1.Periksa tahap tiroid anda
Dr. Shilpa mengatakan bahawa ada metabolisme kurang aktif yang boleh
terjadi semasa kehamilan anda. Hal itu biasanya disebut hipotiroidisme dan kebiasaanya tidak
dapat dikesan pada awal kehamilan. Hipotiroidisme menyebabkan kecacatan pada
bayi dan juga boleh menyebabkan keguguran. Apabila anda disahkan positif hamil
oleh doctor , segera lakukan pemeriksaan tahap tiroid anda bagi mengelakkan
risiko anda terkena hipotiroidisme.
2.Hidrasi
Seperti yang kita tahu, 70% tubuh manusia terdiri dari cecair.
Pengambilan air yang cukup semasa hamil sangat penting untuk anda dan juga
untuk janin anda. Cecair yang cukup dapat
mencegah terjadinya keguguran, gangguan pencernaan dan jangkitan urin. Kadar
ideal yang harus anda ambil dalam satu hari adalah sebanyak 12 gelas (200 milimeter per gelas) atau bersamaan
dengan 2400 milimeter air.
3.Jauhi Kucing
Sepanjang tempoh kehamilan anda, elakkan (untuk sementara)dari membelai
atau membela kucing kerana binatang cantik berbulu ini mengandungi parasit yang
boleh menyebabkan jangkitan toksoplasmosis. Toksoplasmosis boleh mengakibatkan
buta dan kerosakan otak pada bayi.
4.Makan Pisang untuk mencegah Kekejangan (Shaklee Ostematrix juga sangat bagus untuk atasi masalah ini)
Kaki kejang kerap terjadi semasa kehamilan. Untuk mencegah kaki kejang,
pastikan anda memakan pisang sebelum tidur. Kandungan kalium (potassium) yang
terdapat pada pisang membantu mencegah dan melegakan kesakitan otot.
5.Lakukan Senaman
Senaman sangat penting bagi Ibu hamil. Tapi pastikan anda berbincang
dengan doktor anda sebelum memulakan sebarang jenis senaman yang selamat untuk
Ibu hamil. Hindari senaman berat seperti angkat berat dan menahan nafas terlalu
lama kerana menahan nafas akan menghalang bekalan oksigen ke janin anda. Senaman
yang dianjurkan oleh Dr Shilpa adalah berjalan kaki, pilates dan yoga.
6. Pengambilan Makanan yang Kaya dengan Asid Folic (Boleh cuba Shaklee B-Complex)
Asid Folic sangat diperlukan oleh janin anda diawal hayat
kehidupannya di rahim anda. Ambil asid folik anda sebanyak 400-800 mikrogram setiap
hari. Asid folik boleh didapai pada sayur-sayuran berwarna hijau, kacang kering
dan buah oren. Makanlah makanan yang mengandungi asid folik secukupnya kerana jika
berlebihan asid folik juga tidak baik untuk janin anda.
7.Kurangkan Minuman Berkafein, Minuman beralkohol dan Merokok
Kafein yang terdapat pada kopi, minuman alkohol dan rokok
adalah tiga perkara yang perlu anda hindari semasa hamil (lagi bagus jika anda
tinggalkan terus). Hindari asap pencemaran juga kerana ianya akan memberi kesan
pada jantung bayi anda.
8.Pakai seat belt / tali pinggang keledar
Sentiasa memakai seat
belt ketika anda memandu atau menjadi penumpang. Jarakkan sedikit kerusi
anda, jangan duduk terlalu rapat dengan beg udara atau air bag.
9.Tidur Cukup
Tidur yang cukup atau 8 jam sehari akan membuat anda
kelihatan lebih segar. Waktu tidur yang cukup sangat penting untuk anda dan
janin kerana tidur malam yang cukup dapat mengembalikan tenaga anda digunakan
seharian. Ramai Ibu hamil yang mengalami
insomnia sewaktu kehamilan, untuk itu cubalah menggunakan bantal kehamilan agar
anda lebih selesa semasa tidur dan mendapat rehat yang cukup.
10.Hindari Memakan Daging Mentah
Elakkan memakan makanan yang masih mentah
seperti ikan pada sajian sushi, ayam yang dibakar setengah masak dan telur
setengah masak. Makanan yang kurang masak berisiko mengandungi bakteria
salmonella. Bakteria ini sangat tidak baik untuk perkembangan janin anda.
11.Jaga Kesihatan Mulut
Jagalah kesihatan mulut anda sepanjang tempoh
kehamilan dengan rutin menggosok gigi sebanyak 3 kali sehari. Biasanya, masalah
gigi yang biasa terjadi semasa kehamilan ialah seperti gusi bengkak dan
berdarah. Kunjungi doktor gigi enam bulan sekali untuk pemeriksaan kesihatan
gigi anda
12.Kaki yang selesa
Apabila memasuki trimester akhir, kaki bengkak
pada Ibu hamil sering terjadi. Ukuran kasut dan sandal juga berubah dan ini menganggu keselesaan anda dalam beraktiviti.
Pakailah kasut atau sandal yang selesa untuk keselesaan kaki anda. Pastikan
Anda tidak terganggu dengan pembengkakan yang terjadi pada kaki anda. Selepas
seharian penat bekerja, manjakan kaki anda dengan merendam kaki ke dalam air
hangat ditaburi garam.
13.Jangan Terlalu Banyak Makan Daging
Kurangkan memakan daging merah dan ayam. Dikhuatiri
kandungan pestisida dan ubat-ubatan yang disuntik pada daging dan ayam akan
menganggu pertumbuhan janin anda.
14.Hindari Sauna dan Spa
Sauna dan spa tidak digalakkan pada Ibu hamil kerana
ianya boleh menimbulkan kontraksi pada rahim.
15.Cubalah Akupuntur
Akupuntur dapat mengubati sembelit, insomnia dan rasa cemas berlebihan semasa
tempoh kehamilan. Terapi akupuntur adalah selamat anda boleh melakukannya
walaupun anda hamil
16. Jauhi Kosmetik
Hindari memakai kosmetik yang mempunyai kandungan
kimia yang tinggi. Penggunaan kosmetik dengan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri
akan mempengaruhi pertumbuhan janin anda.
Adalah lebih baik anda tampil natural selama 9 bulan demi kesihatan janin anda.
Lagipun, ketika anda hamil terselah seri kecantikan ibu mengandung itu sendiri.
17.Jaga Berat Badan
Jagalah berat badan anda supaya ianya dalam
keadaan stabil yakni tidak terlalu kurus dan tidak pula over weight. Pastikan
keperluan kalori anda setiap hari sebanyak 135 kalori
18.Hindari Membawa Beban Berat
Kedudukan graviti
anda ketika hamil akan berubah yakni berpusat di bahagian hadapan. Seiring dengan
pembesaran perut anda semasa kehamilan, anda akan mengalami kesulitan dalam membawa
barang-barang berat. Mintalah tolong seseorang untuk membawa barang-barang belian anda ke dalam kenderaan atau ketika di
rumah mintalah tolong kepada suami untuk membawa cucian yang sudah dikeringkan
untuk dijemur. Hindari mengangkat beban berat kerana berisiko untuk rahim
tertekan dan sakit pada punggung.
Diharapkan dengan perkongsian tentang info penting yang perlu mommies semua ambil tahu semasa hamil dapat memberi manfaat kepada mommies semua ye..
Jika anda sedang hamil dan sedang mempertimbangkan untuk hamil lagi, apa kata kehamilan kali ini anda cuba SET KEHAMILAN kami.. InsyaAllah, ianya sangat berbaloi-baloi. Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Kehamilan ni, anda jangan segan-segan untuk hubungi saya ye.. Saya akan suggestkan mengikut keperluan mommies semua.
No comments:
Post a Comment