Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Hari ni saya nak share tentang betul ke makanan boleh bantu kurangkan tekanan? Nak tahu betul atau tidak, jemput baca entri di bawah...
Keadaan gaya hidup kini yang sentiasa berhadapan tekanan
sama ada di tempat kerja, dengan pasanagan ataupun keadaan persekitaran sedikit
sebanyak boleh mempengaruhi emosi diri. Jika mengalami tekanan / stress yang
berpanjangan dan ti dak bijak menguruskannya ia akan bertukar menjadi distress iaitu satu keadaan tertekan dari segi mental,
fizikal atau emosi yang melampau.
Tetapi, tahukah anda bahawa makanan boleh membantu
mengurangkan tekanan kerana mengandungi makronutrien dan mikronutrien.
Makronutrien yang terkandug dalam makanan adalah seperti karbohidrat, protein
dan lemak manakala mikronutrien pula merujuk kepada pelbagai jenis vitamin dan
mineral.
Karbohidrat, protein, vitamin B6, vitamin B12, vitamin C,
folat dan kalsium mempunyai peranan penting dalam mempengaruhi pengeluaran hormon
dalam badan serta mempengaruhi ‘mood’
seseorang.
Antara makanan yang boleh diambil untuk mengurangkan tekanan
ialah:
Vitamin C yang ada di dalam buah oren membantu
mengurangkan tekanan darah menjadi normal. Vitamin C juga dikenali untuk
meningkatkan system imunisasi dalam badan
Keledek boleh mengurangkan tekanan kerana ia memuaskan
keinginan untuk mendapatkan karbohidrat dan kemanisan apabila berada di bawah
tekanan yang berlebihan. Keledek juga kaya dengan beta karotena, vitamin lain
dan serat bagi membantu badan memproses karbohidrat dengan berkesan
Aprikot kaya dengan magnesium yang dapat mengurangkan
tekanan dan boleh mengendurkan otot secara semulajadi
Kekurangan magnesium dalam badan boleh menyebabkan migraine dan
rasa keletihan. Pengambilan satu cawan bayam memberikan 40% magnesium diperlukan
badan.
Badam penuh dengan vitamin B dan E dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi manakala walnut dan pistasio membantu menurunkan tekanan darah
Daging ayam belanda mengandungi asid amino dikenali sebagai L-trytophan. Asid amino ini juga melepaskan serotonin, satu bahan kimia yang baik untuk otak dan ia membuatkan kita berasa tenang selepas memakan daging ayam belanda
Brokoli, sawi dan sayuran hijau lain adalah sumber utama vitamin yang membantu menyegarkan badan ketika mengalami tekanan
Ikan salmon mempunyai asid lemak omega 3 yang tinggi dan membantu menangani penyakit jantung serta menghalang hormon tekanan daripada memuncak
Haaa...ni la antara makanan yang boleh bantu kita untuk kurangkan tekanan...Kadang-kadang tak semua kita ni makan semua yang macam di atas tu...ada sesetengah tak makan sayur, tak makan ayam belanda dan macam-macam lagi...Jadi, macam mana kita nak dapat nutrien yang mencukupi untuk badan... Lagi satu, nak makan banyak mana dan berapa kali makan baru kita nak dapat nutrien yang cukup? Oleh itu, apa kata cuba B-Complex Shaklee... Ianya bukan sebarang B-Complex, ianya lengkap dengan semua jenis vitamin B... Kalau anda nak tahu, vitamin B ni juga dapat berfungsi untuk mengawal hormon seseorang supaya mereka lebih tenang dan dapat mengawal stress dengan baik...
Okey la, untuk anda yang nak tahu lebih lanjut tentang B-Complex, anda boleh klik SINI ye...
Testimoni dari seorang customer yang mengamalkan B-Complex untuk mengawal stress beliau:
Berminat untuk mendapatkan B-Complex Shaklee? Anda jangan
segan-segan untuk hubungi saya ye.. Anda sangat dialu-alukan
No comments:
Post a Comment