Salam semua
kepada readers ALD4U. Hari ni, nak cerita pasal bahayanya HB rendah ketika
mengandung dan kesan kepada si ibu dan juga bayi yang dikandung. Jangan pandang
remeh perkara ini kerana ianya adalah serius! Jom baca punca dan kesan jika HB
rendah kepada bayi dan ibu di sini. Atasinya sebelum terlambat.
Walaupun perkara ini sebenarnya bukanlah sesuatu
yang normal dan memerlukan perhatian pakar, namun masih ramai ibu-ibu hamil yang
menganggap ianya sebagai sebagai sebahagian daripada proses kehamilan itu
sendiri lantas mengambil ringan mengenainya.
Pada dasarnya, perkara ini
lazimnya berpunca daripada kekurangan zat besi dan asid folik (salah satu
komponen dalam Vitamin B) sehingga boleh mengundang kepada masalah
anemia.
Di
antara punca HB rendah kerana:
-
peningkatan dalam isipadu darah
-
penurunan secara sederhana dalam kepekatan sel darah merah
-
penurunan kadar HB normal
-
kurang pengambilan zat besi dalam diet
-
kekurangan asid folid
-
pendarahan gastrointestinal
-
kehilangan darah daripada pendarahan buasir
Anemia akan terjadi apabila paras
hemoglobin (sel-sel darah merah) seseorang individu menurun di bawah julat
paras yang dianggap normal yang mana paras julat normal bacaan hemoglobin
dewasa ialah antara lingkungan 12 -
15mg/dl. Sementara itu, wanita memerlukan kira-kira 50% lebih banyak
zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl
sehari
Sebagai panduan
am, ibu hamil yang mempunyai bacaan hemoglobin melebihi 11g/dl adalah normal
manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7
hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami
masalah anemia tahap teruk.
Pada dasarnya, HB rendah akan memberi kesan yang
negative kepada si ibu dan juga kepada bayi yang dikandung.
Kesan kepada Si Ibu:
- Ibu boleh pitam atau mudah pitam/pengsan
- Mengalami keguguran
- Mengalami kegagalan jantung
- Pendarahan semasa mengandung dan bersalin
- Risiko alami penyakit berjangkit
Kesan kepada
bayi yang dikandung:
- Intrauterine growth restriction (IUGR) atau Pertumbuhan janin terbantut
- Lahir sebagai premi atau tidak cukup bulan
- Berat bayi yang lahir kurang 2.5kg
- Anak lemas semasa lahir atau Asphyxia
- Mati ketika dilahirkan atau stillbirth
Terdapat pelbagai simptom yang menjurus kepada
permasalahan ini. Antara yang lazim termasuk:
- keletihan
- lemah anggota badan
- terasa seakan hendak atau mudah pitam
- muka kelihatan pucat & lesu
- jantung berdegup lebih kencang dari biasa
- loya
- sakit kepala & pening
- mudah lupa
- keradangan pada lidah
KEPENTINGAN HB YANG NORMAL KETIKA HAMIL
KANDUNGAN
KURANG DARI LIMA BULAN
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis
(pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan
anggota-anggota lain). Jika darah kurang daripada 11g, jika jantung tidak
terbentuk dengan sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi
darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan
yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair
akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat
dilahirkan tetapi kurang pandai.
KANDUNGAN
5 BULAN KE 7 BULAN
Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan
tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan
akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu
KANDUNGAN
7 BULAN KE ATAS
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi
masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah
iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati
dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit
dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.
Mengambil kira pelbagai risiko
yang boleh mendatangkan kemudaratan baik buat si ibu mahupun kepada kandungan
akibat masalah kekurangan sel darah merah ini, langkah-langkah pencegahan bagi
mengatasi masalah ini perlu diambil oleh setiap ibu hamil demi memastikan
kandungan dan dirinya sentiasa sihat.
Justeru ibu-ibu hamil adalah
disarankan untuk meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti
ayam, sayuran berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering
seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu.
Oleh yang
demikian, pemilihan pil zat besi tambahan yang sesuai perlulah dititikberatkan
agar masalah lain tidak timbul. Mengambil pil zat besi bersama-sama vitamin C
juga sangat digalakkan kerana vitamin C diketahui dapat meningkatkan kadar
penyerapan zat besi ke dalam badan. Manakala pengambilan pil zat besi tambahan
dengan kalsium, susu mahupun minuman berkafein hendaklah dielakkan kerana
menghalang penyerapan zat besi secara optimum.
Dalam mencari pil zat besi
tambahan yang baik dan berkualiti, salah satu alternatif yang ternyata berkesan
dalam menangani masalah anemia sewaktu hamil ialah Shaklee Vitalea
dengan Formulasi Zat Besi.
Selain mampu memenuhi keperluan
nutrisi harian ibu hamil, formulasi tambahan zat besinya ternyata
telah berjaya membantu ramai ibu hamil untuk menaikkan semula bacaan hemoglobin
masing-masing. Buktinya, berikut saya kongsikan testimoni dari Puan Siti Ali yang mengamalkan Vitalea
seperti gambar di bawah. Jangan kata paras hemoglobinnya turun malah naik lagi
adalah jika dibandingkan bacaan yang diambil pada bulan Februari 2013 dengan
bacaan pada bulan Mei 2013.
TESTIMONI:
Ini pula
testimoni dari customer Puan Enna Rusti:
“ Walaupun telah
consume tablet iron yang dibekalkan oleh KK, HB tetap tak naik. Dan doctor mula
mencadangkan iberet yang dibeli di farmasi. Tetapi, hasilnya tetap sama.
Akhirnya, setelah diperkenalkan Vita-Lea Shaklee dari Puan Enna, consume hanya
seminggu dan Alhamdulillah HB beliau naik sehinggalah beliau bersalin”
Testimoni: HB beliau naik dari 10 ke 11.5 selepas 2 minggu consume set preggy
Diharapkan dengan perkongsian artikel di atas, akan memberi info yang berguna terutama kepada mommies dan juga bakal mommy.. Ingat ye, jangan pandang ringan pada HB rendah ni...
Berminat untuk mendapatkan? Anda jangan
segan-segan untuk hubungi saya ye.. Anda sangat dialu-alukan. Dan harganya pula sangat berbaloi...
No comments:
Post a Comment