Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..
Hari ni
saya nak kongsi dengan anda semua mengenai penyakit resdung… Resdung ni jika
dibiarkan, ianya akan menyebabkan pesakit mengalami masalah yang lebih serius
seperti hilang deria rasa, bau dan juga pendengaran! Sesetengah pesakit yang
menghidapi masalah resdung yang kronik, boleh menyebabkan pendengaran menjadi
pekak… Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak
ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia
juga boleh menjangkiti otak. Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada
orang lain atau diwarisi oleh keturunan..
Jadi,
sangat penting untuk kita mencegahnya diperingkat awal supaya ianya tidak
melarat ke peringkat yang lebih teruk… Jemput baca entri dibawah mengenai penyakit resdung dan adakah
supplement Shaklee dapat membantu?
Sebelum
itu, jom kita berkenalan dengan apa itu resdung:
Apa itu RESDUNG?
Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal,
ethmoid, maxillary dan sphenoif.
TANDA-TANDA RESDUNG
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada
bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin (selalu bersin di
awal pagi dan berterusan), gatal hidung dan sebagainya.
* Mempunyi nafas berbau
* Muka selalu berjerawat
* Kulit gatal-gatal
* Bengkak pada bahagian hidung, mulut dan telinga
* Bernanah di telinga
* Kecacatan pada hidung serta bahagian rongganyaPUNCA RESDUNG:
1) Alahan terhadap jenis makanan tertentu (terutama makanan laut, kekacang),
habuk , parasit (demodex) dan kutu.
-Apabila mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam
hidung akan membengkak. Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tidak
dapat dikeluarkan. Kalau udara itu tidak dapat keluar, ia pastinya akan
terkumpul dekat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam
hidung menjadi semakin membengkak..Kawan-kawan yang pernah
mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya.
2) Struktur hidung yang tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang
hidung retak atau patah ketika kemalangan boleh menyebabkan seseorang mendapat
penyakit resdung. Bagi sesetengah orang yang mempunyai struktur tulang hidung
yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum) , risiko untuk
mendapat resdung adalah tinggi.
3) Kerosakan atau sakit gigi di bahagian
atas boleh menyebabkan resdung.
-Kuman atau bakteria yang berasal dari
kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan mudah ke rongga sinus dan
menyebabkan resdung. hal demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat
berdekatan dengan rongga sinus. Rongga sinus yang terdapat di dalam
tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan rongga yang paling
kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan gigi.
4) Disamping itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam di air sungai
atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut menyumbang dan
mengakibatkan penyakit ini.
5) Objek dimasukkan ke
dalam hidung, contohnya putik kapas, manik dan kertas
Komplikasi Resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.
PETUA MENCEGAH RESDUNG:
Ini ada beberapa petua yang anda semua boleh cuba bagi mengatasi masalah redung
1) Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing
dan arnab
2) Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada
bulu binatang
3) Ringankan tangan untuk membersihkan carpet/permaidani. Kalau perlu,
gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti.
4) Ketika mengemas rumah, disarankan
buat mereka yang ada resdung pakailah
penutup hidung.
5) Minum air suam/mineral (sekurangnya 3 liter sehari) dengan kadar yang banyak. Bagus juga amalkan sup
panas.
6) Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka
7) Jika anda mempunyai alahan terhadap makanan tertentu yang boleh menyebabkan
anda mendapat resdung, sila elakkan dari memakan makanan tersebut.
ATAU….. jika ingin lebih mudah...cubalah Set Resdung kami
yang terdiri daripada
2) Vitamin C
3) B Complex
Berikut adalah fungsi setiap vitamin tersebut...
ALFALFA COMPLEX
- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama
akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegatal.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..
B COMPLEX
- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu
pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk
menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress
VITAMIN C
- Merangsang pembentukan kolagen
- Mempercepatkan penyembuhan luka
- Pertingkatkan pemulihan alahan alergi hidung, kulit dan asma
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.
TIPS! Jika resdung menyerang, ambil 2 biji alfalfa,
hancurkan dan bancuh di dalam air panas untuk dibuat teh. Minum dan anda akan
mendapati kesakitan akan berkurang, muka tidak lagi bengkak dan gatal.
Jika anda sudah berhabis banyak duit, berubat sana sini tapi kesannya tetap sama apa kata anda cuba dan rasai khasiat Set Resdung kami... InsyaAllah, pasti puas hati...ni saya nak kongsi satu rahsia ni, dengan mengamalkan Set Resdung kami ni secara berterusan anda dapat banyak BONUS tau seperti kulit menjadi cantik dan glowing, bagi mereka yang mengalami masalah keputihan Alfalfa sangat-sangat membantu ye...Cegah lah ia sebelum menjadi lebih teruk...
Berminat untuk mendapatkan? Anda jangan
segan-segan untuk hubungi saya ye.. Anda sangat dialu-alukan
No comments:
Post a Comment