Sekarang ni makin hebat tentang isu Shaklee yang dikatakan menyumbang dana kepada Israel atau erti kata lain Shaklee menyokong Israel..Tapi, betul ke isu ni? Dah tilik semua fakta dari segala segi? Iye, memang betul Shaklee berasal dari US tapi tidak semestinya mereka memberi dana kepada Israel. Sebelum menjatuhkan sebarang hukuman, kaji dan selidik dulu fakta-faktanya.
Sebagai SID saya bertanggungjawab untuk menjelaskan isu ini kepada anda semua kerana tidak mahu anda salah tafsir maklumat yang anda dapat tu. Isu ni timbul apabila munculnya laman web yang bernama Keneseth Israel (KI) yang terang-terang memaparkan logo Shaklee yang menyokong KI ni. Mari saya tunjukkan anda laman web yang dikatakan Shaklee menyokong kekejaman Israel tu:
Kredit gambar di SINI |
Sekilas pandang macam Shaklee menyokong Israel kan? Tapi jangan terburu-buru, klik dulu logo Shaklee tu dan anda akan dibawa ke halaman berikutnya:
Kredit gambar di SINI |
Apa? Masih lagi belum percaya? Tidak mengapa..Saya akan bagi satu lagi bukti laman web pengedar Shaklee US yang hampir sama cuma nama depannya sahaja yang berbeza:
Kredit gambar di SINI |
Kesimpulannya, kedua-dua laman web tersebut menggunakan myshaklee.com dan format laman web juga lebih kurang sama iaitu untuk pengedar. Jadi, SANGAT JELAS bahawa kic.myshaklee.com bukan laman web rasmi Shaklee US tapi sebaliknya laman web pengedar Shaklee sahaja.
Jadi, pemilik kic.myshaklee.com ni hanyalah pengedar Shaklee sahaja yang menyokong pertubuhan KI tu. Jadi, ianya tiada kena mengena dengan pihak Shaklee. Bonus yang diberi oleh Shaklee setiap bulan itu adalah hak milik mutlak pengedar tersebut. Pihak Shaklee tiada hak untuk sekat kemana penggunaan duit bonus itu. Ditakdirkan pulak pengedar ni nak sumbang dana kepada Israel jadi kita tiada hak untuk sekat pengedar tersebut. Dana yang disumbang adalah milik PENGEDAR bukannya direct dari PIHAK SHAKLEE.
Sama la seperti saya, bonus yang saya dapat nak salur ke mana adalah hak saya. Jika saya menyumbang kepada Aman Palestine, itu adalah sumbangan peribadi saya bukannya sumbangan dari Shaklee. Diharapkan anda semua faham dan jelas tentang hal ini
Di bawah pula, saya paparkan laman web rasmi Shaklee US:
Kredit gambar di SINI |
Sepanjang pengamatan saya, Shaklee tidak pernah menyumbang kepada Israel dan pihak Shaklee juga telah mengesahkan begitu. Sebaliknya mereka banyak menggunakan dana-dana mereka untuk membuat penyelidikan baru bagi meningkatkan mutu produk Shaklee. Jadi, tidak timbul isu SHAKLEE MENYOKONG ISRAEL ye.
Diharapkan dengan penjelasan ini, anda akan lebih jelas dan faham tentang isu ini. Kami pengedar Shaklee yang beragama Islam Alhamdulillah masih tahu bezakan rezeki yang halal yang akan menjadi darah daging kami.
Satu saja pesanan saya, BOIKOT LAH DENGAN ILMU BUKAN SECARA MEMBUTA TULI. Semoga anda semua jelas tentang isu ini. InsyaAllah
Berminat untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee? Anda jangan
segan-segan untuk hubungi saya ye.. Anda sangat dialu-alukan
No comments:
Post a Comment