Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua…
Hari saya nak kongsi dengan anda semua mengenai apa itu teknik
power pumping. Power pumping ni sangat sesuai bagi mommies yang penghasilan
susunya sangat kurang atau tiada langsung..Perkara penting dalam penyusuan yang
perlu mommies tahu ialah tambah ilmu penyusuan.. Bila mommies semua ada ilmu
penyusuan ni, jika timbul sebarang masalah mommies semua tahu cara untuk
menghadapinya..Musuh utama dalam penyusuan ni ialah stress atau tekanan… Jadi,
mommies semua elakkan dari stress dan jika stress kawal lah stress anda agar
proses penyusuan menjadi lancar. Alam penyusuan ni sangat indah kerana melalui
penyusuan lah hubungan ibu dan anak menjadi sangat utuh… Jemput baca entri
dibawah ye untuk mengetahui lebih lanjut mengenai power pumping ni..Semoga
ianya membantu mereka yang menghadapi masalah susu kurang supaya penghasilan
susu menjadi meriah..InsyaAllah
Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan
penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yang biasa tapi dalam
cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk bayi menyusu secara tak langsung
meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang
memerlukan Power Pumping?
- Ibu yang ingin menyusukan anak angkat - teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
- Ibu yang ingin relaktasi/menyusukan semula di anak setelah berhenti menyusukan
- Ibu yang kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu - akibat daripada perubahan hormom, period, kurang mengepam etc.
Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single Pump
Pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit,
tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit
berterusan selama sejam
Untuk Double Pump
Pam kedua² belah serentak selama 10 minit, rehat/stop pam
10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknya
waktu malam ke subuh, sebab hormon susu sgt tinggi waktu itu.
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Mommies jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer.
Power pumping memerlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari
pertama hasil pam setitik atau "pam angin' semata, teruskan misi sehingga
dapat hasil yang dikehendaki. Yang penting, mommies semua kena tenang, jangan
tertekan, jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkan
olehNYA...Amin...
Dah buat power pumping tapi susu masih sedikit?
Tidak dinafikan memang ada ibu yang sudah berusaha tapi
penghasilan susu masih sedikit. Kenapa jadi begini? cuba cek diri anda..
· Pemakanan yang tidak seimbang
· Pengambilan air yang tidak cukup (minum sekurang-kurangnya 3
liter air sehari)
· Ibu sentiasa kurang bertenaga, tidak sihat dan sentiasa penat.
· Pemikiran negatif dan emosi sentiasa tidak stabil.
Ibu-ibu yang sudah berusaha tapi masih belum mendapat kuantiti
susu yang diinginkan atau yang sudah mendapat susu yang banyak tetapi mahu
lebih lagi untuk buat stok, apa kata anda mencuba set penyusuan kami yang
memang tidak diragukan lagi selamat dan semulajadi dan telah membantu ramai
ibu-ibu untuk penyusuan secara ekslusif.. set-set penyusuan ini terdiri daripada :
· Set B -
Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa
· Set E -
Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix
· Set Eu-four -
Vitalea, B complex, Vitamin C, Ostematrix, ESP
· Set 3M -
Vitalea, B complex, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix, ESP (recommended untuk mommies yang mengalami masalah penghasilan susu yang kurang atau tiada langsung)
Pemilihan set-set penyusuan ini bergantung kepada masalah dan
penghasilan susu anda..jadi jangan
segan-segan untuk hubungi saya untuk mendapatkan
konsultasi percuma dan saya akan mencadangkan bersesuaian dengan budget anda juga....
No comments:
Post a Comment