Fuhhh...lama betul tak update blog ni....dah banyak sawang ni...huhuhuhu...
Hari ni saya nak story pasal Vitamin B-Complex. Ye la, since ramai customer yang complaint katanye bila makan B-Complex ni selera makan menjadi-jadi..Takut nanti tak boleh nak kawal selera makan. Sebenarnya, ini semua mitos semata-mata ye..Vitamin atau supplement tidak menyebabkan anda gain weight ye melainkan kalau fungsi supplement itu sendiri digunakan untuk menaikkan berat badan..Maksudnya, anda makan supplement itu memang bertujuan untuk menaikkan selera makan dan cara makannya pun berbeza ye..Sebab itu penting untuk anda mendapatkan konsultasi cara makan vitamin yang betul supaya anda mendapat hasil yang positif. Lagi satu, minda kita juga menjadi faktor sama ada kita boleh kawal selera makan ataupun tidak.
Untuk pengetahuan, pengambilan B-Complex boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B-Complex berfungsi membakar glucose / gula untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah satu 'body sign' yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.
Hakikatnya vitamin B adalah vitamin yg dikenali sebagai vitamin ‘starter
plug’ yang menukarkan gula menjadi tenaga. Kekurangan Vitamin B ini akan
menyebabkan makanan tidak ditukarkan sepenuhnya menjadi tenaga, maka
risiko kencing manis, jantung tersumbat mahupun risiko kegemukan mudah
berlaku. Itulah sebabnya mereka yang mengambil B-Complex akan sentiasa
rasa bertenaga.
Bagi yang risau berat badan meningkat, pilihlah B-Complex yang mempunyai kandungan B2, B3 dan B5 yang tinggi berbanding B1 dan B6. Tujuan asal B-Complex adalah mengisi kekosongan nutrien dalam badan. Oleh itu, kita masih perlu menjaga pemakanan, bukan makan semuanya ya.
Testimoni seorang pengguna B-Complex yang tenang bila menghadapai masalah.
Tahukah anda vitamin B-Complex adalah vitamin larut air. Ia mudah musnah bila kita stress, penat, terdedah terlalu lama di bawah cahaya matahari, dan bila kita minum banyak air. Selain itu, pengambilan gula dan kafein yang tinggi, pil perancang keluarga dan ubat penahan sakit boleh memusnahkan vitamin B-Complex yang sedia ada.
Vitamin B-Complex juga bukan hanya sekadar memastikan kita dapat menangani stress dengan sebaiknya, malah ia memberikan impak yang besar kepada perasaan dan sikap kita secara tidak langsung. Pengambilan B-Complex yang mencukupi akan membuatkan kulit seseorang itu nampak berseri-seri! Sebab tu la B-Complex ni terdapat dalam Set Kecantikan kami.
Jika anda berminat untuk mendapatkan B-Complex ni, anda jangan segan-segan untuk hubungi saya ye.. Anda sangat dialu-alukan
No comments:
Post a Comment