Apa itu konsep asas penyusuan?
Bagi ibu-ibu
yang baru memasang niat untuk menyusukan anak selama 2 tahun atau yang baru
terdedah kepada dunia penyusuan, ada beberapa konsep asas yang perlu ibu-ibu
tahu dan kena amalkan sekiranya ingin berjaya dalam penyusuan.
Konsep-konsep asas penyusuan yang boleh menjayakan penyusuan:
- Yang penting sekali kita kena ada niat. Niat untuk menyusukan anak kita apabila dia lahir kelak. Bukan setakat nak menyusukan bayi kita bila dia lahir tetapi sampai anak berumur 2 tahun. Bila niat dah ada, baru la kita akan berusaha kearah itu dan berazam akan memastikan apa yang kita niatkan itu InsyaAllah berjaya.
- Kena faham apa itu konsep demand & supply (konsep bekalan dan permintaan). Lagi banyak permintaan (demand) lagi banyak susu yang akan dibekalkan (supplied). Maknanye di sini ialah semakin banyak susu diminum / dihisap oleh bayi, semakin banyak susu akan dihasilkan. Terdapat satu protein di panggil Feedback Inhibitor of Lactation (FIL) yang akan kawal dan adjust penghasilan susu dalam badan ibu. Apabila kuantiti susu yang banyak tidak dikeluarkan (apabila payudara penuh namun tak diberi/dikeluarkan samada menyusu anak atau mengepam, akan menyebabkan FIL berkumpul dalam payudara, pengeluaran akan berkurangan. Ini akan meningkatkan takat penghasilan FIL. Jadi disini saya harap anda jelas tentang pentingnya mengosongkan payudara.Penyusuan atau Pengepaman (jika bekerja) yang kerap dari payudara dan “mengosongkan” payudara akan meningkatkan supply/bekalan/pengeluaran susu ~ untuk memberitahu pd badan “anak saya perlu lebih susu”. Bayi akan mendapat susu yang cukup setiap kali dia menyusu.Dengan konsep supply ini, apa yang penting bukanlah “BERAPA BANYAK SUSU YANG IBU ADA” namun lebih kepada “BERAPA BANYAK YANG BABY DAPAT/PERLUKAN”. Payudara ibu akan sentiasa mengeluarkan susu, setitik dua titik atau lebih NAMUN TIADA SETITIK pun yang bayi akan dapat jika cara perlekapan yang salah atau sucking problem. Jadi, cara perlekapan bayi masih satu perkara yang sgt penting dan berkait rapat dlm setiap hal penyusuan. Sudah tentu lama kelamaan susu ibu akan drop off. Dan juga selalu ibu berpendapat susunya makin kurang kerana breastnya sudah lembut dan tidak penuh/tegang seperti dlm confinement/pantang kerana babyinya menyusu dgn kerap. Don't worry, it's a good sign ye. Kuantiti susu yang dihasilkan telah di adjust oleh hormon mengikut keperluan bayi dari masa ke semasa =)
Posisi perlekapan bayi |
- Fikiran yang Positif ------> Pentingkah fikiran yang positif ? Ya, memang penting….dan sangat membantu seseorang untuk mencapai kejayaan dalam apa yang di usahakannya. Fikirkan boleh, pasti boleh. Ianya juga dikatakan satu doa dan apa yang kita fikirkan akan membuatkan satu aura baik yang pada persekitaran kita. Cuba jauhkan fikiran yang negatif.Ada pendapat mengatakan bahawa orang yang berfikiran positif ini ialah orang yang ceria, sentiasa yakin dengan diri sendiri dan tidak mudah mengalah. Sama keadaan dengan ibu yang menyusukan anak…. jika anda mempunyai sifat ini maka insyaAllah penyusuan selama 2 tahun akan dapat dicapai
- Minum Air Dengan Banyak ------> Saya sudah berjumpa dengan ramai ibu-ibu yang mengeluh apabila penyusuan anak2 mereka hanya bertahan selama 3 atau 4 bulan sahaja. Saya tanya kenapa? Dan kebanyakkan jawapan yang saya dapat adalah kerana susu kering atau susu sedikit menyebabkan anak2 mereka menangis macam tak puas menyusu.Memang kita selalu dimomokkan dengan bayi akan lapar kerana susu ibu sahaja tak cukup untuk keperluan bayi. Sebab tu kita mudah nak top up susuibu dengan susu formula. Tapi kalau kita tengok zaman tok nenek kita dulu, masa susu formula belum ada, apa yang tok nenek kita bagi pada anak-anak mereka? Susibu juga, kan? Ada tak mereka cakap susu tak cukup kena top up dengan air lain…tak,kan? Susu ibu jugalah yg diberi. Cukup atau tak cukup? … dan ianya memang cukup. Susu anda kering atau sedikit kerana anda consume air dlm kuantiti yang sedikit. Maksudnya, keperluan air untuk menjanakan susu ibu dengan banyak adalah tidak mencukupi.Ibu-ibu yang nak menyusukan anak perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
- Menjaga pemakanan termasuklah dengan pengambilan air yang selari dengan keperluan tubuh. Ibu yang menyusukan anaknya perlu memastikan pengambilan makanan hariannya mengandungi semua zat yang lengkap dan diperlukan oleh si anak yang menyusu tadi.
- Pengambilan supplement adalah sebagai satu alternatif yang boleh dilakukan oleh si ibu seandainya pengambilan makanan sehariannya tidak seimbang.
- Doa adalah senjata bagi orang-orang Muslim. Apa kaitan doa dengan penyusuan? Susu ibu adalah satu rezeki. Rezeki yang Allah bagi melalui badan seorang ibu sebagai makanan kepada anak-anak mereka. Kadang-kadang kita percaya atas usaha kita tapi terlupa yang memberi rezeki susu itu adalah datangnya dari Allah Ta’ala. Susu ibu yang menjadi makanan kepada perut anak kita adalah hanya dengan kurnianNya. Oleh itu, sentiasalah berdoa kepada Allah semoga Allah mempermudahkan niat suci kita untuk menyusukan anak kita. Doa juga bukan sahaja ketika susu kita merudum tetapi dikala susu kita banyak pun kita mesti berdoa supaya ianya kekal begitu sentiasa dan sebagai tanda kita bersyukur atas kurniaan nikmatNya.
DOA & ZIKIR YANG BOLEH DIAMALKAN
1. Ya Allah,
permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan
permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang
telah Engkau syariatkan.
2. Ya Allah
seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan
keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi
banyak dan kenyang buat anakku...Amin
3. Surah
Al-Baqarah ayat 60.
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa
memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah
batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari
batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka)
telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman):
"Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan
bencana kerosakan di muka bumi".
Sambil baca
letakkan tangan pada cik b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk
menyempurnakan penyusuan hingga 2 tahun. Amalkan doa ini setiap kali lepas
solat, juga semasa menyusukan anak dan mengepam. Insyallah semakin meriah
rezeki susu ibu untuk anak tersayang....amin
4. Amalkan
Surah al-Hujurat & al-Kauthar - elok diamalkan bermula sejak mengandung
lagi.
Niatkan dalam
hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu kita.
Jangan kita lupa
juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.
Sebaiknya
dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
5. Zikir Ya
Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum
6. Surah Yasin
ayat 72-73
7. Baca
Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam
Diharapkan dengan perkongsian artikel diatas, ibu-ibu akan lebih faham tentang penyusuan ni ye...Tak salah kalau kita lengkapkan diri kita dengan ilmu penyusuan ni kerana ianya amat berguna untuk kita...Kita pun kenala selalu berdoa pada Dia agar proses penyusuan ni berjalan dengan lancar dan rezeki anak kita dimurahkan...
No comments:
Post a Comment