar pad ketika haid
· Membasuh faraj dengan sabun
· Tidak menjalani corak hidup yang sihat (makan
tidak teratur, kurang beriadah, tidak cukup tidur)
· Tinggal di kawasan
tropika yang lembap
· Persekitaran yang
kotor.
· Sering berendam dalam air hangat dan panas.
· Sering bertukar-tukar pasangan dalam melakukan hubungan intim
· Kadar gula dalam darah tinggi
· Sering menggaru
faraj
Warna Keputihan dan Punca Jangkitan
· Jangkitan kencing
nanah , sebagai contoh menghasilkan cecair
kental, bernanah dan berwarna kuning kehijauan.
· Keputihan yang
disertai bau busuk boleh disebabkan oleh kanser .
· Keputihan yang berpunca dari kulat Candida albicans. Keputihan jenis ini mempunyai ciri-ciri seperti berwarna putih seperti susu, cecair kental, bau busuk dan sangat gatal sehingga mengakibatkan radang pada faraj sehingga kelihatan
kemerahan.
· Keputihan yang berpunca dari bakteria Vaginosis atau Gardnerella. Keputihan jenis ini mempunyai ciri-ciri seperti berwarna abu-abu, tidak terlalu kental, cecair
berbuih, mengeluarkan bau yang hanyir, dan timbul rasa gatal
· Keputihan yang berpunca dari parasit Trichomonas vaginalis. Keputihan jenis ini mempunyai ciri-ciri seperti berwarna kehijauan atau kuning, cecair berbuih
dan berbau hamis, tidak
menimbulkan gatal, tetapi apabila disentuh, faraj akan terasa sakit. Jangkitan ini boleh terjadi melalui hubungan seks yang tidak sihat, kelengkapan
bilik mandi yang tidak bersih.
· Keputihan yang berpunca dari virus. Keputihan jenis
ini berpunca dari virus, HIV,
Herpes atau Candyloma yang boleh mengakibatkan kanser rahim. Keputihan Herpes mempunyai tanda herpes seperti luka yang melepuh, keputihan candyloma pula mempunyai tanda candyloma iaitu kutil-kutil yang tumbuh di faraj atau rahim
Petikan dari Dr.Hamid Arshat |
Jika
anda berminat mendapatkan rangkaian produk Shaklee, anda jangan
segan-segan untuk hubungi saya ye.. Anda sangat dialu-alukan
No comments:
Post a Comment